Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

You Are A Great Writter!

December 18, 2010

Assalamu'alaikum readers.. sihat? alhamdulillah. tapi blog aku ni tak sihat sejak bertukar dari sistem No Follow kepada Do Follow.


Apa kata aku kepada cik anonymous ni?


Komen untuk entry Hantu Join Sekaki Time Jamming
Apa maklumat yang berguna cik anon dapat daripada entry ni? siap nak hantar kat kawan suruh baca lagi. thanks yer tolong promote. tapi...

Komen untuk entry Blog Berat? Skrin LCD lebar atau sempit?
Untuk 3 patah perkataan yang terawal tu, aku x tahu apa maksud dia. tapi ayat yang selepas tu buat hidung aku kembang kempis menarik nafas keraguan. apela yang nak direspectkan sangat dengan afiqbukhari.com. tapi...

Komen untuk entry Uncle Punya Blog Kasi Aku Award
I am a GREAT WRITTER! yes, I admit it. kau nak nombor phone aku ke? kau nak hire aku sebagai apa ni? bayaran macam mana plak. kurang dari RM5K aku x nak. terang-terang kau sendiri yang cakap aku great writter. so no wonderla aku demand. tapi...

Tapi tu semua SPAM je. inilah risiko yang aku kena tanggung kalau blog bertukar dari sistem No Follow kepada Do Follow. kedua-dua sistem follow ni ada pro dan kontra masing-masing. kalau bloggers nak tahu dengan lebih lanjut tentang maksud sebenar No Follow dan Do Follow ni, meh masuk sini, MAKSUD DOFOLLOW NOFOLLOW BLOG/WEB.

Sebenarnya aku dapat banyak komen-komen daripada cik anonymous ni. tapi malas nak layan. kalau komennya tu kena dengan tajuk dan isi entry, baru aku tick as a Not Spam. kalau komen tu merepek tak tentu pasal, terus aku Delete. macam mana nak tapis/moderate komen plak? senang je, meh  masuk sini, Fungsi Terbaru Blogspot - Comment Inbox.

Psst~! mesti ramai bloggers yang dapat komen-komen macam aku ni kan. so pesanan aku, 'pandai buat, pandai tanggung'...
15 komen bernas

Bagaimana Untuk Menangkap Gambar(screenshot) Di Dalam Laman Web Menggunakan Mozilla Firefox?

December 12, 2010

Assalamualaikum semua. kali ni aku nak berkongsi satu tutorial bagaimana untuk menangkap gambar secara 'print screen@webpage screenshot' di dalam laman web tanpa perlu menggunakan telefon bimbit berkamera mahupun kamera.

Ramai yang suka mencuba kaedah secara manual untuk menangkap gambar di dalam laman web seperti kaedah 'print screen button(dekstop)' dan 'fn+print screen button(laptop)'. tetapi cara tu merumitkan sebab kita perlu buka software untuk mengedit gambar, klik button New page, Paste, Edit dan Save. barulah kita akan mendapat sekeping gambar untuk di upload ke dalam blog..

Pada sesiapa yang menggunakan browser 'mozilla firefox', anda hanya perlu follow step di bawah:


1. Download extensions Google Chrome - Meet the Screen Capture Elite Developer dan Install

2. Klik 'Add to Firefox' dan Install Now.


3. Restart Firefox

4. Apabila extension tersebut sudah di install, halakan mouse cursor anda ke bahagian menu tab di atas browser dan klik ikon screen capture elite. Terdapat 3 cara untuk menangkap gambar di dalam laman web seperti Capture complete pageCapture visible page dan Capture selection on page. Cuba klik capture complete page sebagai contoh.

5. Anda klik 'Save as' dan tentukan di mana anda ingin menyimpan gambar tersebut. Disarankan supaya save dalam satu folder yang khas supaya tidak keliru, dan Klik Save. Selepas tu, bolehlah upload gambar macam biasa. senang kan?

Apalagi, cuba lah 'bermain-main' dengan extension tu. tak kenal, maka tak cinta kan? cuba tangkap gambar dengan cara Capture visible page dan Capture selection on page plak.

Sebenarnya banyak je extensions yang lain untuk screenshot@screen capture. tapi aku hanya pernah cuba yang ni je. so pada siapa2 yang nak cuba extension lain, boleh masuk laman web ni,

Add-ons for Firefox - screen capture

Anda menggunakan browser Google Chrome? Klik sini, Bagaimana Untuk Menangkap Gambar(screenshot) Di Dalam Laman Web Menggunakan Google Chrome?
14 komen bernas

Bagaimana Untuk Menangkap Gambar(screenshot) Di Dalam Laman Web Menggunakan Google Chrome?

Assalamualaikum semua. kali ni aku nak berkongsi satu tutorial bagaimana untuk menangkap gambar secara 'print screen@webpage screenshot' di dalam laman web tanpa perlu menggunakan telefon bimbit berkamera mahupun kamera.

Ramai yang suka mencuba kaedah secara manual untuk menangkap gambar di dalam laman web seperti kaedah 'print screen button(dekstop)' dan 'fn+print screen button(laptop)'. tetapi cara tu merumitkan sebab kita perlu buka software untuk mengedit gambar, klik button New page, Paste, Edit dan Save. barulah kita akan mendapat sekeping gambar untuk di upload ke dalam blog..

Pada sesiapa yang menggunakan browser 'google chrome', anda hanya perlu follow step di bawah:

1. Download extensions Google Chrome - Awesome Screenshot: Capture & Annotate dan Install



2. Apabila extension tersebut sudah di install, halakan mouse cursor anda ke bahagian atas penjuru kanan page dan klik ikon awesome screenshot. Terdapat 3 cara untuk menangkap gambar di dalam laman web seperti Capture Visible Part of Page, Capture Selected Area dan Capture Entire Page. Cuba klik capture visible part of page sebagai contoh.

3. Apabila gambar sudah ditangkap, anda akan dibawa masuk ke dalam satu halaman yang baru untuk sesi 'editing the picture', di mana anda boleh mengubahsuai gambar tersebut. Klik pada gambar untuk tumbesaran.

4. Gambar sudah di'edit? Klik Done dan Save gambar tersebut ke dalam dekstop atau laptop anda. Selepas tu, bolehlah upload gambar macam biasa. senang kan?

Apalagi, cuba lah 'bermain-main' dengan extension tu. tak kenal, maka tak cinta kan? cuba tangkap gambar dengan cara Capture Selected Area dan Capture Entire Page plak.

Apa kelebihan extension Awesome Screenshot ni?


  1. Capture or clip visible part
  2. Capture selected area
  3. Capture entire page
  4. Support  PNG format
  5. Support shortcuts (Check the extension Options)
  6. Support  horizontal scroll when capturing


Anda menggunakan browser Mozilla Firefox? Klik sini, Bagaimana Untuk Menangkap Gambar(screenshot) Di Dalam Laman Web Menggunakan Mozilla Firefox?

Psst~! aku suka guna cara ni sebab mudah dan mudah...
10 komen bernas

Blog berat? Skrin LCD lebar atau sempit?

November 19, 2010

Blog kalian berat?

Xde masalah, tekan butang pangkah je, selesai masalah.. tapi siapa yang rugi? si pembaca atau si tuan empunya blog?

Kalau rugi jatuh kepada si pembaca, pembaca hanya rugi untuk membaca sesuatu yang disampaikan oleh si penulis. kalau si penulis menulis tentang cerita tentang berita atau isu semasa, si pembaca mempunyai banyak pilihan untuk mencari sumber2 tu didalam blog yang lain.

Katakan blog A dan blog B menulis tentang sesuatu yang sama. berat blog A ringan lebih ringan dari berat blog B berat. agak2 kalian semua, si pembaca akan lebih tertarik untuk membaca di blog yang mana? A atau B? haa kalian jawablah sendiri dalam hati..

Kalau rugi jatuh kepada si tuan empunya blog, alamatnya kecewa tersinggung perasaan semuanya ada, sebab xde orang pun nak baca, nak jenguk apatah lagi. blog berat, lambat nak keluar, widget bersepah kiri kanan, bunga sana, salji situ..x perlu semua tu.. try kalian masuk blog2 otai macam bro Ben Ashaari, sis Dahlia, bro Just Khai, bro Darkbatman, etc. laju x? ada x dorang letak bunga ke, salji ke, autoplay lagu ke? huishh berat tuuu.

Info tambahan,

Kalian semua juga kena tahu, x semua orang menggunakan laptop dan LCD widescreen berskala 16:9 atau 16:10 untuk berblog dan melayari internet. ada yang still pakai monitor CRT kotak tu, kebanyakannya berskala 4:3.. sempit je padangan mata ke atas blog kalian. kalau widescreen, banyak ruang di sebelah kiri dan kanan, mata pun x kisah dan x serabut nak tengok yang mana satu dulu.

Resolution skrin kalian berapa? Sumber - 4:3 dan widescreen resolution lists

ruang di kiri dan kanan yang luas, kalau ada bunga dan salji pun aku x kisah. biasanya sesuai untuk skrin berskala 16:9 dan 16:10

ruang di kiri dan kanan yang sempit, pening kepala aku dengan bunga dan salji. biasanya sesuai untuk skrin berskala 4:3

Aku bukannya jahat nak buat entry macam ni.dan aku pun bukannya mahaguru untuk menegur kalian semua. tetapi sekadar untuk berkongsi pandangan dengan semua orang, agar si pembaca x menyampah dengan blog kalian.

Psst~! x semua manusia mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.
21 komen bernas

Menu Bar Dengan Auto-Hide Shout Box - Tutorial Review

October 14, 2010

Assalamu'alaikum...

Okeh ramai yang tanya aku macam mana nak buat menu bar dengan auto-hide shout box. shout box yang tiba2 keluar bila di mouse hoverkan kat dia. macam kat dalam gambar bawah ni.. xpun cuba korang try main2 dengan shout box aku kat menu bar atas ni, hujung belah kanan.



Ramai yang kata nampak kemas.. lagi satu kalau pasang shout box kat situ, leh kurangkan berat blog korang.. so loading page nnti laju sebab de x load dengan shout box tu.. kiranye dia load asing2.. correct me if i'm wrong sifu2 sekalian *senyum menggedik

Aku x buat tutorial pun. just nak bagi kredit kat blog 'maribinablog'.. tutorial dia la yang ajar aku buat menu bar dengan auto-hide shout box tu.. tersangat lah senang kalau korang follow satu persatu.. kalau x menjadi korang leh tinggalkan komen kat entry tutorial tu.. x pun korang tanyala aku, mane taw aku leh tolong ke.. tapi awal2 aku cakap, kalau korang pakai template dalam blogger in draft, aku mintak maaf banyak2 pasal x mahir lagi coding2 dia. kalau pakai template dari luar atau old templates dari blogspot, insyaAllah aku leh tolong.

Korang dah bersedia nak mempelajari sesuatu yang baru? aku sarankan korang cuba buat sendiri dulu. atleast masa korang buat tu, korang leh belajar sekali.. yang penting sebelum nak usik kod html tu, korang buat back up, klik Download Full Template(tengok gambar kat bawah).. just in case kalau template korang rosak ke, korang boleh upload balik file template yang dah didownload tadi. last but not least, klik Preview dulu sebelum Save. kalau ade error, maybe korang tersalah paste kod2 tu.. *senyum ikhlas




Tutorial - Menu Bar Dengan Auto-Hide Shout Box, Mari Bina Blog.


Psst~! kita x akan faham selagi kita x buat sendiri.. amalkan 'try and error'. tapi kalau betul2 x faham, jangan malu bertanya yer.. kang sesat jalan plak * senyum lebar
14 komen bernas

Bagaimana Nak Buat Pages Dalam Blogspot - Tutorial Bergambar

September 28, 2010

Assalamu'alaikum..


Ramai yang tanya macam mana nak buat ruangan 'Pages' macam kat sebelah kanan entry ni.. sebenarnya xdela payah sangat pun. blogger in draft sendiri yang sediakan widget tu.. pada blogger2 yang still menggunakan blogspot, anda semua dah boleh bertukar ke blogger in draft secara percuma. masuk ke ruangan dashboard, then tick kotak blogger in draft, di bahagian atas kanan ruangan dashboard blogspot...

gambar dari google, blog cikmin.com


Ok meh follow cara2 nak buat pages macam dalam blog afiqbukhari.com..
  • Masuk ke ruangan Dashboard, pilih New Post.
klik untuk tumbesaran

  • Cari tab 'Edit Pages' dan klik.
klik untuk tumbesaran

  • Klik New Page. korang leh buat pages, paling banyak pun dalam 10 page je..
klik untuk tumbesaran

  • Langkah seterusnya, sama macam korang nak publish entry baru.. isikan ruangan tajuk dan masukkan isi di dalam ruangan menulis tu.. korang leh masukkan embedded kod, link, gambar, n macam2 lagi.. Lepas dah siap, preview dulu then baru korang klik PUBLISH PAGE.
klik untuk tumbesaran

Hehe dah siap.. senang je kan.. ok kalau korang nak ubah kedudukan pages tu, korang masuk DESIGN > PAGE ELEMENTS. cari kat mana kedudukan pages korang dan klik 'edit'. kat situ korang boleh drag pages2 korang sama ada ke atas atau ke bawah.

klik untuk tumbesaran

Dan kalau korang nak kedudukan pages korang tu di atas post, just drag dari kedudukan asal sampai ke atas post. akhir sekali klik SAVE.

Psst~! macam biasa, kotak komen kat bawah ni je :) orang last yang bertanya tutorial ni ialah kak atie :)
32 komen bernas

Google Search Engine - Shortcuts @ Jalan Pintas

September 27, 2010

Assalamu'alaikum...

Pernah menggunakan internet? student? broker saham? penjual nasi ayam? pelancong? blogger tegar? mak? ayah? cikgu? haa aku rasa semua pernah even budak kecik pun tahu nak cari video doraemon kat mana. tapi korang tahu menggunakan internet secara tepat, cepat dan berkesan? hehe mesti ramai yang dah tahu. bukan susah pun nak guna internet ni. kalau nak search 'nasi ayam', bukak je page Google, then taip perkataan nasi ayam. nanti keluarlah berduyun2 list@website yang ada perkataan nasi ayam..

Tapi macam mana nak cari dalam satu website je? Ok straight to the point, bagi siapa2 yang x tahu atau x pernah nak amek tahu cara mudah dan singkat nak mencari sesuatu dalam internet, meh sini aku nak bgtahu.. benda ni senang je. free plak tu..

  • site : carian di dalam satu website sahaja. contohnya kalau nak cari perkataan kereta dalam mudah.my, just taip dalam kotak search google macam ni ; kereta site : mudah.my  
  • [#]...[#] carian diantara lingkungan nombor. maksudnya kalau korang nak beli kereta yang harganya dalam linkungan RM20000 hingga RM30000, just taip dalam kotak search google@yahoo macam ni; kereta RM20000...RM30000 
  • link : carian website yang ada link tertentu. contohnya kalau korang nak periksa website mana yang ada linkkan blog@website korang, just taip dalam kotak search google macam ni; link : www.afiqbukhari.com
  • info : carian maklumat tentang sesebuah website. contohnya nak cari maklumat tentang negara Malaysia, just taip dalam kotak search google macam ni; info : malaysia
  • related : carian website yang ada kena mengena dengan sesuatu website yang lain. contohnya kalau korang nak cari website yang bersangkut paut dengan mudah.my, korang just taip dalam kotak search google macam ni; related : mudah.my
Sumber - Google Help - Cheat Sheet

Amacam? korang dah try ke? ikut sebijik2 macam aku buat tu.. tryla dulu baru nampak hasilnya.. kalau nak tambah ilmu pengetahuan, kena banyak mencuba, try and error mat saleh kata. cara2 kat atas sangat berguna kalau kita ni jenis yang lurus, xnk ada satu pun yang bengkang bengkok... x faham? baik korang try dulu. then baru korang akan tahu kenapa aku maksudkan macam tu.. :)

Aku harap korang dapat memahami apa yang aku cuba sampaikan. benda2 ni semua boleh menjimatkan masa dan x memeningkan kepala otak kita. kalau x faham, kotak komen kat bawah ni ada je sedang menunggu :) lagi satu, cara ni aku rasa boleh diguna pakai dalam Yahoo jugak.

psst~! kepada para blogger yang suka blogwalking, aku rasa cara2 kat atas ni boleh membantu korang mencari blog@website yang backlinkkan url blog@website korang. xpercaya? cuba try :)
19 komen bernas

Comment Moderation - Alat Penapis Komen

September 15, 2010

Masuk ke paparan Dashboard, Settings > Comments. scroll ke bawah sampai jumpa comment moderation. tick 'always'. kalau nak blogspot hantar email berkenaan dengan komen yang baru masuk, isikan email anda dalam ruangan email adress.

Dan akhir sekali, Save Settings.


0 komen bernas

Aku Gastrik!! + Blockquote Cantik Dari Redboy

August 19, 2010

Assalamu'alaikum..

Kawan2, meh tolong tumbuk perut aku sebab senak sangat da ni.. masuk angin punya asal.. aku ni bekas pesakit gastrik dolu2... so far, alhamdulillah.. sejak dari tahun lepas, perut aku da kurang sikit meragamnya... tapi hari ni rasa loya semacam je... Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini... lagi beberapa jam je...

Semalam aku mintak tolong kawan blogger aku ni, Redboy namanya, cara2 nak buat blockquote versi Redboy sendiri.. aku tengok macam menarik je.. tu yang mintak dia tolong ajar.. alhamdulillah baik si Redboy ni.. sanggup buat entry khas untuk aku tentang tutorial tu.. thankx Redboy..

klik untuk tumbesaran

so sebelum tu, aku nak try jap jadik ke x...

assalamu'alaikum kawan2 semua.. puasa x hari ni? hidung aku dah tercium2 bau masakan kat belakang rumah ni.. apa dia masak eh???? sedap betul bau dia..menduga iman betul... sabaaaaa...

wahhh jadi laaa.. ni yang bertambah semangat ni nak buat entry baru.... eh, da siap satu entry rupanya ekekeke...

anyway, thnkx to Redboy yang susah payah nak ajar aku tutorial ni. korang pun kalau nak cuba buat, pergila masuk blog si Redboy tu, REDBOY BLOGGER - BLOCKQUOTE CANTIK VERSI REDBOY 


psst~! xde psst da kali ni.. selamat berbuka semua haha ;p
15 komen bernas

Fungsi Terbaru Blogspot - Comment Inbox

August 13, 2010

Assalamu'alaikum...

Tergerak pagi2 buta lepas sahur nak check komen2 yang masuk dalam blog ni, tiba2 mata menangkap sesuatu yang baru... yeahh fungsi terbaru didalam blogspot iaitu 'Comment Inbox'. x silap aku fungsi ni hanya sesuai untuk pengguna blogspot yang mengaktifkan comments | Awaiting Moderation je.


Klik Untuk Tumbesaran

Eh kejap. sebelum aku terlanjur, korang taw apa fungsi awaiting moderation tu? fungsinya adalah untuk menapis dulu segala komen2 yang bakal masuk ke dalam entry yang anda buat. atau erti kata lainnya, penapis. maksudnya, kita sebagai pemilik tanah blog tersebut berhak untuk menilai dan membaca dahulu komen2 sebelum ianya dipersembahkan@publish kepada para pembaca.


Klik Untuk Tumbesaran

Kalau korang perasan dalam gambar tu, ada menu tab baru la, awaiting moderation dengan spam. waa siap ada spam. auto detection lagi. bagus btul. so lagi senangla lepas ni nak organize komen2 yang bakal masuk. boleh tapis2 dulu. hehe

Klik Untuk Tumbesaran

Untuk turn on fungsi awaiting moderation tu, korang klik Settings > Comments > Comment moderation. tick bahagian 'always'. kalau korang nak diberitahu melalui email, masukkan email korang didalam kotak 'email adress'... siap~! :)

psst~! blogspot sekarang semakin memudahkan kita ;)
8 komen bernas

Tutorial Watermark Daripada RedBoy

August 3, 2010

Assalamu'alaikum..

Korang dah tengok kan entry aku sebelum ni berkenaan dengan Watermark Blog Si Biru? ada pelbagai komen yang aku terima. alhamdulillah semuanya yang positif2 belaka. thankx korang.

Ada yang bertanya macam mana nak buat watermark? aku sebenarnya x taw sangat sebab watermark tu adik aku yang buat. aku just bagi idea kat dia. dan dia jugaklah yang menyiapkannya sehingga aku betul2 berpuas hati..

Untuk memenuhi permintaan tersebut, aku telah meminta izin daripada blogger RedBoy untuk membacklink tutorial beliau bagaimana hendak membuat watermark sendiri. korang kenal x RedBoy? alaa yang blog dia warna merah tu. aku suka template blog dia. simple & kemas. termasuklah blog Padin(blogger RedBoy la yang designkan untuk dia) hehe ok bro padin. ;p

KLIK SINI - CARA NAK BUAT WATERMARK SENDIRI daripada blogger RedBoy
7 komen bernas

Back To Top - Tutorial In Bahasa Melayu

July 25, 2010

Nak buat 'back to top' macam dalam Blog Si Biru ni? hehe aku buat entry ni sebab Mr Padin kita tanya macam nak buat. sebenarnya image untuk 'back to top' tu aku buat sendiri. coding je aku copy. tapi lupa plak aku amek kat mana. so nak x nak aku buat jugak tutorial pasal 'back to top' ni..






copy kod html kat bawah ni....




image untuk 'back to top' tu korang boleh tukar sama ada nak pakai korang punya image atau pakai je bulat2 yang aku buat ni. just gantikan url image dengan url image kesukaan korang. ( aku x taw macam mana nak bold atau warnakan url tu, harap2 korang jumpa. sorry) url untuk image back to top aku = http://img684.imageshack.us/img684/5188/toprn.png ... korang tukar yang ni k..

lagi satu, korang boleh adjust kedudukan 'back to top' mengikut cita rasa korang sendiri. sama ada nak dok kat atas ke, bawah ke, tengah2 ke. apa yang perlu korang buat, cari perkataan 'top:250px', tukar dengan nombor yang korang suka. try and error k.

kalau korang nak letak back to top tu belah kiri atau kanan, just tukar yang ni. kalau kanan, 'right:5px'. kalau kiri, 'left:5px'

selepas dah setle semua, korang masuk design/customize > add a gadget > HTML. paste je kat situ. kedudukan kotak add a gadget tu x kisah kat mana2 pun. asalkan korang paste. then preview dulu before korang save. kalau xde apa2 error, save terus. siap~!

psst~! harap2 dapat membantu korang yang selama ni teringin nak buat fungsi 'back to top' hehe
5 komen bernas

Statistik Dalam Blogger in Draft-Fungsi Terbaru

July 4, 2010

Assalamu'alaikum..

Fulamakkk~!!, aku baru perasan!!! blogspot@blogger dah makin maju la. dah ada button untuk statistik blog kita sendiri. cun r! ini yang aku tunggu2 sebenarnya. kalau x sebelum ni, nak tengok statistik berapa banyak visitors masuk blog kita, mesti kena bukak nuffnang dulu. sekarang xpayah dah. yahuuuuu~!

Err, bukan aku suruh korang abaikan nuffnang ek, benda ni menyenangkan lagi sebenarnya. sebab aku suka sangat tengok trafik untuk setiap hari, post views berape, dari mana pembaca tu datang. senang kata, benda2 yang boleh menaikkan kepopularan blog kita. haha so lagi senang untuk aku menggunakan 'stats' dalam blogspot ni. tapi nuffnang akan ku buka hari2 gak sebab nak tengok buffered earnings dengan earnings yang lain2 ;)

TQVM kpd blogspot@blogger sebab prihatin dengan para2 blogger yang join blogspot@blogger. nah aku tunjuk kat korang kat mana nak tengok statistik dalam blogspot. apa yang aku bulat@highlight kan dengan kaler merah tu, korang tryla explore ek. lagi2 kat dalam gambar yang ke-2 tu.

Gambar yang kat bawah ni dalam paparan 'Dashboard'
Sila klik untuk gambar yang lebih jelas.

Gambar yang kat bawah ni dalam paparan 'Stats'
Sila klik untuk gambar yang lebih jelas.
~ Eh, sebelum tu, korang kena convert dulu dari blogspot ke blogger in draft. pada sapa2 yang x convert lagi, masuk Blogger In Draft, sign in guna username dan password asal blog korang. then bila dah masuk ke dalam dashboard, (rujuk gambar yang pertama) cari perkataan 'Make Blogger in Draft my default dashboard'. kat bahagian atas, tick kotak kecik tu, siap~! ;)

Psst~! korang abaikan stats dengan tarikh dalam gambar tuh. bukannya tepat pun. fungsi stats ni still dalam percubaan ;p
16 komen bernas

Gambar Bergerak @ gif animation-Tutorial

June 26, 2010

x
x
Assalamu'alaikum

entry tutorial kali ni dipinta oleh saudara oldtrafford, bagaimana cara2 nak membuat 'gambar bergerak' a.k.a gif animation(rujuk entry Gambar Bergerak Untuk Exchange Link). aq xdela pandai sangat. tapi bolehla nak ajar basic2 untuk buat gambar camtu. yg penting basic dalam adobe photoshop korang kena ade. contoh macam CTRL+C(copy), CTRL+X(cut), CTRL+V(paste), CTRL+E(merge), CTRL+T(free transform) dan banyak lagi la..xterkira. huhu xpun korang leh tengok semua shortcut keys adobe photoshop kat SINI.

sebenarnya aq ada buat video untuk tutorial ni. tapi video xde audio. haha tu kira back-up kalau korang xfaham apa yg aq akan tulis lepas ni. harap dapat membantu. ada je software2 lain yg digunakan untuk buat animation ni. tapi dalam PC aq just ada Adobe Photoshop CS2 ngn Adobe ImageReady jer. bagi sapa2 yg ada cara lain, sudi2 kan la untuk berkongsi ilu di sini kerana aq still lagi dalam proses pembelajaran. xsalah untuk mengajar dan belajar sekali kan? hehe jom tengok macam mana aq buat..

psst~! nak senang, korang baca arahan2 kat bawah ni sambil tengok video yg aq upload huhu






  • buka Adobe Photoshop dengan Adobe ImageReady serentak(nak permudahkan penghantaran gambar nanti)
  • klik File > New. pilih saiz paper yg korang nak untuk buat gambar gif. lepas tu klik 'OK'
  • untuk memasukkan gambar, klik File > Open > Browse. pilih gambar yg korang nak edit.
  • kalau nak buat tulisan, cari ikon 'T' kat sebelah kiri adobe. 'right click' untuk pilih susunan tulisan.
  • drag mouse anda untuk buatkan satu kotak khas seperti yg ditunjukkan dalam video.
  • edit gambar mengikut citarasa masing2. jangan lupa untuk pilih layer(di sebelah kanan bawah adobe) gambar yg berkenaan untuk menetapkan gambar mana yg akan diedit.
  • opss sebelum terlupa, korang perasan x aq sengetkan tulisan 'ni yg akan keluar last'? caranya senang je, CTRL+T(free transform)
  • bila dah selasai meng'edit, klik File > Edit In ImageReady(Shift+Ctrl+M). tunggu sehingga gambar dihantar ke Adobe ImageReady.
  • ok sekarang da kat dalam Adobe ImageReady da. ;) korang pastikan tab 'Animation' terpapar di bawah skrin monitor anda seperti yg didalam video. kalau xde, klik Window > Animation.
  • sebelum tu, sila pastikan ruangan 'Layer' korang ada gambar yg korang edit dalam Adobe Photoshop tadi.(disebelah kanan bawah)
  • pergi ke ruangan 'Animation', cari icon 'Duplicates current frame'. frame yg pertama korang hilangkan gambar dengan cara menghilangkan ikon 'mata' dalam ruangan 'Layer'. pada frame ke-2 plak, korang adakan balik gambar seperti didalam video.
  • ok harap korang dah faham sampai sini, try 'bermain2' dengan tools animation tu dulu. try ikut aq seperti didalam video.
  • bila da siap meng'edit, klik File > Save Optimized As...(Ctrl+Shift+Alt+S). dan 'save' dalam format '.gif'.
hehe tu je cara2nya. selamat mencuba. pada sapa2 yg xfaham atau tersangkut kat mana2 arahan yg aq bagi, sila bertanya. kalau x nanti sesat jalan hehe. aq akan cuba menjawab selagi aq leh menjawab. ;) sorila yer ayat berterabur sikit dengan video xde suaranya. aq xde mic nak bercakap haha. harap korang fahamla yer. sekian.

26 komen bernas

Shoutmix Main Polis Entry

June 24, 2010

Assalamu'alaikum..

'polis entry,want to jaga, polis mati pencuri jaga'. best woo permainan ni masa budak2 dulu.. huhu aq xtaw korang tertanya2 ke x mana perginya kotak jerit aq. xhilang pun. aq saje je sembunyi2kan dia. haha ada je kat sebelah kanan blog ni. macam kat dalam blog orang lain jugak. aq xnak semakkan lagi blog si biru. aq nak menyenangkan korang semua yg membaca blog ni. (TQVM!) :)


aq jumpa tutorial nak sembunyikan shoutbox ni kat dalam blog 'mari bina blog'. ni ha link de ---> Memasang auto hide Shout Box pada sisi kanan blog


aq terbaca kalau kita hidekan shoutbox ni, leh lajukan lagi page loading blog kita. betul ke? so, untuk korang semua, aq hidekan dia. korang jentik je shoutbox tu. nanti dia keluar pelan2. macam (pokok ke bunga) semalu dia keluar. haha dengan tertulisnya penjelasan tentang ke mana hilangnya shoutmix aq dalam entry kali ni, aq harap korang xmenggagau mencarinya yer hehe sekian.
5 komen bernas

Google Maps Menyenangkan-Tutorial

June 13, 2010

Assalamu'alaikum ;)

mana korang nak pergi hari ahad cuti2 Malaysia ni? taw jalan x? hehe saja tanya soalan ban***g camtu. sebab pagi2 lagi aq da kena explore google maps sebab nak pergi Modestos. woopss! apa tuh? wa xmain la kelab2. aq nak pergi cari satu bangunan yg dekat2 kat situ. my dad yg soh temankan dia cari jalan ke situ pasal sok de ada hal penting.

korang taw x nak guna google maps ni? ke korang da ada navigator@gps sendiri? hurm xnak amek port pasal yg dah ada. nih nk gtaw yg mana xda plak. kita yg guna manual ni kenala ikhtiar sendiri nak mencari hala tuju ke mana2. kalau x, sesat ke kandang kambing, reban ayam dibakarnya. ;)

okla pada mana2 yg xtaw atau xpernah guna langsung google maps nih, meh aq ajar sket. orang kata, malu bertanya, sesat jalan. xpela. meh aq gtaw dulu cara2 nak guna. senang je. xyah perabeh duit beli gps yg mahal gedabak tu. satu pembaziran pun ada gak. orang2 dulu xyah guna gps pun da leh sampai destinasi yg nak dituju. sesat? patah balik! haha katakan nak pergi dari A ke B.



  1. yg pertama, korang masuk google home webpage, pastu gerakkan mouse ke atas kiri browser sampai terkeluar satu X-senarai. pilih 'maps'. xpun klik kat sini, Google Maps
  2. pastu pilih 'get directions'. korang leh jugak 'set default location' sekiranya korang ada komputer peribadi.
  3. dalam kotak A, korang taip tempat asal kedudukan korang, dalam kotak B plak, taip tempat yg nak dituju. pastu klik 'get directions'. sebelum klik get directions, korang pilih la macam mana nak sampai ke destinasi. jalan kaki atau naik kereta.
  4. siap da! tu je cara2nya.. senang je kan. korang explorela kat dalam maps yg terpampang kat situ. kalau korang nak jadikan sebagai gps pun boleh. print! masuk dalam kereta, drive. lagi afdhal kalau ada orang kat sebelah. soh de yg bacakan macam dalam rally tuh ;)
harap dapat membantu pada sapa2 yg xpernah guna google maps nih. nak lagi pro, guna 'google earth' plak. lagi canggih, siap 3D lagi. tapi kena download dulula. pastu komputer pun kena 'canggih sikit je' nak run benda nih ----> Google Earth Download

sekian.
1 komen bernas

Membetulkan Jam Chatbox Shoutmix-Tutorial

June 9, 2010

Assalamu'alaikum ;)


halo, apa khabar semua? sihat di kala membaca entry ni? harap2 sihat belaka. amin.

bagi pengguna2 kotak sembang 'shoutmix', pernah perasan tak yg paparan masa kat dalam kotak shoutmix kotang tu tak betul? tak selari dengan waktu tempatan kita, Malaysia? maksud aq, jam kat rumah korang pukul 9pm. tapi bila tengok kat shoutmix, pukul 2am.


haa, kalini aq nak buat tutorial macam mana nak betulkan balik jam korang tu. bagi yg dah betul, tahniah k. bukan apa, kadang2 susah nak detect bila korang datang ke Hari Baru ni kalau jam xbetul. bagi yg suka merekodkan perjalanan keluar masuk hit/visitors, jam ni teramatlah penting. ke korang saje2 xnak betulkan? ;)

ok follow arahan di bawah:

  1. pergi ke laman Shoutmix, dari situ korang log in apa yg patut.
  2. bila da sampai ke sini, korang pilih tab 'Setting' > Date and Time, seperti yg ditunjukkan dalam gambar di bawah,
  3. cari ruangan 'adjustment', pilih "Asia/Kuala Lumpur" atau "Etc/GMT+8". bagi negara lain, pilih je yg mana bersesuaian. biarkan daylight savings time kosong. pada ruangan 'display', pilihla format mengikut citarasa anda yg tersendiri.
  4. bila da siap pilih, jangan lupa untuk 'save settings'. kang ada plak yg kena buat balik. ok setle! preview blog anda k ;)
  5. Tetapi kpd sapa2 yg belum ada kodnya, pilih balik tab 'setting', cari Get Codes atau Embed Codes seperti yg ditunjukkan.
  6. copy kod tu ke dalam blog korang (add a gadget). tapi pastikan korang review dulu di sebelah kanan Embed Codes. siap! ;)
harap tutorial ni dapat membantu korang perbetulkan balik jam korang yg da tak betul tu. hehe. sekian.
22 komen bernas

Google Translator-Membosankan!

June 8, 2010


grrr! tiap2 kali nak bukak blog Hari Baru atau blog korang, mesti tersembul keluar google translator. ada yg offer translate ke bahasa melayu disebabkan blog dalam bahasa indonesia? what? how they know it? sebelum2 ni aq bersabar jela pasal malas nak cari solution. now da xtahan sangat, baru la mencari huhu before that, masalah ni hanya ada pada browser Google Chrome shj. sorry to Google sebab widget korang ni menyusahkan sesetengah pengguna. tapi aq still pengguna setia Chrome nih ;)

cari punya cari, selamat jumpa jalan penyelesaiannya. opss! sebelum tu, pada sapa2 yg still xdapat nak catch-up lagi apa yg aq maksudkan, ni ha de google translator tu.

bagi aq, benda ni betul2 menyusahkan tiap2 kali aq nk berblogwalking kalau surf internet menggunakan google Chrome.sebab de automatik keluar kalau kita x setting betul2. aq xsuka yg tuh! so untuk disablekan function tu, follow arahan ni.

  1. Cari ikon ni sebelah kanan atas,
  2. Bila da klik ikon tu, cari 'option' plak,
  3. Pilih tab 'Under the Hood',
  4. Scroll ke bawah sedikit sampai jumpa perkataan 'Offer to translate page that aren't in a language I read',
  5. Tick(atau Untick) kotak tu dan klik 'Close'.
siap! lega aq bila benda ni da x keluar langsung. annoying betul. sekian.
16 komen bernas