Bulan

July 7, 2012

Bulan itu bulat. dan bulan itu sangat cantik di malam hari... subhanallah!










ps/ i stole this idea from here -> http://artnishaway.blogspot.com/2012/03/lazy-girl.html thanks my lil sis! ;)
0 komen bernas

Rama-rama dalam perut.

July 1, 2012

Assalamualaikum...

Seriusly aku tak ready lagi untuk jawab paper Managerial Economic. but i have to prepare myself jugak la kan. keep calculating the formula to get the best possible figure for the question. suppose, and inshaAllah, aku boleh jawab. cuba positifkan pemikiran disini. dah kalau asyik fikir yang negatif, memang tak kemana la jawabnya. usaha sudah, and what is left? TAWAKAL.



"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"

Semoga segalanya dipermudahkan olehNya, InshaAllah.

Amin, amin ya rabbal alamin...

Ps/ Setakat scan je tak cukup kan ;p
2 komen bernas

Allah knows what is best for us.

June 21, 2012

Alhamdulillah.. beban untuk this semester bakal berakhir. seriously macam-macam benda yang dah terjadi. even aku tak expect sangat pun untuk semua ni berlaku. but well, jalan cerita dari Allah, mana boleh dipertikaikan. samaada kau sanggup jadi pelakonNya atau sekadar menjadi penonton yang suka memanipulasikan sesuatu keadaan.. wallahualam..

Sangat stress untuk semester kali ni. belum masuk final semester lagi. kalau difikirkan balik, banyak kejadian yang terjadi bukan dengan kerelaan aku sendiri. dan aku tak pernah 'plan' untuk jadi seperti itu dan seperti ini. ini semua ketentuan Illahi, and yes, Allah knows what is best for us. so selayaknya seseorang manusia itu harus menerima dengan hati yang terbuka dan ikhlas dalam mengerjakannya.

Remember this valuable quote :

"Manusia hanya merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya.."

Tak semuanya dirancang akan berjaya diakhirnya. dan begitulah sebaliknya. kita sendiri tidak akan menjangka apa yang akan berlaku seterusnya. teruskanlah kehidupan. dan didalam setiap kehidupan itu, pasti ada turun dan naiknya, masam dan manisnya. ambil semua itu, jadikan sebagai pengajaran dan sebagai alat bantuan untuk meneruskan kehidupan.

Setiap kejadian yang berlaku, ada hikmahnya tersendiri. cuma manusia yang tidak pandai untuk menilai setiap hikmah yang muncul selepas setiap kejadian yang berlaku. wallahualam bissawab..

Assalamualaikum.


1 komen bernas