Alhamdulillah dah nak baik dari demam.. tapi simpton batuk tanpa henti-henti plak menyambung perjuangan si demam.. wuu dah bergelas-gelas air panas dan suam aku teguk, tak hilang-hilang gak nih.. setiap minit perlu bergerak ke sinki dapur untuk melepaskan kahak ewwwwww!! goli den.. apetah lagi kome semua kan harhar itupun normal jugaklah kawan..
Kenapa aku berblog? aku memang suka mengenang balik masa lampau. sebabnya banyak perkara lucu yang aku sendiri tak sedari bila ianya berlaku. so bila aku baca balik entry-entry terdahulu, confirm akan tersengih sorang2.. sengih tu kan satu sedekah, dan sengih juga merupakan salah satu cara untuk mengekalkan awet muda.. tak caya korang sengihla seharian.. agak-agak pipi korang nanti cramp tak? bila cramp tu maknanya otot-otot pipi korang berfungsi secara normal dan korang memang selayaknya digelar orang yang pemurah dengan senyuman haha.
Kenapa aku berblog? kalau ada sesuatu perkara yang aku nak kongsikan bersama dengan korang semua, blog ni lah jadi orang tengahnya. macam-macam aku boleh kongsi.. berita, cerita, pengumuman, nasihat, pengajaran, gambar, etc.. takde limit pun.. tapi janganlah over the limit. blog ni bukan tempat untuk mengaibkan orang, bukan tempat untuk menjatuhkan orang, dan bukan tempat untuk menghasut orang melakukan kejahatan.. biar kena dengan cara, barulah blog namanya...
Kenapa aku berblog? untuk mengisi masa lapang mungkin.. kalau dah takde kerja sangat tu, baiklah buat blog ni.. tulis something yang boleh menceriakan diri sendiri dan para pembaca. secara tak langsung, boleh memahirkan diri dalam bidang penulisan.. mula-mula memang bahasa market, lama-lama nanti penulisan tu bertukar menjadi bahasa shopping mall.. ada faham di situ? daripada tak formal terus menjadi formal. dulu aku memang tak reti nak menulis secara formal. ayat indah-indah bagai.. tapi sekarang ni, alhamdulillah aku dah boleh menulis dengan cara yang betul walaupun tak berapa nak betul sangat hehe.
Apa-apa pun tak salah sebenarnya kalau tak nak buat blog. blog ni sebagai supplement kepada aktiviti harian kita. daripada dok merempit, lumba haram, hisap dadah, jadi kutu berahak, main totomagnum, berjudi, etc, better buat blog. atleast dapat jugak ilmu sekeping dua yang berguna untuk dijadikan sebagai penyeri minda..
Psst~! ada sesetengah orang cakap, lelaki kalau tulis diari, dah boleh jadi perempuan.. kahkah! kolot sungguh pemikiran..
36 komen bernas:
Moga afiq akan cpt sembuh yea..
Yup..mak setuju poin afiq tu. Dr merempit sini sana, baiklah berblog. Dr guna bahasa market, skrg makin baguih mantapkan diri dgn cara penulisan shoppingmall.
wah...atok da skema skg..keep it up!!
" lelaki kalau tulis diari, dah boleh jadi perempuan.. kahkah! kolot sungguh pemikiran"
aq sokong!!!!! :)
berblog sebenarnya norm kot. yup. kdg2 untuk imbau balik benda2 yang kita alami dulu2. elok jenis yang hiang ingatan baca. kehkeh
Entri Terkini : Antara Fatwa Lain Perlu Dikuatkuasa Secara Serius Oleh JAKIM
yes aku setuju
@Lagenda
insyaAllah mak, thnks for supporting me :D
@eRza farEeha
skema la sagt :P tq! :D
@kyle
cantik!!! harhar
@antudegil
betul gak tuh :D
fiq, paragraph first buat kak ila raso toksey telan air liur, geli wehh! hahaha
note:
baru tadi terbelek album lama, ado gmbr afiq berseluar pendek sengihhh manjang dpn rmh ma C kehkehkeh
gud2..da mmg lame betol la ni fiq berblog ek..huhu..
tgk gaya blog pon da tau dah..hehe
@ila ni
haha album mane tuh? x ingatla plop :P
@apik pehe
huhu baru setahun lebih je :D
hekkk x pernah pula aku dgar lelaki tulis dairi akan jadi perempuan, hehhe
Terkini : Ikan Berkepala Buaya
kenapa saya berblog?? no reason.huhu
take care yeah!
@Bulan
no reason?guano tuh? haha okies!
@suffer8zine
ni aku nk kasi dengar haha
kalo berblog dgn cara yg btol dpt menajamkan daya pemikiran dan juga kemahiran kte menulis. Bila yuni bace balik entry mula2 join blog nie mmg gelak la...ayat skema habis..hehe..
teruskan berblogging afiq..kamu seorang blogger yg bagus..:)
p/s skrg musim org sakit..yuni pon sakit gak 'saye seleseme cikgu'..hehe
afiq skema~! hahahaha....
JOM LAWAT SINI
Diaorang tak faham ah tu fiq.. Menulis ni 1 kepuasan yang hanya dapat difahami oleh mereka yang memang berminat saja.. Ia 1 passion! :)
@Yuni Aisyah
saya pun sama cikgu haha
semua blogger bagus kot, dengan cara yg tersendiri :D
@- Kid -
yup! kalau suka bercakap, better jangan menulis haha
@Pendekar Berkuda
skema la sangat :D
Menulis ni seronok kan. Cerita perkara yang lalu..suka duka...release tension gal la.hehe.
sebab itu shida suka buat blog. tq afiq da bg jawapannya =)
belalang buat blog...sebab...sebab...sebab...
hahaha apa punya org da x tau ada blog sebab pe... ^_^
haah tol2..masa mula2 tulis blog dulu main tulis je..ejaan cincai,bahasa pon cincai..hehe.
get well soon fiq..
Bersedia Hidup
Salam Ukhuwah :)
@shida saje
ur welcome shida..teruskan berblog k :D
@Belalang Hijau
suka-suka pun boleh jadi alsan jugak sebenarnye hehe
@Fairosza
insyaAllah :)
ahahaha.alief pun pernah gak orang komen mcm ni..dia cakap lelaki berblog is LOSER..adoi...tak profesional langsung..tapi,bagi alief,,semenjak alief berblog,alief makin berfikiran matang..huhu.. ENTRY BARU ALIEF..korang sanggup tak buat benda ni??kalau sanggup,,sila la baca..kalau tak sanggup,,hurmm..kena baca gak..peace..""
kenapa aku berblogging?ermm kerna dia best..huhuhu
apakah statement lelaki tulis dairi udah leh jadi pompuan?memang kolot fikiran org tu...
berblog untuk kepuasan! yeayyy... i luv blogging!!!
salam kenal. jom singgah baca entry fda
aku setuju semua point ko kat atas tu fiq, berblog ni best.
hurm... apa yang cuba nko kongsikan disini amatlah menarik sekali untuk dikongsikan, daripada jadi kutu berahak lebih baik kita berblogging.. boleh juga menambah pendapatan sampingan selain berkongsi kepandaian sesama readers... betuk x?
Katakan sesuatu...