Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Ku dambakan kasihMu

July 31, 2012

Assalamualaikum...

Rasanya belum terlambat lagi bagi aku untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua umat manusia yang beragama Islam dan juga kepada khalifah yang baru memeluk Islam. selamat berpuasa kalian semua. semoga di bulan ramadhan yang penuh dengan barakah ini, kita semua dapat melakukan segala ibadah wajib dan sunat yang dituntut oleh Allah, inshaAllah.

Ok back to the topic.. sat, apa topik aku sebenarnya? sebab aku dah lama tak mengarang untuk blog, so otak jadi tepu. plus sekarang sedang bercuti sakan untuk 1 bulan setengah kalau tak silap. sampai lah ke raya puasa. huishh itula untungnya kalau sambung belajar di UiTM. kau mengerah otak untuk 1 semester, then kau dapat cuti selama 1 bulan untuk merehatkan otak. bagi aku cuti selama itu sudah memadai. cuti lama-lama tapi setakat goyang kaki, bosan juga. better masuk belajar cepat huhu.

Ok jujur aku katakan yang aku tak ada topik langsung untuk dibincangkan. sekadar impromptu semata-mata. omongan kosong. tapi kadang-kadang, daripada omongan kosong itula tercetusnya idea untuk menulis sesuatu. yeah, itulah aku. macam kereta. selagi enjin tak dihidupkan, selagi itula kereta tak bergerak. sebab itu kereta bertuan. kalau tidak, gi mana seyh kereta mau bergerak. dan tuannya ialah manusia-manusia seperti kamu semua. dicucuhnya kunci, dipusingnya kunci, dan enjin mula berderum, bersedia untuk dipanaskan. sama macam manusia, otak mudah berkarat kalau tidak selalu diasah. sebab itu munculnya pepatah, 'melayu mudah lupa'. cuba diasah selalu, inshaAllah melayu tidak mudah lupa. ok dah mula merapek..

Ok, off-topic jap,

Meh cerita pasal olimpik 2012 sat. ditabalkan sebagai acara gilang-gemilang dan termasyhur yang pernah dianjurkan oleh manusia. bertempat di Kota London. opening ceremony yang gempak, terhebat dan tersegalanya. tapi kalian semua tahu tak apa yang terselindung disebalik acara yang gah ini? illuminati, freemanson, dajjal al massih. wah, hebat rancangan yahudi laknatullah ni. dalam diam, mengatur strategi untuk menguasai dunia. cukup hebat! cukupkah ilmu, cukupkah tenaga wahai yahudi2 sekalian? nak bina tandas pun perlukan kerahan tenaga seramai 10 orang, inikan pula nak menguasai dunia. bukan dunia, secara tepatnya sistem pemerintahan diatas muka bumi Allah ini. tapi tak mustahil sebab segalanya sudah tertulis didalam Al-Quran. Allah telah mengatur segala-galanya. kita tidak perlu takut. tingkatkan usaha untuk menentangnya, dan semoga Allah Maha Besar sentiasa memberikan perlindungan kepada kita, dan juga kepada khalifah2 yang lain, InshaAllah. tapi apa yang pasti, itu semua adalah ramalan manusia. Allah jua yang menentukan. kun fayakun..

Kehidupan, kebahagiaan, keselesaan di dunia dan akhirat, bergantung kepada usaha kita sendiri. dan sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseorang hamba, melainkan dia sendiri mengubah nasib dirinya. semakin jauh kita dariNya, semakin dekat pula Dia menghampiri kita. dan semakin cuba kita mendekatiNya, semakin kuat pula Dia mendugai kita. Dialah Yang Maha Agung dan Dia jugalah yang Maha Segala-galanya.



Ps/ setiap hari sebelum aku nak lelapkan mata untuk meninggalkan dunia buat sementara waktu, aku pasti akan dengar lagu Damba Kasih ni.. it makes me feel calm and self-reflection. lupakan hal dunia buat sementara. dan setiap yang terjadi punya hikmah disebaliknya inshaAllah :)
6 komen bernas

Pancaroba Dunia

April 14, 2012

Bismillah,

"Air sungai yang mengalir tak akan selalunya sampai ke penghujung. kerana segelintir darinya akan terdampar di tepian alur."

Hidup diatas muka bumi Allah ini banyak pancarobanya. salah acuan, salah pegangan, akan membawa kepada salah segala-galanya sekiranya tidak diperbetulkan sedari mula. untuk apa kita hidup sekiranya tiada satu pun matlamat sejati melainkan hanya kerana Allah.

Manusia ini punya banyak ragam. jelas kelihatan ragam apabila manusia itu ditimpa sebarang masalah. ragam suka, ragam duka, ragam ceria dll.. semuanya berkaitan dengan emosi. emosi, elemen terpenting dalam menghidupkan ragam manusia. tanpa emosi, wajah tiadalah seri. tiadalah senyuman, tiadalah masam mencuka, tiadalah marah merah saga dll.

Akal dipinjamkan olehNya untuk membentuk diri yang subur, supaya pandai untuk menilai dalam segala hal. lemahnya akal bererti diri ini terkapai-kapai di awangan, menunggu masa untuk dilambung, ataupun dijatuhkan. dan 50-50 merupakan peneman sejati dalam menentukan sesuatu keputusan. untuk itu, gunalah akal dengan sebaiknya.

Kadang-kadang kita ini terlalu yakin akan sesuatu yang belum pasti kesudahannya. terlalu mengejar sampai terlupa apakah matlamat utama. perbaikilah kelemahan itu. komitmen penuh seharusnya dicurahkan supaya apa yang dihajati bakal memenuhi permintaan hati. bersedialah dengan apa jua halangan. InshaAllah dengan berkat usaha dan kesabaran yang tinggi, apa yang dihajati menjadi.

Segalanya telah ditentukan. hadapi dengan senyuman, ikhlaskan hati keranaNya dan muhasabah diri...

Assalamualaikum.

Nota kaki: Pandang ke depan, toleh kiri dan kanan. tak lupa juga belakang. kerana disetiap sisi, ada baik dan buruknya. Wallahualam.. ;)


1 komen bernas

5 Waktu

March 29, 2012

Sesibuk mana sekali pun kita, sepenat mana sekali pun kita, sealpa mana sekali pun kita, solat jangan ditinggalkan.. ;)
0 komen bernas

Rezeki Allah di mana-mana..

January 28, 2012

Assalamualaikum...


Ketika sedang menjamah nasi lemak bersama ayahanda tercinta di sebuah kedai mamak Al-Taqwa, muncul seorang sahabat bersama dengan barang-barang perniagaannya.

Encik, nak beli ini? kunci mangga solex, lampu, dll dihulurkannya kepada kami berdua..

Aku hanya menggeleng tanda tidak mahu, kerana aku tahu, tiada keperluan aku di situ untuk membeli segala barang-barang yang hendak dijualnya.. 

Hanya mulut mampu berbicara, terima kasih, dan hanya secebis senyuman yang hanya mampu aku hadiahkan kepadanya.

Namun terdetik di hati ini, rasa sayu melihat raut wajah kecewanya tatkala permintaannya ditolak.. 


Maafkan aku sahabat...


Berlalu dia menuju ke meja sebelah. diletak barang-barang perniagaannya itu di atas meja. dan dengan perlahan tangannya mengusap kocek punggungnya. diraba koceknya itu, mencari sesuatu yang aku pasti, sesuatu yang pasti bernilai buat dirinya.

Sebentuk besi yang bulat bentuknya, dikeluarkan dari koceknya, dan diamatinya. setelah puas mengamati besi tersebut, dihulurkannya kepada seorang hamba Allah yang berada dekat dengannya..

Aku tidak pasti besi itu dihulurkan kepada siapa kerana seseorang telah menghalang pendanganku.. beberapa saat kemudian, pandanganku jelas menuju tepat ke arah seorang manusia, yang kudung tangannya, sedang memegang cawan plastik yang penuh dengan besi bulat dan beberapa helai kertas yang berwarna..

Aku tahu, isi kandungan cawan plastik tersebut adalah duit.

Sekali lagi, hatiku bertambah sayu.. bayangkan, seorang sahabat yang sedang berniaga, mencari rezeki, dan ketika dirinya sedang sempit, dihulurkan jua sekeping dua syiling untuk didermakan kepada hamba Allah tersebut. dan terpancar wajah kegembiraan bersama senyuman ikhlasnya..

"Ya Allah, Engkau permurahkanlah rezeki hamba-hambaMu itu."
0 komen bernas

Kuku kau panjang sangatla...

November 27, 2010

Kuku kau panjang sangat.. berkulat aku tengok.. kau xnak potong?

Gambar hiasan dari Google

Eh sori der, aku bukan busy body tapi mata aku ni ha yang suka jaga kesihatan orang lain.. mulut nak cakap tapi takut kau terasa.. so aku tengok jela dan membebel dalam hati sorang2.. sian kat aku *haha baik aku tulis kat sini je. semua orang boleh baca.

Kau makan pakai tangan kan? makanan tu kena kuku x? of coursela kena. kat kuku tu macam2 kuman ada.. kuman yang paling femes bersarang dalam kuku kau tu nama dia e-coli ... eee x senonoh betul nama kau kuman. kalau kau melekat dengan perempuan xpela gak, kena dengan nama kau tu. tapi kalau melekat dengan lelaki? adoii jadi aku untuk lelaki la plak *harhar

Aku pernah terbaca satu metafora dalam Islam kalau membela kuku ni. kalau kau simpan panjang walaupun sebatang jari kuku, kau seakan2 memelihara sekandang babi. SEKANDANG BABI!? weh, pegang pun haram, nak sebut nama babi tu sendiri pun dah jelik dan kasar, inikan pula nak membela sekandang babi. Astaghfirullah~

Potongla kuku tu, bukan amek masa yang lama pun. kalau nak dapat pahala sunat, potongla hari Isnin atau Khamis. Allah tu kan Maha Pemurah. kau potong kuku je, dah dapat pahala. sapa nak kasi beb?? bekalan untuk akhirat tu. lagi pun, tujuan sebenar memotong kuku ni ialah untuk menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci. di samping tu juga, memelihara tubuh badan daripada sebarang penyakit yang x diingini.


Kalau kau malas sangat nak potong kuku, suruhla orang yang potongkan. itu pun kalau kau berani la pasal aku sendiri pun takut2 bila nak potong kuku sendiri. takut terluka dan terpotong daging. pedih tuu.. baik potong kuku sendiri kalau x percaya kat orang lain. tapi ingat, jangan x potong kuku lebih dari 40 hari sebab kalau lebih masa, syaitan dah start nak bergayut2 dalam kuku kau tu. kalau syaitan dah bergayut, hanyutla kau..

Psst~! lepas potong kuku jangan lupa basuh tangan tu, takut kalau lupa, kau pergi garu sana sini, x pasal2 leh dapat penyakit kusta.

Psst2~! kau orang gigit kuku x? buang tabiat huduh tu. pengotor.

.sumber.
21 komen bernas

Tepuk tangan pun boleh cipta rekod ke?

November 5, 2010

'Di'umumkan, pemenang bagi tempak ke sekian2, jatuh kepada...~!'...... semua pakat tepuk tangan beramai2, kuat2 plak tu.. bersemangat sungguh.. macam dalam video kat bawah ni.




Banyaknye syaitan x mati bila tepuk tangan camtu kan? dulu ustaz aku pesan, kalau nak tepuk tangan, tepuk tangan secara terbalik.. jangan tepuk tangan ikut style normal mat saleh dengan style arab jahiliah.. dorang tu tepuk just untuk suka2 dan berhibur je.. suka la syaitan bila manusia bertepuk tangan meng'agung2kan mereka. kita sebagai seorang muslim kenala ada akhlak..

Tepuk tangan ni x salah kalau kena dengan masa dan tempatnya.. kalau kau tepuk tangan masa imam bacakan khutbah, x ke pelik? orang tengah kusyuk dengar khutbah, nak selitkan minda dengan ilmiah2 islam, kau tepuk tangan pasal kau suka dengar khutbah.. x payahla macam tu sekali.. jahil sangat kau nih. macam mencerca majlis je.. dala dalam masjid, tempat orang beribadah, bukan tempat orang nak bersuka ria..

Takbir, Tepuk Tangan, Tepuk Terbalik

Psst~! dah macam kipas da tangan dia aku tengok..
18 komen bernas

Susahnya Nak Jadi Pembeli

November 4, 2010

Apabila permintaan untuk sesuatu barangan lebih tinggi daripada bekalan sedia ada, harga terus naik mencecah awan..

Apabila bekalan sesuatu barang itu melebihi daripada permintaan, baru nak buat jualan murah.. baru terhegeh2 nak cari pembeli..

Sebagai contoh, harga air berperisa anggur jenama gatorade lebih mahal daripada air berperisa oren, limau dan fruit punch.. sebab apa macam tu? padahal pengeluarnye sama je.. sebabnya perisa anggur lagi sedap daripada perisa yang lain.. x caya cubala beli.. try beli kat 7e.. try compare harga air tu.. bila dah sedap, tentulah ramai orang nak beli.. dan macam biasa, harga akan automatik naik.. x salah pun, cuma geram je..

Kalau sesuatu barang tu tengah HOT dalam pasaran, for sure, sekejap je habis dijual.. tapi bila ada peniaga yang dapat kesan 'kepanasan' sesuatu barang tu, dorang akan simpan barang tu.. then bila orang terdesak nak beli, peniaga akan sesuka hati meletakkan harga yang tinggi.. so, there is no an option for the buyer to make a decision.. suka atau pun tidak, mereka tetap akan membeli.. samala macam kes kekurangan gula, beras, etc..

Kita sebagai pembeli ada hak nak membuat keputusan sebelum membeli.. jangan kerana nafsu, poket kita kering sekering keringnya... beringat sebelum kena..

Psst~! susahnya nak jadi pembeli yang bertuah dengan harga yang betul2 murah... penjual senantiasa mencari jalan untuk mengaut keuntungan.. itulah adat dan resam dalam urusan jual beli duniawi.. x salah pun sebab 9/10 rezeki adalah dari perniagaan..
11 komen bernas

Kamu Sembahyang Lima Waktu Tetapi...

October 29, 2010

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit , 10 minit itu saja ingatanmu padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu tidak bersyukur padanya… kamu pada dahulunya amat susah. Allah yang memberi rezeki kepadamu, dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu, membeli rumah , kereta dan sebagainya… tetapi hatimu masih belum puas, kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman temanmu, menyakiti hati mereka, menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu, dengan ibadah kamu, dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redha dengan apa yang ada di sisi kamu itu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu ,menggunakan wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.
Sumber

Psst~! sesungguhNya Allah itu Maha Besar, Subhanallah...
11 komen bernas

Kepuasan Meng'Antikan George Soros

October 26, 2010

Mukadimahnya~ Salam semua.. aku rasa puas sungguh hari ni.. xtaw kenapa.. kepuasan yang nyata.. bukan puas yang x nyata atau batin sebab aku x khawin lagi *ngehh maybe sebab puas membelanjakan duit ke arah kebaikan(biarlah menjadi rahsia *senyum). membelanjakan sesuatu yang amat bermakna untuk diri ni.. membeli sesuatu yang akan berada di depan mata buat selama mana yang boleh selagi x hancur ditelan masa..

Aku boros? mungkin sedikit boros kalau duit tu berkepuk.. tapi seboros2 aku pun, x seboros George Soros yang memang terkenal dengan sikapnye yang spekulatif tu.. aku x nak ikut langsung ikut jejaknya yang suka mempercayai khabar2 angin.. he was the man who broke the bank of england.. dan aku x nak menjadi tulang belakang yang akan menjahanamkan bank2 di malaysia ni.. walaupun ada baiknya bersikap macam tu, tapi jelas, diri kita tamak..

Terus ke topik utama~ Kadang2 aku ni bila xde duit, macam2 ikhtiar aku cari untuk memenuhkan balik poket yang sedia kosong ni.. tapi bukan dengan mencuri atau menerima rasuah.. aku still student lagi, nak terima rasuah daripada siapa? kalau dah bekerja tu maybe la kan...... Tapi bila ada duit, macam2 aku nak beli, itu ini.. tapi still ade had.. kalau membeli lebih dari kemampuan diri kita sendiri, mulala hati bergundah gulana.. apa yang paling penting, akal fikiran kita ni kenala bijak menguruskan segala2nya.. x gitu? *senyum



~rehatkan mata anda jap.. pergila buat air teh ke *senyum kambing


Aku ni belajar akaun.. orang kata orang yang belajar akaun ni kedekut sikit.. setiap sen xleh kurang sebab takut 'short' *gelak besar setakat short 1 2 sen tu, topupla sikit2, xkan tu pun berkira.. lain la kalau short beribu2.. aku xnak la jadi orang yang kedekut sampai macam tu sekali.. buat malu bangsa je.. berkire lebih.. kalau xnak topup pun, terus terang jela.. bukannya susah sangat pun nak mengaku kesalahan diri sendiri, just ketepikan ego yang tinggi melambung tu je dah boleh selesai masalah *huhu

Pernah belanja orang x? pernah bagi pinjam duit kat orang x? ikhlas x masa nak memberi tu? haa aku rasa la kan, kalau kita ikhlas dan x mengharap sangat, percayala, setiap kebaikan tu akan dibalas dengan kebaikan.. aku rasa mesti ramai yang rasa macam tu.. oppss x yah bercerita tentang kebaikan tu kat sini.. jangan riak sangat dengan kebaikan, lame2 nanti keburukan yang akan mendapat nama. simpan je dalam hati.. biar Allah dan diri kita sendiri je yang tahu..

Psst~! membazir itu perangai syaitan, kedekut pun sama rasanya... tepuk dada tanyalah selera masing2.. mau kopi ka teh tarik? dan lagi satu, ade kene mengena ke incik george soros dalam cerita ni?
10 komen bernas

Peringatan Sekali Lagi Tentang Click Fraud

Entry kali ni untuk blogger2 yang still baru dalam nuffnang.. walaupun benda2 camni nak dekat basi da, tapi still berguna untuk masa depan.. aku bukan apa, risau status 'glitterati' akan ditarik bila korang tulis macam ni kat dalam chat box, 'hai singgah sini. saya klik nuff awak'.. 'hai saya klik pizza dan nokia'.. 'saya dah klik nuff awak, mehla klik nuff saya plak'.. korang taukan apa itu click fraud? untuk blogger2 baru, click fraud tu...

Click fraud is defined as manipulating the number of clicks on ads, e.g. by clicking repeatedly on them, resetting your IP, or encouraging others to do so.

Nuffnang sendiri pun dah keluarkan satu statement yang amat pedas buat bloggers yang amalkan fraud click ni. mesti korang x explore habis kan menu2 dalam nuffnang tu.. try baca menu getting started dalam nuffnang. kalau x sayang pendapatan korang, tryla buat.. *senyum


There's really only one big "don't" when it comes to Nuffnang, and that would be to commit click fraud. Click fraud is defined as manipulating the number of clicks on ads, e.g. by clicking repeatedly on them, resetting your IP, or encouraging others to do so. While you're more than welcome to click on your own ads if you're genuinely interested in the products/services offered, manipulating your click count is a breach of Nuffnang's terms of service.
Bloggers who commit click fraud will have their earnings revoked, or even banned for repeat offenders. This is how we feel when we see click fraud occurring - :( :( :( We're not happy when we have to ban bloggers or revoke their earnings because of click fraud, so play nice, okay?

Kalau korang nak taw kenapa click fraud ni bahaya, meh baca entry aku yang ni, 'Kenapa Fraud Clicks Berbahaya'. try fahamkan.. entry tu dari pengalaman aku sendiri bersama pengiklan2 yang lain. so boleh dipraktikkan. sekali lagi, jangan amalkan click fraud.

Psst~! blogging ni biar jujur.. jangan semata2 nak kejar duit je. kalau niat tu x ikhlas, memang payahla rezeki nak masuk. lagi satu, aku minta maaf kalau ada mesej2 dalam chat box yang aku x sempat nak balas.. *senyum
23 komen bernas

Entry Yang Bernas Dan Blog Yang Cantik

October 23, 2010

Blogging dari pandangan aku. 2 elemen ni je yang aku teringin sangat nak tekankan setiap kali aku masuk blog seseorang..

sumber dari google
Entry.
Anda mempunyai hak untuk mengeluarkan sebarang jenis entry. entry bersifat peribadi, tutorial, pandangan, cadangan, kritikan dan sbgnya. itu semua hak anda. entry panjang atau pendek? lain pembaca, lain ragammya. ada yang suka membaca entry yang panjang. ada yang suka membaca entry yang pendek. cuma sebelum mengeluarkan entry tu, teliti dahulu penulisan kita. ada x elemen2 atau isi2 yang bernas untuk dikongsikan bersama dengan para pembaca?

Pembaca akan lebih suka membaca entry yang boleh memberi manfaat kepada meraka. memberi sesuatu yang amat bermakna untuk dijadikan sebagai pegangan. kalau boleh, selitkan sesuatu walaupun sedikit. dan apa yang paling penting, jangan membuatkan pembaca pening dengan penulisan anda. itu ancaman namanya. dengan pantas mereka akan menekan butang pangkah.

Cantik.
Cantik itu perlu. tapi bukan cantik dengan widget2 yang membebankan blog. cukup sekadar menghiasi blog dengan warna2 yang menarik, susunan template yang teratur dan kemas.. anda suka pakai widget yang keluarkan bunga api dari tepi blog? widget yang keluarkan bunga dari tepi blog? x perlu semua tu kerana pembaca akan meyumpah seranah semasa menunggu untuk masuk ke dalam blog anda. kan dah mengurangkan minat mereka untuk terus membaca.

Perlu ke meletakkan widget seperti music box yang auto play? perlu ke meletakkan akuarium yang ada kura2 dan ikan di dalam blog anda? kalau untuk blog peribadi, anda digalakkan meletakkan widget2 tersebut kerana ianya boleh membantu anda mengurangkan tekanan perasaan dan masalah yang sedang dihadapi. tetapi sebenarnya menambahkan tekanan kepada pembaca yang mempunyai kelajuan internet tahap siput.

Okeh, kat bawah ni aku senaraikan antara tips2 yang membina dari blog 'maribinablog'

Nak baca lagi apa pandangan aku tentang blog? meh baca entry ni plak, 'Disebalik BLOG'

Psst~! aku xdela mahir sangat nak memberi nasihat.. tapi aku suka berkongsi benda yang sepatutnya dikongsi bersama. dan aku x kata yang aku ni 100% perfect.. kita sama2 belajar.

Psst2~! pandangan2 aku di atas tu untuk blogger2 yang memang nakkan penulisan meraka dibaca oleh orang lain..
33 komen bernas

Apa Guna Kalau Ada Lesen Memandu?

October 20, 2010

Kita memang pemandu yang x pernah lulus lesen L & P kalau kita beranggapan yang..



lane kanan untuk orang yang memandu secara perlahan..

lane kiri plak untuk orang yang memandu secara sembrono...

lane tengah untuk orang yang memandu secara santai...



Pemandu yang memandu di lane kanan memang suka bagi lampu besar dan horn untuk pemandu yang memandu secara perlahan di lane kanan, xpaham2 lagi ke? had kelajuan 80km/j, tapi kau bawak 40km/j plak kat lane kanan. astaghfirullahallazim!! bawak bersabar pemandu2 sekalian. orang sebegitu memang susah nak paham bahasa. payah sangat ke nak bertimbang rasa?

Ada plak yang jenis bawak kereta mahal2, x mahal pun ade gak, lepas tu dari jauh lagi dok high beam.. perghhh!! bagi laluan, bagi laluan! F1 nak lalu tu.. x sabar nak kejar kereta ambulan kat depan tu, leh tumpang sekali kalau eksiden. adehh duit tu kalau banyak sangat, bukan untuk bayar saman atau bayar ganti rugi kereta orang je, bawak2la sedekah secara ikhlas ke, tapi jangan sedekah kalau x ikhlas.. x pun hulur sikit kat pihak bertanggungjawab untuk turap jalan2 yang berlubang tu...

Psst~! macam mana la orang x marah.. elok2 mase starting bawak kereta tu mood tgh baik, tiba2 jumpa plak dgn orang yang camni kat tengah jalan.. mau x angin... kalau ambulans cucuk2 kereta kau, tapi kau buat x taw je, see you in court my frenz! jgn buat jalan tu macam kau sorang je yang bayar road tax!
32 komen bernas

Selamat Pagi Dunia

October 19, 2010

Bangun pagi gosok gigi,
cuci muka terus mandi,
pakai baju minum susu,
salam ayah dan ibu..

Zaman kanak-kanak...
Mak ayah kejut, terus bangun sebab takut kena rotan, kena renjis air kat muka.. bangun solat subuh. lepas solat tu kalau rajin baca alQuran.. lepas baca alQuran, pakai kasut sekolah, pergi sekolah. kalau yang xsekolah, sambung tido xpun buat kerja rumah atau kerja sekolah..

Zaman meningkat remaja...
Masa ni ramai yang dah pergi sekolah asrama.. xdehal la nak bangun sebab warden, abang2 dan kakak2 senior gegar bilik, ketuk pintu kuat2, sepak2 katil soh bangun pergi solat berjemaah kat surau.. kalau yang sekolah harian, sila baca zaman budak.. kalau jenis yang punctual, memang akan bangun sendiri, set alarm subuh pukul berapa, then bangun macam biasa.

Zaman remaja kaw2...
Dah start masuk belajar kat university. menyewa di rumah sewa atau duduk dalam kolej. zaman paling liat aku rasa.. tido lewat giler. alasan nak siapkan assignment. ok xpe, yang penting leh bangun pagi sebab niat dah baik.. ni yang tido lewat sebab ada meeting malam2 buta dengan kawan katil sebelah menyebelah. xpun main daun terup. confirm esok pagi terbabas subuh, qada' la jawabnya. itupun kalau ingat.

Zaman berkerjaya...
Masing2 dah ada komitmen sendiri.. nak cari duit, nak kumpul duit untuk masa depan. masa ni ramai yang dah sedar apa itu erti kehidupan. bibir sentiasa mengucapkan kata2 syukur kepada Allah terhadap rezeki yang diterima. nak x nak, bangun pagi itu satu kemestian sebab x bangun pagi, maknanya rezeki dan pahala untuk hari tu kurang.

Zaman berumahtangga...
Setiap pasangan ada tugas dan tanggungjawab masing2.. bila si suami x bangun pagi, si isteri yang kejutkan dan sebaliknya. 'abang, bangun pagi solat subuh. ok sayang, jom solat berjemaah. panggil anak2 sekali.'.. anak2 masa ni melalui zaman budak. kalau x bangun, kena renjis air di muka. *senyum

Zaman di hari tua...
Rumah kata pergi, kubur kata mari.. masa tidur semakin berkurangan. dulu 8 jam sehari, sekarang 4 jam. kadang2 tidur x lena disebabkan masalah kesihatan. bangun awal pagi tu dah menjadi kebiasaan. ambil wuduk dan terus menghala ke masjid, berjemaah dan meminta keampunan dariNya di atas dosa2 kita yang lampau.

Psst~! selamat pagi semua *senyum memanjang
12 komen bernas

Kau Memang Derhaka

October 16, 2010

kalau...
Budak kecil tegur kesalahan kau, tapi kau selingkan mereka dengan satu ayat, ' kau budak kecik lagi, apa kau tau pasal dunia ni!'.. kau silap di situ. teguran mereka lebih keterbukaan dan lebih ikhlas daripada teguran rakan-rakan yang sentiasa merapati kau. budak kecil sentiasa bercakap benar kerana mereka masih belum kenal lagi apa itu maksud ketidakjujuran.

kalau...
Kawan tegur kesalahan kau, tapi kau angkat jari hantu kepada mereka. weh, member tu punyala baik nak tegur kesalahan kau, tapi kau plak macam lahanat. kau kata dia dengki dengan kau. kau kata dia sibuk urusan kau. dalam kubur nanti, siapa lagi yang nak sibukkan urusan kau? ular besar? bersedialah dengan soalan, MARABBUKA?

kalau...
Cikgu tegur kesalahan kau, tapi kau buat bodoh. ada dua sebab kenapa kau buat bodoh. pertama kau still lagi hormat cikgu tu sebab takut dia akan failkan kau dan sebab yang kedua, kau memang sengaja nak mencabar cikgu tu supaya dia bengang bila kau buat bodoh. dan jangan kau ingat kau yang akan menang dalam cabaran bodoh kau tu. A+ dalam genggaman cikgu, tapi F dalam tangan kau. pilih sendiri mana yang kau nak.

kalau...
Adik beradik tegur kesalahan kau, tapi kau ego, kau emosi, kau merajuk. kau boleh buat semua tu sebab mereka adik beradik kau. kau salah. adik beradik lebih lama mengenali kau daripada kawan-kawan kau yang kat luar tu. mereka lebih tau apa yang baik dan apa yang buruk untuk kau.

kalau...
Mak bapak tegur kesalahan kau, kau mendengus sebab kau xsuka ditegur. kau hentak kaki, kau hentak semuanya dan kau melawan kata. syurga di bawah tapak kaki ibu. maknanya kau mendengus untuk menyemarakkan lagi api neraka yang memang dah sedia marak untuk kau.

kalau...
Allah sendiri yang menegur kau?

Psst~! ikhlas dari hati aku untuk diri aku sendiri dan untuk korang jugak *senyum
24 komen bernas

Gelas Sepak

October 14, 2010

Kenapalah ada gelas yang diperbuat daripada kaca? soalan ni kalau aku tujukan kat mak aku, confirm mak aku akan tersenyum dan menjawab, 'jangan banyak soal, pakai jela apa yang ada.. ngada2 betul' *gelak besar

Sebenarnya, aku dah pecahkan salah satu gelas kaca kepunyaan mak aku.. woahhh mak aku dilarang baca entry kali ni, umi blacklist ehehehe sorry yer. xdela teruk mana pecahnya, tapi memang dah xle pakai da sebab dah crack hehe.. xde niat pun nak tersepak gelas tu.. gelas tu jernih sangat. invisible plak tu.. memang payahla nak nampak.. lain kali beli yang berwarna punya ek, senang sikit nak nampak dan nak elak bile nak tersepak tu *sengih kerang haha ngada2 anakmu ini..


So sebagai tanda kenang-kenangan sebelum gelas kaca tu dicampak ke dalam tong sampah, aku dah snap gambar. khas untuk tatapan umiku.. berjuta2 kemaafan ku pinta, harap ada masa afiq nak ganti gelas yang baru kalau umi mau *senyum paksa plus *gelak besar



Psst~! bahaya betul la gelas kaca ni.. kalau pecah mau terlompat2 takut terpijak serpihan2 kaca yang bertaburan.. smart x weh crack kat gelas tu?
32 komen bernas

Follow Me Yang Tiada Paksaan

October 13, 2010

Assalamu'alaikum..

Entry ni just nak inform blogger2 yang nak follow afiqbukhari.com. dulu aku letak widget follower ni kat dalam sidebar sebelah kanan blog.. tapi sekarang aku dah masukkan widget follower ni dalam satu page khas.. tujuan aku buat macam tu sebab nak ringankan lagi berat blog ni.. supaya korang dengan muka gembiranya dapat masuk ke dalam afiqbukhari.com. tengok gambar2 kat bawah ni. kalau kocik sangat, right click > open in a new tab.

Tiada paksaan untuk follow aku sebab aku x pernah paksa orang untuk follow aku. korang suka, korang follow. kalau x suka, tinggalkan aku sorang2. *senyum

Anyway thanks kepada blogger2 yang sudi follow blog aku yang x seberapa ni. *senyum lebar



Psst~! aku suka dengan statement ni, 'dont judge a blog by its follower'.. kat blog mana tah aku tengok blogger tu guna ayat ni. memang sempoi r.. adaptasi dari dont judge a book by its cover yer murid2 sekalian *senyum lidah terkeluar
27 komen bernas

Luar Kotak Yang Mendatangkan Kemarahan

October 12, 2010

Orang kata kalau nak sesuatu result tu gempak dan menarik, kita kena berfikir di luar kotak. fikir macam mana nak cari jalan penyelesaian yang terbaik selain menggunakan cara biasa untuk menyelesaikan sesuatu masalah.



Tapi kalau nak dimaki hamun oleh orang, parking la kereta di luar kotak.. kalau orang yang jenis panas baran dan x tahan sabar, memang habis pecah semua cermin tingkap kereta tu.. kau dala parking luar kotak, lepas tu pergi parking plak kat tempat yang sempit dan tempat yang x boleh untuk dipark. aku x nak dengar alasan yang kau nak park sekejap je. itu masalah kau. tapi jangan sampai menyusahkan orang lain. orang lain pun banyak jugak hal yang perlu disetlekan selain dok menekan hon 24 jam semata2 nak alert kau yang tengah sedap melepak ntah kat mana.. sakit hati plak aku dengan orang yang macam ni. so SELLFISH!!!

Disebabkan kau, aku membazir masa yang xsepatutnya dibazirkan. kau faham x apa maksud sebenar 'masa itu emas'? buang masa aku terangkan kat kau. masuk telinga kanan, keluar telinga kiri... lain kali, kalau betul2 urgent, carilah someplace yang betul2 x menganggu lalu-lintas. barulah orang x amek kisah dan x maki hamun kat kau. betul2 menyusahkan orang la kerja bodoh kau tu...

Psst~! kalau nak diikutkan hati tadi, nak je aku tekan hon sampai owner kereta tu datang...
14 komen bernas

Adapter Porak Perandakan Hidup Buat Sementara Waktu

October 10, 2010


Huhu zzzz...

Tension wehhh.. dala beli laptop second hand, bateri xde, charger adapter plak rosak.. ulang alik lowyat pegi tukar adapter murah yang baru.. ni dah rosak balik.. aku rasa owner parking kat lowyat tu dah kaya sebab aku asyik bayar parking je.. pergi sana semata2 nak tukar adapter bangang yang suka rosak tah bape puluh kali aq pun xtaw.. ni la padahnya kalau beli barang murah yang x berkualiti.. kalau murah dan berkualiti xpe la gak.. hadoiii..

Adapter laptop murah tu buat aku bengang beb.. dala rosak, lepas tu sibuk nak pegi menjahanamkan barang yang lain.. habeh PC lama aku punya power supply kejung.. fius extension plug plak terbakar.. selamat x effect laptop ngan barang2 hardware dalam PC aku.. so sekarang xleh nk bukak laptop pasal adapter dah rosak.. bateri plak xde.. selamat ada spare power supply untuk PC, terus tukar then buat entry tension ni huhu

Kali ni aku nekad, aku nak beli adapter yang baru, yang ORIGINAL!! biarla duit terbang pun.. asalkan aku puas hati... tapi tengah xde duit ni.. pinjam seratus leh??? nanti aku bayar balik haha

Aku dah serik nak beli barang2 yang murah dan x berkualiti walaupun x selalu beli. mentang2 korang pandai repair benda2 yang rosak, then korang jual balik dengan harga yang mahal.. ceittt! pigi mam la aku nak percaya lepas ni.. no SIRIM, no warranty card, no guarantee, memang aku xkan beli da! dulik ape aku ko letak harga murah pun.. kalau ko letak harga bawah dari harga kos, baru aku fikir dua kali nak beli ke x..

Psst~! bangang gak aku ni pergi barang2 yang x berkualiti.. meh sape2 nak kondem aku, komen kat bawah.. aku rela diperkondemkan.. tapi kondem dengan pendapat dan cadangan2 yang bernas supaya aku lebih berhati2 lagi pasni :)
12 komen bernas

Mana Nak Cari Barang Yang Hilang?

October 8, 2010

Selalunya kalau barang hilang, aku akan dok diam kat satu tempat, then merenung satu benda secara tajam.. tujuannya supaya aku boleh berfikir dan mengingat semula kat mana tempat last aku letak barang tu.. kalau x dapat ingat jugak, aku akan geledah semua tempat yang kebarangkaliannya tinggi untuk jumpa barang tu semula.

Kalau still x jumpa jugak, aku berserah jela kepada Allah dengan membaca ayat ni, Allahumma Yassir wala Tuassir... berhasil weh kalau niat korang memang ikhlas dan nak sesangat jumpa barang tu balik. tapi xtawla kalau nk cari orang yang hilang.. :) sebenarnye ade je doa2 yang lain.. maybe korang leh kongsikan dengan aku dalam komen hee

Pernah satu ketika, aku terlupa kat mana aku letak duit.. bukan sikit, tapi banyak.. duit tu bapak aku kasi untuk perbelanjaan harian di rumah selama sebulan sebab dia ngn mak aku pergi menunaikan umrah.. selepas aku hantar dorang ke airport, sampai je di rumah aku mula gelabah.. kat mana plak aku simpn duit tu.. seriously masa tu aku xingat langsung..

Sudahhh, aku ngn adik2 nak makan apa selama sebulan ni kalau x jumpa duit tu? selamat nenek aku ada dan dialah mengajar aku membaca ayat kat atas tu.. aku mundar mandir dalam rumah sambil mulut terkumat kamit membaca doa tersebut.. niat dalam hati memang nak sangat jumpa balik duit tu.. bukan untuk kegunaan aku sorang, tapi untuk adik beradik sekali..

Tiba2 je aku terasa yang aku nak periksa dalam almari perhiasan mak aku.. padahal tempat tu dah banyak kali aku periksa.. dengan izin Allah, duit tu ade terselit di celah2 perhiasan.. apa yang peliknya, sebelum ni x ternampakla plak duit tu kat situ.. Alhamdulillah! kuasa Mu sungguh BESAR YA ALLAH!! mungkin itulah dugaan untuk hambaMu yang lemah lagi kerdil ni..

Psst~! sekarang ni aku tgh mencari satu barang yang hilang, daripada semalam still x jumpa2.. mungkinkah barang tersebut hilang? atau tersalah letak? buntu da ni.. biar jela dulu. xpenting sangat pun..
26 komen bernas

Susahnya Nak Hidup...

October 7, 2010

Kalau hati tu sentiasa berniat nak menjatuhkan orang...

Lagi susah nak hidup kalau kita ni selalu buruk sangka kepada orang...

Kita akan berasa susah dalam hidup kalau x mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan olehNya...

Macam mana nak hidup dengan tenang kalau diri sendiri yang menyusahkan kehidupan?

Adakah kehidupan kita akan tenang kalau hati sentiasa x tenang?

Dan selalunya ketenangan itu datang daripada Siapa?

Psst~! kalau x rasa susah sekarang ni, beringatlah yang susah itu pasti akan datang.. dan segala kesusahan tu datang daripadaNya.. untuk kembali senang, memohonlah kepadaNya..

Psst2~! da lame aku perap post ni.. sekarang mase yang sesuai untuk aku publishkan sebab banyak sgt perkara2 yang menyusahkan orang akibat daripada ego yang melampau...
17 komen bernas