Budak kecil tegur kesalahan kau, tapi kau selingkan mereka dengan satu ayat, ' kau budak kecik lagi, apa kau tau pasal dunia ni!'.. kau silap di situ. teguran mereka lebih keterbukaan dan lebih ikhlas daripada teguran rakan-rakan yang sentiasa merapati kau. budak kecil sentiasa bercakap benar kerana mereka masih belum kenal lagi apa itu maksud ketidakjujuran.
kalau...
Kawan tegur kesalahan kau, tapi kau angkat jari hantu kepada mereka. weh, member tu punyala baik nak tegur kesalahan kau, tapi kau plak macam lahanat. kau kata dia dengki dengan kau. kau kata dia sibuk urusan kau. dalam kubur nanti, siapa lagi yang nak sibukkan urusan kau? ular besar? bersedialah dengan soalan, MARABBUKA?
kalau...
Cikgu tegur kesalahan kau, tapi kau buat bodoh. ada dua sebab kenapa kau buat bodoh. pertama kau still lagi hormat cikgu tu sebab takut dia akan failkan kau dan sebab yang kedua, kau memang sengaja nak mencabar cikgu tu supaya dia bengang bila kau buat bodoh. dan jangan kau ingat kau yang akan menang dalam cabaran bodoh kau tu. A+ dalam genggaman cikgu, tapi F dalam tangan kau. pilih sendiri mana yang kau nak.
kalau...
Adik beradik tegur kesalahan kau, tapi kau ego, kau emosi, kau merajuk. kau boleh buat semua tu sebab mereka adik beradik kau. kau salah. adik beradik lebih lama mengenali kau daripada kawan-kawan kau yang kat luar tu. mereka lebih tau apa yang baik dan apa yang buruk untuk kau.
kalau...
Mak bapak tegur kesalahan kau, kau mendengus sebab kau xsuka ditegur. kau hentak kaki, kau hentak semuanya dan kau melawan kata. syurga di bawah tapak kaki ibu. maknanya kau mendengus untuk menyemarakkan lagi api neraka yang memang dah sedia marak untuk kau.
kalau...
Allah sendiri yang menegur kau?
Psst~! ikhlas dari hati aku untuk diri aku sendiri dan untuk korang jugak *senyum