Mission Accomplished !

October 31, 2010

Salam semua.. alhamdulillah peperangan aku dah tamat.. agak mencabar jugak soalan2 tadi.. ditambah plak duduk betul2 bawah aircond *adehh beku je rasa tangan ni masa nak menulis.. habih buruk tulisan.. buruk tulisan xpe, yang penting jawapan kena betul..

Sebelum masuk dewan exam tu, member2 sound aku dah cop ke slip exam? aikkk bila masa plak nak kena cop2 slip exam ni? arghh sebelum2 ni x yah pun nak cop2 bagai.. aku ingat doran ni memain2.. ko nak bukti sangat ek afiq? pergi baca notice kat papan kenyataan tu.. 'perhatian kepada student uitm, sila pastikan slip exam anda di cop dahulu oleh jabatan kewangan. kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan anda dihalang daripada menduduki peperiksaan.' arghh leceh la weiii.. ko ingat aku x bayar yuran ke?

Malas aku nak layan.. bukan aku buat kesalahan besar pun.. aku nak masuk dewan gak.. selamat pengawas peperiksaan tu x cek sangat slip exam.. just cek senarai subjek yang diambil je.. aku x kisah sangat pasal satu subjek je *hehe tapi apa2 pun, semuanya dah berjalan dengan lancar. x plak meragam si perut ni.. biasanya gatal sangat nak pergi tandas.. fokus sangat kot time jawab exam tadi *ekeke

Psst~! sekarang ni dok terperap je la kat rumah.. ingat nak cari kerja la.. ade kerja kosong x? tapi gaji nak macam gaji Board of Director *haha
26 komen bernas

Peperangan Dakwat Dan Kertas - Wish Me Luck

October 30, 2010

Salam semua.. seram sejuk je tangan tika menulis entry ni.. bukan apa, sok pagi aku ada exam Investment Analysis.. paper yang aku pernah fail dan ini kali kedua aku mengambilnya.. mungkin kali ni aku lebih yakin untuk menjawab paper tu esok hari sebab segala jenis ilmu dah berada dalam kepala otak ni *hehe

Macam mana aku boleh failed paper tu sem lepas, Wallahualam.. aku x anggap ia satu bebanan pun sebab aku dah mencuba sedaya upaya.. maybe ada hikmah di sebalik tu kita mana tahu kan.. atau pun itu salah satu dugaan dari Allah untuk aku supaya terus tabah menjalani kehidupan.. insyaAllah~

Aku sanggup korbankan kaca tv pada malam ni, semata-mata untuk memberi laluan kepada otak aku untuk menimba ilmu.. dan terpaksa juga korbankan perlawanan bola sepak di antara skuad Kelantan dan Negeri Sembilan.. *wuuuu nanti dah habis game jangan lupa update kat blog masing2 ek. aku nak terjah sorang2.. kalau boleh details, setiap minit aku nak tahu *haha

 

Psst~! Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan razeki yang bagus (baik).
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang
tidak khusyuk, doa yang tidak di dengar (makhbul) dan amalan yang tidak di naikkan (diterima).
10 komen bernas

Kemalangan Maut Di Genting Sempah Dan Senarai Mangsa Yang Terkorban - Gambar dan Video




KUALA LUMPUR: Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa rombongan belia terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam tadi.
Kemalangan membabitkan bas yang membawa 44 penumpang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas itu berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata bas berkenaan yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan.
Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam.
Beliau berkata, bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.
Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berkejar ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah bas.
Mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur. - BERNAMA Sumber






Senarai mangsa yang maut adalah:
  • Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14 
  • Mohd Amirul Muhamat Isa, 13
  • Mohamad Firdaus Rosedi, 16 
  • Mohammad Yussof A. Akhit, 16
  • Mohd Ridzuan Husin, 17
  • Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17 sumber
  • Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28 (meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang)

Kenyataan salah seorang mangsa,

Mohd Zairul Hafizat, 15, yang mengalami cedera ringan ketika ditemui di HKL berkata kemalangan berlaku ketika hujan renyai-renyai.
Dia yang baru tersedar dari tidur ketika kejadian mendakwa bas itu terbabas akibat brek bas yang "tidak makan". sumber

Psst~! jalan-jalan di genting sempah tu memang berbahaya.. berbukit-bukau ditambah pula dengan jalan yang berbengkang-bengkok dan curam.. aku paling takut drive kat situ.. tangan tu sentiasa je pegang handbrake, takut2 brake pad haus.. bau hangit macam benda terbakar kat kawasan tu memang da biasa sangat, bau brake pad haus..

Alfatihah buat kesemua mangsa~
15 komen bernas

Ikan Laut Dalam Yang Pelik

October 29, 2010





























Sumber - Google Image

Nak je terjah laut dalam tu.. mesti macam2 ada, pelik2 semuanya.. ciptaan Allah kan, Subhanallah.. banyak yang manusia belum explore lagi rupanya.. itupun bukan manusia yang pergi explore sendiri, kadang2 ada je antara ikan2 tu yang mengofferkan diri sendiri untuk timbul di permukaan laut, menyenangkan tugas si peneroka *hehe.. korang ingat dasar laut tu cetek ke? dalam kot.. badan kita ni boleh meletup hancur berkecai disebabkan tekanan dalam laut. situasi dia sama macam kita naik ke angkasa tanpa pakai sut angkasa.. kalau x caya try tanya Datuk Dr Sheikh Muszaphar *hehe gurau je..

Psst~! memang semuanya menggerunkan sebab kita x pernah tengok lagi ikan2 tu.. tapi kalau hari2 dah tengok, dah leh jadi pet la plak *huhu
13 komen bernas

Kamu Sembahyang Lima Waktu Tetapi...

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit , 10 minit itu saja ingatanmu padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu tidak bersyukur padanya… kamu pada dahulunya amat susah. Allah yang memberi rezeki kepadamu, dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu, membeli rumah , kereta dan sebagainya… tetapi hatimu masih belum puas, kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman temanmu, menyakiti hati mereka, menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu, dengan ibadah kamu, dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redha dengan apa yang ada di sisi kamu itu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu ,menggunakan wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.
Sumber

Psst~! sesungguhNya Allah itu Maha Besar, Subhanallah...
11 komen bernas

Kenapa Sukan Gimnastik Diminati?

October 28, 2010

Adakah sebab para pesertanya berpakaian seksi dan menjolok mata? apa sebab anda yang lain? jom layan video dalam youtube kat bawah ni..




Psst~! ingat semuanya indah2 je.. tapi ade jugak yang menyakitkan.. adehh
24 komen bernas

Warga Pulau Pinang, Sila Berjaga-Jaga Dengan Amaran Banjir Kilat

GEORGETOWN: Orang ramai yang tinggal di kawasan rendah dan tebing sungai diminta mengambil langkah berjaga-jaga serta bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir kilat pada Isnin dan Selasa depan.
Jurucakap Jabatan Meteorologi Pulau Pinang berkata negeri itu dijangka menerima hujan lebat selama dua hari berturut-turut, iaitu pada 1 dan 2 November ini, dan keadaan hujan dijangka membawa kesan banjir kilat di kawasan rendah.
"Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran di tahap kuning ekoran hujan lebat tanpa henti akan berlaku di beberapa kawasan di Pulau Pinang, Perak Utara, Kedah dan Perlis selama dua hari, iaitu pada 1 dan 2 November ini ekoran perubahan monsun," katanya hari ini.
Sementara itu, pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata penduduk di kawasan yang sering dilanda banjir, diminta memastikan kelancaran saliran air di longkang dan parit di tempat masing-masing.
"Orang ramai yang memerlukan bantuan untuk membersihkan longkang atau parit di kawasan perumahan, boleh menghubungi Bahagian Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Pulau Pinang menerusi talian 04-2637 637 atau Majlis Perbandaran Seberang Perai 04-5497 700", katanya.-Bernama Sumber

Psst~! harap2 berita ni hanya sekadar amaran je.. apa2 pun, kepada warga Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia, sila berhati2 dan bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan banjir kilat ni.... ~teringat peristiwa banjir kilat di dalam rumah aku sendiri.
9 komen bernas

Terima Kasih Follower Sekalian

October 27, 2010

Assalamu'alaikum semua.. sehingga ke hari ni, follower aku dah menjagkau ke seribu lebih.. satu pencapaian yang aku x pernah impikan masa aku mula2 berblog dulu.. dulu tersangat2lah naif, noob, buta kayu pasal blog ni.. apa maksud follower pun aku x taw.. maksud nofollow dengan dofollow, lagila aku xtaw..

Pada follower2 yang ku sayangi terutamanya follower2 aku sendiri, terima kasih banyak2 aku ucapkan di atas kesanggupan anda semua untuk follow afiqbukhari.com ni.. kepada blog2 yang aku belum follow, maaf ku pinta. aku sedang menggigihkan diri untuk menjadi follower anda semua.. jangan terasa hati yer kalau aku lambat *senyum

Dan semalam aku sangatlah terkejut sebab aku x follow lagi salah satu blog peribadi yang paling hebat di ketika ini, x lain dan x bukan, blog Ben Ashaari. *haha walhal aku selalu je tinggalkan komen kat blog beliau. macam mana la aku boleh lupa follow sedangkan blog beliau dah lama berada dalam list otai blogger aku..sorry bro ben.

Entry ni sebenarnya entry untuk meraikan follower afiqbukhari.com yang ke satu satu satu satu, iaitu blogger suffer8zine. thank you bro kerana sudi follow blog aku.. blog dia ni best. macam2 entry ada.. entry pelik2 plak tu.. memang aku suka nak membaca. template pun kemas. sedap mata memandang. tagline blog dia, Blog Kapal Karam No# 1 Di Malaysia. haha sempoi weh.. pada siapa2 yang nak terjah dia, terjah kat sini, suffer8zine territory.



Psst~! blog aku ni nofollow ke dofollow ek? - Tutorial Jadikan Blog NoFollow Kepada DoFollow
32 komen bernas

Kepuasan Meng'Antikan George Soros

October 26, 2010

Mukadimahnya~ Salam semua.. aku rasa puas sungguh hari ni.. xtaw kenapa.. kepuasan yang nyata.. bukan puas yang x nyata atau batin sebab aku x khawin lagi *ngehh maybe sebab puas membelanjakan duit ke arah kebaikan(biarlah menjadi rahsia *senyum). membelanjakan sesuatu yang amat bermakna untuk diri ni.. membeli sesuatu yang akan berada di depan mata buat selama mana yang boleh selagi x hancur ditelan masa..

Aku boros? mungkin sedikit boros kalau duit tu berkepuk.. tapi seboros2 aku pun, x seboros George Soros yang memang terkenal dengan sikapnye yang spekulatif tu.. aku x nak ikut langsung ikut jejaknya yang suka mempercayai khabar2 angin.. he was the man who broke the bank of england.. dan aku x nak menjadi tulang belakang yang akan menjahanamkan bank2 di malaysia ni.. walaupun ada baiknya bersikap macam tu, tapi jelas, diri kita tamak..

Terus ke topik utama~ Kadang2 aku ni bila xde duit, macam2 ikhtiar aku cari untuk memenuhkan balik poket yang sedia kosong ni.. tapi bukan dengan mencuri atau menerima rasuah.. aku still student lagi, nak terima rasuah daripada siapa? kalau dah bekerja tu maybe la kan...... Tapi bila ada duit, macam2 aku nak beli, itu ini.. tapi still ade had.. kalau membeli lebih dari kemampuan diri kita sendiri, mulala hati bergundah gulana.. apa yang paling penting, akal fikiran kita ni kenala bijak menguruskan segala2nya.. x gitu? *senyum



~rehatkan mata anda jap.. pergila buat air teh ke *senyum kambing


Aku ni belajar akaun.. orang kata orang yang belajar akaun ni kedekut sikit.. setiap sen xleh kurang sebab takut 'short' *gelak besar setakat short 1 2 sen tu, topupla sikit2, xkan tu pun berkira.. lain la kalau short beribu2.. aku xnak la jadi orang yang kedekut sampai macam tu sekali.. buat malu bangsa je.. berkire lebih.. kalau xnak topup pun, terus terang jela.. bukannya susah sangat pun nak mengaku kesalahan diri sendiri, just ketepikan ego yang tinggi melambung tu je dah boleh selesai masalah *huhu

Pernah belanja orang x? pernah bagi pinjam duit kat orang x? ikhlas x masa nak memberi tu? haa aku rasa la kan, kalau kita ikhlas dan x mengharap sangat, percayala, setiap kebaikan tu akan dibalas dengan kebaikan.. aku rasa mesti ramai yang rasa macam tu.. oppss x yah bercerita tentang kebaikan tu kat sini.. jangan riak sangat dengan kebaikan, lame2 nanti keburukan yang akan mendapat nama. simpan je dalam hati.. biar Allah dan diri kita sendiri je yang tahu..

Psst~! membazir itu perangai syaitan, kedekut pun sama rasanya... tepuk dada tanyalah selera masing2.. mau kopi ka teh tarik? dan lagi satu, ade kene mengena ke incik george soros dalam cerita ni?
10 komen bernas

Peringatan Sekali Lagi Tentang Click Fraud

Entry kali ni untuk blogger2 yang still baru dalam nuffnang.. walaupun benda2 camni nak dekat basi da, tapi still berguna untuk masa depan.. aku bukan apa, risau status 'glitterati' akan ditarik bila korang tulis macam ni kat dalam chat box, 'hai singgah sini. saya klik nuff awak'.. 'hai saya klik pizza dan nokia'.. 'saya dah klik nuff awak, mehla klik nuff saya plak'.. korang taukan apa itu click fraud? untuk blogger2 baru, click fraud tu...

Click fraud is defined as manipulating the number of clicks on ads, e.g. by clicking repeatedly on them, resetting your IP, or encouraging others to do so.

Nuffnang sendiri pun dah keluarkan satu statement yang amat pedas buat bloggers yang amalkan fraud click ni. mesti korang x explore habis kan menu2 dalam nuffnang tu.. try baca menu getting started dalam nuffnang. kalau x sayang pendapatan korang, tryla buat.. *senyum


There's really only one big "don't" when it comes to Nuffnang, and that would be to commit click fraud. Click fraud is defined as manipulating the number of clicks on ads, e.g. by clicking repeatedly on them, resetting your IP, or encouraging others to do so. While you're more than welcome to click on your own ads if you're genuinely interested in the products/services offered, manipulating your click count is a breach of Nuffnang's terms of service.
Bloggers who commit click fraud will have their earnings revoked, or even banned for repeat offenders. This is how we feel when we see click fraud occurring - :( :( :( We're not happy when we have to ban bloggers or revoke their earnings because of click fraud, so play nice, okay?

Kalau korang nak taw kenapa click fraud ni bahaya, meh baca entry aku yang ni, 'Kenapa Fraud Clicks Berbahaya'. try fahamkan.. entry tu dari pengalaman aku sendiri bersama pengiklan2 yang lain. so boleh dipraktikkan. sekali lagi, jangan amalkan click fraud.

Psst~! blogging ni biar jujur.. jangan semata2 nak kejar duit je. kalau niat tu x ikhlas, memang payahla rezeki nak masuk. lagi satu, aku minta maaf kalau ada mesej2 dalam chat box yang aku x sempat nak balas.. *senyum
23 komen bernas

Lady Gaga Artis Pertama Mencapai Angka 1 Billion Dalam Youtube


Mark down another first for pop singer Lady Gaga, who goes into the record books as the first recording artist to reach one billion views on YouTube."We reached 1 Billion views on youtube little monsters!" she wrote yesterday in a Tweet to her 7 million followers. "If we stick together we can do anything. I dub u kings and queens of youtube! Unite!"
If you're handicapping how long her Ladyship can hang onto her cyber title, keep in mind that Justin Bieber is not far behind with more than 962 million views. sumber

Kalau guna google translate plak(english-malay),

Turun lagi pertama bagi penyanyi pop Lady Gaga Mark, yang masuk ke dalam buku rekod sebagai artis rakaman pertama untuk mencapai satu bilion pandangan di YouTube.
"Kami mencapai 1 pandangan Milyar pada monster kecil youtube!" dia menulis terakhir di sebuah Tweet untuk 7 juta nya pengikut. "Jika kita tetap bersama-sama kita boleh melakukan apa-apa yang saya menjuluki u raja dan ratu dari youtube! Unite!."
Jika anda handicapping berapa lama Puan boleh menggantung ke cyber judul nya, perlu diingat bahawa Justin Bieber tidak jauh di belakang dengan lebih dari 962.000.000 pandangan.



Psst~! artis paling pelik dalam dunia sekarang ni.. pakai baju daging la, baju kaca la, baju lembula *gelak besar tapi sebenarnya isu utama aku kat sini ialah kelucuan yang timbul bila guna google translate.. tergelak sorang2 aku bila baca ayat yang dah ditranslate tu.
11 komen bernas

Aplikasi TweetDeck Untuk Twitter - Thanks To Anastasyea

October 25, 2010


Aku da sign up accout twitter ni da lame.. tapi baru sekarang nak fully utilize. *gelak besar member aku dah nasihatkan awal2 better pakai TweetDeck ni kalau nak tarik trafik untuk blog. tapi aku malas nak dengar pasal masa tu aku still bodoh2 sombong lagi + xde mood nak explore application yang ade kena mengena dengan twitter ni..

Last2 aku terbaca satu artikel dalam blog Anastasyea pasal Smart Twitter Dengan TweetDeck. thnkxs yer.. yang buat aku tertarik untuk pakai benda alah ni, blog2 famous pun pakai gak TweetDeck ni untuk up kan lagi trafik dorang di samping boleh update status2 terkini.. macam blog RedMummy, Eyriqazz, Budiey, dll.. walaupun aku x kenal dan x rapat sangat dengan dorang, tapi dorang tetap famous. which mean apa yang dorang buat, akan jadi ikutan untuk blogger2 yang lain..


So x salah nak mencuba benda yang baru.. twitter ni dah lama naik.. rugila kalau x ambil kesempatan di atas kepopularitian twitter tu sendiri. *gelak terbahak2 dan yang bestnya, aplikasi tweetdeck ni boleh dipakai dalam Mac, PC, Linux, iPhone, iPod Touch, iPad & android.. canggih betul teknologi zaman sekarang ni.. x terkejar aku nak stay up to date dengan perkembangan gadget2 masa kini.. biaq p la.. *gelak

Pada siapa2 yang nak mencuba, boleh download application tweetdeck ni kat sini - TweetDeck

Dan siapa yang nak follow twitter aku, leh klik 'button follow' kat bawah kotak chat box, sebelah kanan blog ni *senyum


Psst~! to Pali, tahniah kerana akhirnya aku pakai jugak TweetDeck setelah berbulan2 kau paksa aku soh pakai *gelak besar
8 komen bernas

Good Luck My Friend

GOOD LUCK untuk semua student UiTM yang start exam hari ni... jangan gelabah2.. wat relax je.. rumah flat dalam tangan r *senyum



Paper aq start 31/10 ni.. lambat lagi.. stdy last minit la baru masuk dalam kepala. haha banyakla stdy last minit..

Klik sini - UiTM Final Examination Timetable October 2010

Psst~! mana nak cari printer nak print slip exam ni??
19 komen bernas

Chapalrela Punya Lawak - Part 3 & 4

October 24, 2010

Chapalrela Punya Lawak - Part 1 & 2

Kredit untuk infinitesane







Psst~! ramai jugak rupanya yang suka cerita Chapalrela ni.. astro memang terbaik walaupun kena bayar.. berbaloi! :D
12 komen bernas

Hantu Join Sekaki Time Jamming

KUALA LUMPUR: Kemeriahan sebuah keluarga mengikuti sesi ‘jamming’ di sebuah studio di ibu kota baru-baru ini, bertukar menjadi pengalaman menyeramkan dengan kemunculan lembaga menyerupai hantu.
Kemunculan lembaga berjubah putih berambut panjang itu dirakam menerusi video digital milik suri rumah, Sabaryah Abdul Wahid, 29, ketika merakam aksi suaminya, Norzamri Ali Budin, 31, serta rakan mereka berlatih muzik pada malam sekitar jam 1 pagi.
Sabaryah berkata, dia dan suaminya terkejut melihat kehadiran lembaga terbabit sebaik menonton semula rakaman di rumah.
“Memang kami sekeluarga selalu mengikuti sesi jamming suami dengan rakannya dan merakamnya sebagai kenangan.
“Namun tak sangka pula, dalam sesi jamming yang kami ikuti di sebuah studio baru-baru ini turut disertai lembaga berjubah putih,”
katanya, semalam.
Jelasnya, rakaman video itu dibuat selama sejam setengah tapi tidak menyangka pada 10 minit terakhir, bayangan makhluk berjubah putih dan berambut panjang itu dapat dilihat.
Norzamri pula berkata sebaik melihat rakaman itu semula, anak ketiganya, Siti Aishah Norzamri, 7, mengakui dia melihat kehadiran makhluk berkenaan dan terdiam kerana takut.
“Ketika melihat kali pertama, saya kurang yakin sangat dengan video itu kerana menyangka mungkin bayangan, tetapi bila anak saya mengesahkan turut melihatnya, baru saya pasti ia makhluk lain,” katanya. sumber - metro

Psst~! dah lama aku x jamm.. maleh plak rasenya lepas ni nak jamm kalau ada hantu join sekaki. mau terkencing masa tu haha
16 komen bernas

Entry Yang Bernas Dan Blog Yang Cantik

October 23, 2010

Blogging dari pandangan aku. 2 elemen ni je yang aku teringin sangat nak tekankan setiap kali aku masuk blog seseorang..

sumber dari google
Entry.
Anda mempunyai hak untuk mengeluarkan sebarang jenis entry. entry bersifat peribadi, tutorial, pandangan, cadangan, kritikan dan sbgnya. itu semua hak anda. entry panjang atau pendek? lain pembaca, lain ragammya. ada yang suka membaca entry yang panjang. ada yang suka membaca entry yang pendek. cuma sebelum mengeluarkan entry tu, teliti dahulu penulisan kita. ada x elemen2 atau isi2 yang bernas untuk dikongsikan bersama dengan para pembaca?

Pembaca akan lebih suka membaca entry yang boleh memberi manfaat kepada meraka. memberi sesuatu yang amat bermakna untuk dijadikan sebagai pegangan. kalau boleh, selitkan sesuatu walaupun sedikit. dan apa yang paling penting, jangan membuatkan pembaca pening dengan penulisan anda. itu ancaman namanya. dengan pantas mereka akan menekan butang pangkah.

Cantik.
Cantik itu perlu. tapi bukan cantik dengan widget2 yang membebankan blog. cukup sekadar menghiasi blog dengan warna2 yang menarik, susunan template yang teratur dan kemas.. anda suka pakai widget yang keluarkan bunga api dari tepi blog? widget yang keluarkan bunga dari tepi blog? x perlu semua tu kerana pembaca akan meyumpah seranah semasa menunggu untuk masuk ke dalam blog anda. kan dah mengurangkan minat mereka untuk terus membaca.

Perlu ke meletakkan widget seperti music box yang auto play? perlu ke meletakkan akuarium yang ada kura2 dan ikan di dalam blog anda? kalau untuk blog peribadi, anda digalakkan meletakkan widget2 tersebut kerana ianya boleh membantu anda mengurangkan tekanan perasaan dan masalah yang sedang dihadapi. tetapi sebenarnya menambahkan tekanan kepada pembaca yang mempunyai kelajuan internet tahap siput.

Okeh, kat bawah ni aku senaraikan antara tips2 yang membina dari blog 'maribinablog'

Nak baca lagi apa pandangan aku tentang blog? meh baca entry ni plak, 'Disebalik BLOG'

Psst~! aku xdela mahir sangat nak memberi nasihat.. tapi aku suka berkongsi benda yang sepatutnya dikongsi bersama. dan aku x kata yang aku ni 100% perfect.. kita sama2 belajar.

Psst2~! pandangan2 aku di atas tu untuk blogger2 yang memang nakkan penulisan meraka dibaca oleh orang lain..
33 komen bernas

Chapalrela Punya Lawak - Part 1 & 2

October 22, 2010

Sorry yer pada yang x dapat tonton video bawah ni.. cuba2la bolehkan *senyum

Chapalrela Punya Lawak - Part 3 & 4

Kredit untuk infinitesane











Psst~! aku memang suka tengok cerita2 lawak ni..x kirala omputih ke, melayu ke.. yang penting boleh buat aku ketawa sorang2 *gelak besar

Psst2~! Johan ngn Zizan ni boleh tahan lawak gak.. yeah antara pelawak2 yang aku suka.. x salahkan? support lawak melayu beb.
16 komen bernas

Cikmin aka myfaheem.com Hadiahkan Afiq Bukhari Topup

Aku jarang masuk mana2 pertandingan yang dianjurkan oleh blogger2 seMalaysia ni.. sebelum ni pun pernah join contest yang dianjurkan oleh padinno.com.. Bro Ben Ashaari selalu bagi tips suruh join mana2 aktiviti yang dianjurkan oleh bloggers sebagai salah satu cara untuk menaikan trafik dalam blog.. so kali ni aku nak ikut tips2 yang dia dah bagi tu.. dan x sangka plak aku menang walaupun bukan contest yang grand2.. yang penting aku menang *senyum manis

Thanks yer cikmin.. puas dok meneka apa benda la yang ada dalam gambar tu.. korang kenal cikmin kan? dia ada 2 blog.. satu cikmin.com yang banyak bercerita pasal life dan menu masakan yang diusahakan sendiri oleh cikmin.. lagi satu blog myfaheem.com. blog yang menceritakan pasal aktiviti secara langsung cikmin dan juga keletah anaknya yang cute tu, faheem the cikmin junior.. tryla masuk blog cikmin *senyum ikhlas




Psst~! cikmin, nanti afiq claim hadiah k..ini pun entry cincai boncai je sebab tengah rushing nak pergi hantar murtabak biskut.
16 komen bernas

Pencuri Terkedu Melihat Pesanan Pedas

October 21, 2010

Aku lelaki.. lelaki yang menemani ibunya ke pasar.. menemani ibunda tercinta mencari bahan2 untuk membuat murtabak biskut.. sedap tuu.. aku nak pergi sorang2 tapi x taw nak beli apa..haha jahil sungguh aku kalau soh beli barang kat pasar, kena ada sehelai kertas yang tercatit barang2 yang perlu dibeli, baru aku berani pergi sorang2.. arghh aku dalam proses pembelajaran ni..

Aku masuk satu kedai ni, kedai cek mek.. tiba2 ternampak satu pesanan ringkas yang tertampal di satu sudut dalam kedai tersebut...

Kalau mencuri, hukumnya apa? sebat punggung? kerat lidah? penjara? potong tangan??


Psst~! mesti dah banyak kes kecurian berlaku dalam kedai tu.. sampaikan tuan kedai dah pasrah, tampal pesanan macam tu je.. redha jela makcik.. tawakkal jela kat Allah.. biar si durjana tu mencuri kat dunia ni, dan dia akan terima pembalasan dari Allah di akhirat kelak..
23 komen bernas

Nokia C3 - Buffered Dari Nuffnang

Lama betul aku x bercerita pasal iklan nuffnang yang selalu bertempek dalam blog afiqbukhari.com ni. dan lame jugaklah buffer baru x muncul. xtawla sebab apa, trafik semakin berkurang kot, tapi dah stabil balik rasanya. kalau nak tau kisah suka duka aku dengan nuffnang, masuk sini. *senyum gigi terkeluar

Ramai yang tanya aku, x nak try pasang iklan innity ke? arghh x nak aku, gila ke nak curang dengan nuffnang? kang x pasal2 status bersih aku sebagai seorang pencinta yang setia hilang camtu je. my status is always Glitterati. aku xkn biarkan status 'kehormat' tu ditarik, kecualila kalau ada kesilapan teknikal yang berlaku seperti sebelum ni. ramai blogger kehilangan status Glitterati disebabkan kesilapan teknikal. tapi dah ok dah,kan nuffnang? *senyum amek hati nuffnang

Terima kasih kepada blogger ultraman88... disebabkan air liur masin dari mulut beliaulah aku dapat buffer.. 'dapat buffer baru ke afiq? asyik melekat je iklan tu.' haha soalan tula yang selalu diajukan dekat aku.. kalau betul masin mulut ko tomen, alhamdulillah aku akan dapat buffer yang baru.. dan yeahh memang dapat pun! *senyum sehingga x terhingga. Terima kasih jugaklah kepada pihak nuffnang kerana sudi lagi menghulurkan buffer kepada afiqbukhari.com..


Buffer dari Alliance Bank Debit Mastercar dan DiGi Postpaid YP iPhone tu dah lama ada dalam senarai buffered earnings aku.. alhamdulillah, itulah yang dinamakan rezeki. berbalik kepada nokia C3, phone dari nokia ni macam best je.. bentuk seakan2 blackberry kot.. harga pun murah, lebih kurang dalam RM500-+ je.. siap ade WiFi lagi!! macam nak sambar satu ni.. telefon sony ericsson aku pun dah nak jahanam huhu


Nokia C3 Full Specs:

▪ 2.4 inch QVGA display
▪ 320 x 240 pixel resolution
▪ 262K colors
▪ Series 40 User Interface
▪ Full QWERTY keyboard
▪ GPRS/EDGE
▪ Opera Mini
▪ Wi-Fi
▪ 2 megapixel camera with 4x digital zoom
▪ Media Player
▪ Stereo FM Radio
▪ Built-in hands-free speaker
▪ 55 MB internal memory
▪ 8 GB expandable memory
▪ 2 GB MicroSD card included
▪ 3.5mm headphone jack
▪ Bluetooth 2.1 with EDR
▪ OVI Chat
▪ OVI Share
▪ 7 hours talktime
▪ 20 days stand-by time

Psst~! jeles jugak dengan blogger2 yang dapat buffer sekali 3-4 serentak.. apa2 pun, rezeki masing2. bersyukurlah dengan apa yang kita dah dapat. thank you NUFFNANG!
35 komen bernas

Apa Guna Kalau Ada Lesen Memandu?

October 20, 2010

Kita memang pemandu yang x pernah lulus lesen L & P kalau kita beranggapan yang..



lane kanan untuk orang yang memandu secara perlahan..

lane kiri plak untuk orang yang memandu secara sembrono...

lane tengah untuk orang yang memandu secara santai...



Pemandu yang memandu di lane kanan memang suka bagi lampu besar dan horn untuk pemandu yang memandu secara perlahan di lane kanan, xpaham2 lagi ke? had kelajuan 80km/j, tapi kau bawak 40km/j plak kat lane kanan. astaghfirullahallazim!! bawak bersabar pemandu2 sekalian. orang sebegitu memang susah nak paham bahasa. payah sangat ke nak bertimbang rasa?

Ada plak yang jenis bawak kereta mahal2, x mahal pun ade gak, lepas tu dari jauh lagi dok high beam.. perghhh!! bagi laluan, bagi laluan! F1 nak lalu tu.. x sabar nak kejar kereta ambulan kat depan tu, leh tumpang sekali kalau eksiden. adehh duit tu kalau banyak sangat, bukan untuk bayar saman atau bayar ganti rugi kereta orang je, bawak2la sedekah secara ikhlas ke, tapi jangan sedekah kalau x ikhlas.. x pun hulur sikit kat pihak bertanggungjawab untuk turap jalan2 yang berlubang tu...

Psst~! macam mana la orang x marah.. elok2 mase starting bawak kereta tu mood tgh baik, tiba2 jumpa plak dgn orang yang camni kat tengah jalan.. mau x angin... kalau ambulans cucuk2 kereta kau, tapi kau buat x taw je, see you in court my frenz! jgn buat jalan tu macam kau sorang je yang bayar road tax!
32 komen bernas

Denda RM2,000 Sebab Simbah Cat Ke Atas Surau

October 19, 2010

Pautan - Tiga remaja mengaku salah simbah surau dengan cat merah

SEREMBAN: Mahkamah Majistret Sivil Seremban hari ini menjatuhi hukuman denda RM2,000 terhadap tiga remaja lelaki atas tiga pertuduhan berasingan dalam kejadian menyimbah cat dan melempar botol minuman keras di sebuah surau di Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban, Ogos lalu.
Ketiga-tiga mereka juga diperintahkan menjalani bengkel Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebulan sekali selama dua tahun.
Hukuman mengikut Seksyen 93 (1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 itu dibacakan oleh Majistret M Mageshwary.
Remaja pertama berumur 17 tahun, kedua 15 tahun dan ketiga 16 tahun, berasal di sekitar Ulu Temiang dan Sikamat, di sini didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 3 pagi dan 4 pagi, 23 Ogos lepas.
Ketiga-tiga remaja itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu ketika mereka dihadapkan di mahkamah pada 27 Ogos lalu.
Bagi pertuduhan pertama, ketiga-tiga remaja tersebut dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara enam bulan serta perlu menghadiri bengkel JKM sebulan sekali selama satu tahun atas dakwaan melakukan khianat dengan membaling botol di surau tersebut.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh kedua dan ketiga dikenakan bon sebanyak RM3,000 untuk berkelakuan baik serta perlu menghadiri bengkel JKM sebulan sekali selama satu tahun atas dakwaan khianat dengan menyimbah cat di surau yang sama.
Remaja pertama turut dikenakan bon sebanyak RM3,000 untuk berkelakuan baik serta perlu menghadiri bengkel JKM sebulan sekali selama satu tahun atas satu lagi pertuduhan iaitu bersubahat melakukan kesalahan menyimbah cat di surau terbabit.
Ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Datuk Lee Kong Fee manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahmud Abdullah. - BERNAMA & Berita Harian


Psst~! dalam proses pembelajaran.. xleh nak salahkan budak2 tu 100%.. didikan dari ibu bapa yang penting. harap mereka insaf dan xkan ulangi perkara2 yang mendatangkan kemarahan rakyat.
7 komen bernas

Selamat Pagi Dunia

Bangun pagi gosok gigi,
cuci muka terus mandi,
pakai baju minum susu,
salam ayah dan ibu..

Zaman kanak-kanak...
Mak ayah kejut, terus bangun sebab takut kena rotan, kena renjis air kat muka.. bangun solat subuh. lepas solat tu kalau rajin baca alQuran.. lepas baca alQuran, pakai kasut sekolah, pergi sekolah. kalau yang xsekolah, sambung tido xpun buat kerja rumah atau kerja sekolah..

Zaman meningkat remaja...
Masa ni ramai yang dah pergi sekolah asrama.. xdehal la nak bangun sebab warden, abang2 dan kakak2 senior gegar bilik, ketuk pintu kuat2, sepak2 katil soh bangun pergi solat berjemaah kat surau.. kalau yang sekolah harian, sila baca zaman budak.. kalau jenis yang punctual, memang akan bangun sendiri, set alarm subuh pukul berapa, then bangun macam biasa.

Zaman remaja kaw2...
Dah start masuk belajar kat university. menyewa di rumah sewa atau duduk dalam kolej. zaman paling liat aku rasa.. tido lewat giler. alasan nak siapkan assignment. ok xpe, yang penting leh bangun pagi sebab niat dah baik.. ni yang tido lewat sebab ada meeting malam2 buta dengan kawan katil sebelah menyebelah. xpun main daun terup. confirm esok pagi terbabas subuh, qada' la jawabnya. itupun kalau ingat.

Zaman berkerjaya...
Masing2 dah ada komitmen sendiri.. nak cari duit, nak kumpul duit untuk masa depan. masa ni ramai yang dah sedar apa itu erti kehidupan. bibir sentiasa mengucapkan kata2 syukur kepada Allah terhadap rezeki yang diterima. nak x nak, bangun pagi itu satu kemestian sebab x bangun pagi, maknanya rezeki dan pahala untuk hari tu kurang.

Zaman berumahtangga...
Setiap pasangan ada tugas dan tanggungjawab masing2.. bila si suami x bangun pagi, si isteri yang kejutkan dan sebaliknya. 'abang, bangun pagi solat subuh. ok sayang, jom solat berjemaah. panggil anak2 sekali.'.. anak2 masa ni melalui zaman budak. kalau x bangun, kena renjis air di muka. *senyum

Zaman di hari tua...
Rumah kata pergi, kubur kata mari.. masa tidur semakin berkurangan. dulu 8 jam sehari, sekarang 4 jam. kadang2 tidur x lena disebabkan masalah kesihatan. bangun awal pagi tu dah menjadi kebiasaan. ambil wuduk dan terus menghala ke masjid, berjemaah dan meminta keampunan dariNya di atas dosa2 kita yang lampau.

Psst~! selamat pagi semua *senyum memanjang
12 komen bernas

Plaza Lowyat Halau Penyewa Lanun

October 18, 2010

Pirates of the Caribbean Selingan je nih *gelak besar

KUALA LUMPUR: Plaza Low Yat akan menghalau penyewa yang disabitkan dengan cetak rompak bagi menyokong usaha anti-cetak rompak kerajaan.
Pengurus Besar Pengurusan Hartanah dan Operasi, Michael Lee berkata, langkah proaktif itu akan melengkapkan kempen anti cetak rompak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang dilancar pada Mei tahun lalu.
"Inisiatif ini menyaksikan tindakan kami untuk terus komited menjadi pusat beli-belah teknologi maklumat yang tulen 100 peratus.
"Kami gembira mendapat sokongan daripada kerajaan dan juga gergasi perisian seperti Microsoft," kata beliau pada pengumuman untuk meneruskan kerjasama dengan Microsoft bagi memerangi cetak rompak di sini hari ini.
Lee berkata, walaupun Plaza Low Yat adalah plaza IT pertama di dalam negara mempunyai inisiatif sedemikian, beliau berharap ia bukanlah yang terakhir.
"Kami menyeru semua pusat beli-belah di Malaysia menyertai kami memerangi cetak rompak ini," kata beliau.
Pengurus Besar Pengeluaran Kelengkapan Asli Microsoft Malaysia, Low Sin Yip berkata, berdasarkan kepada penyelidikan International Data Corp, nilai pasaran cetak rompak bernilai US$453 juta setahun.-Bernama & myMetro
Psst~! halau je.. kadang2 dorang ni buat takut orang je dok panggil2 soh beli cd pirate tu.. tapi kalau handphone pirate, laptop pirate? x kena halau gak ke? aku dah banyak kali naik turun naik turun lowyat tu semata2 nak claim warranty adapter yang ORIGINAL gakkkkkkkk!! better beli yang asli, puas hati, x kena maki...
11 komen bernas

Lawak Jenaka Dalam Air

Sebelum memulakan sebarang aktiviti pada pagi Isnin yang indah dan ceria ni, meh buat terapi untuk tegangkan otot2 pipi. *gelak besar




Psst~! morning! korang dah mandi ke belum?
9 komen bernas

Si Nenek Yang Khusyuk

October 17, 2010

Seorang nenek dan seorang atuk sedang makan di salah sebuah restoran yang tidak diketahui tempatnya. si nenek sedang memakan makanan yang berasaskan sup. tiba2 si atuk ditemubual oleh pengacara yang sedang mengacarakan event yang sedang berlangsung di restoran itu...

Atuk: '!@#$%^&... ok gudbye!' sambil menghulurkan microphone kepada si nenek..

Nenek: si nenek yang sedang leka dengan makanannya terus mengambil microphone tersebut. dengan selambanya dia memulas2 kepala microphone tu.. 'payah bebeno nak bukak penutup ni'.. kata si nenek..

Atuk: Si atuk terpinga2 kehairanan kenapa si nenek berbuat sedemikian.. lantas dia mengejutkan nenek dari lamunan.. 'eh, itu microphone la wak.. kenapa nak pulas2 kepala dia?'

Nenek: haaa!??? 'hahahahahahaha sori la yer atuk.. saya ingat awak hulurkan lada sulah kat saya tadi..'

Atuk: si atuk tersenyum sambil menahan malu tatkala perbuatan nenek itu dirakam oleh jurukamera untuk event yang sedang bersiaran secara langsung itu..

Psst~! makan tu jangan sampai khusyuk sangat.. tah2 orang hulur tikus pun korang sentap jugak heee
10 komen bernas

Kau Memang Derhaka

October 16, 2010

kalau...
Budak kecil tegur kesalahan kau, tapi kau selingkan mereka dengan satu ayat, ' kau budak kecik lagi, apa kau tau pasal dunia ni!'.. kau silap di situ. teguran mereka lebih keterbukaan dan lebih ikhlas daripada teguran rakan-rakan yang sentiasa merapati kau. budak kecil sentiasa bercakap benar kerana mereka masih belum kenal lagi apa itu maksud ketidakjujuran.

kalau...
Kawan tegur kesalahan kau, tapi kau angkat jari hantu kepada mereka. weh, member tu punyala baik nak tegur kesalahan kau, tapi kau plak macam lahanat. kau kata dia dengki dengan kau. kau kata dia sibuk urusan kau. dalam kubur nanti, siapa lagi yang nak sibukkan urusan kau? ular besar? bersedialah dengan soalan, MARABBUKA?

kalau...
Cikgu tegur kesalahan kau, tapi kau buat bodoh. ada dua sebab kenapa kau buat bodoh. pertama kau still lagi hormat cikgu tu sebab takut dia akan failkan kau dan sebab yang kedua, kau memang sengaja nak mencabar cikgu tu supaya dia bengang bila kau buat bodoh. dan jangan kau ingat kau yang akan menang dalam cabaran bodoh kau tu. A+ dalam genggaman cikgu, tapi F dalam tangan kau. pilih sendiri mana yang kau nak.

kalau...
Adik beradik tegur kesalahan kau, tapi kau ego, kau emosi, kau merajuk. kau boleh buat semua tu sebab mereka adik beradik kau. kau salah. adik beradik lebih lama mengenali kau daripada kawan-kawan kau yang kat luar tu. mereka lebih tau apa yang baik dan apa yang buruk untuk kau.

kalau...
Mak bapak tegur kesalahan kau, kau mendengus sebab kau xsuka ditegur. kau hentak kaki, kau hentak semuanya dan kau melawan kata. syurga di bawah tapak kaki ibu. maknanya kau mendengus untuk menyemarakkan lagi api neraka yang memang dah sedia marak untuk kau.

kalau...
Allah sendiri yang menegur kau?

Psst~! ikhlas dari hati aku untuk diri aku sendiri dan untuk korang jugak *senyum
24 komen bernas

Salah Siapa Sebenarnya?






Psst~! ni mesti kes dengki kuat giler..
14 komen bernas

Pembentangan Bajet 2011 - Laporan Terkini Review

October 15, 2010

Hangat hari ni sebab ramai dok melopong depan tv nak tunggu keputusan pembentangan bajet 2011.. adakah Perdana Menteri akan mengumumkan lebih banyak berita gembira daripada berita yang kurang menggembirakan rakyat?.. harap2 lebih banyak berita gembira.

Para pengawal keselematan boleh hidup senang lepas ni sebab gaji pokok minimum mereka akan dinaikkan kepada RM500 hingga ke RM700 sebulan.. da nak sama dengan gaji bekerja di 7-eleven hehe.. para2 ibu yang baru melahirkan anak plak boleh bercuti sakan sehingga 90 hari lamenye.. dan boleh pilih nak cuti berapa hari, asalkan tidak melebihi 90 hari.. waaa makin eratla hubungan anak kecil dengan ibunya nanti, insyaAllah~

Gaji para2 imam pun akan dinaikkan daripada RM450 kepada RM750.. alhamdulillah. tersenyum ikhlas mereka bila mendengarkan berita tersebut... bolehlah mereka beli telefon bimbit dengan harga yang murah sebab cukai jualan telefon bimbit pun akan dikecualikan cukai jualan. x kiralah nokia ke, sony ericsson ke, semua brand telefon dikecualikan dari cukai jualan. kalau x turun harga telefon lepas ni xtawla..

Ok lah, kalau nak taw keputusan penuh pembentangan bajet 2011 dengan lebih lanjut, lawati blog ini, Donnyien.com - Keputusan Pembentangan Bajet 2011. dan Eyriqazz.com - Laporan Terkini Pembentangan Bajet 2011.
Dan Laporan Penuh Pembentangan Bajet 2011 dari cikmin.com dan Dahlia's Journal - Laporan Penuh Bajet 2011.

Dan kalau nak download Laporan Ekonomi 2010/2011, lawati portal ini, Laman Rasmi Bajet 2011.

Psst~! bonus xde ek?
11 komen bernas

Entry Nuzul Al-Quran Aku Dipermainkan

Sebab tulah aku suka moderate kan komen2 yang masuk ke blog aku.. boleh tapis dulu sebelum publish.. banyak sangat spam yang xberguna.. kalau berguna xpela gak..


free porn kepala hotak dia!! dala kat dalam entry Nuzul Al-Quran.. ni mesti auto spamming.. zzzz.. malas aku nak layan.. korang jela fikirkan, nak moderatekan komen ke x? kalau x moderate, kita xkan taw berapa banyak komen2 sampah yang macam ni dah masuk dalam entry2 kita yang lepas.. bahaya tu.. boleh merosakkan entry dan juga image diri kita sendiri. fikir masak2 k. *nasihat ikhlas

Tutorial - Cara-cara nak moderate kan komen
25 komen bernas

Gelas Sepak

October 14, 2010

Kenapalah ada gelas yang diperbuat daripada kaca? soalan ni kalau aku tujukan kat mak aku, confirm mak aku akan tersenyum dan menjawab, 'jangan banyak soal, pakai jela apa yang ada.. ngada2 betul' *gelak besar

Sebenarnya, aku dah pecahkan salah satu gelas kaca kepunyaan mak aku.. woahhh mak aku dilarang baca entry kali ni, umi blacklist ehehehe sorry yer. xdela teruk mana pecahnya, tapi memang dah xle pakai da sebab dah crack hehe.. xde niat pun nak tersepak gelas tu.. gelas tu jernih sangat. invisible plak tu.. memang payahla nak nampak.. lain kali beli yang berwarna punya ek, senang sikit nak nampak dan nak elak bile nak tersepak tu *sengih kerang haha ngada2 anakmu ini..


So sebagai tanda kenang-kenangan sebelum gelas kaca tu dicampak ke dalam tong sampah, aku dah snap gambar. khas untuk tatapan umiku.. berjuta2 kemaafan ku pinta, harap ada masa afiq nak ganti gelas yang baru kalau umi mau *senyum paksa plus *gelak besar



Psst~! bahaya betul la gelas kaca ni.. kalau pecah mau terlompat2 takut terpijak serpihan2 kaca yang bertaburan.. smart x weh crack kat gelas tu?
32 komen bernas

Menu Bar Dengan Auto-Hide Shout Box - Tutorial Review

Assalamu'alaikum...

Okeh ramai yang tanya aku macam mana nak buat menu bar dengan auto-hide shout box. shout box yang tiba2 keluar bila di mouse hoverkan kat dia. macam kat dalam gambar bawah ni.. xpun cuba korang try main2 dengan shout box aku kat menu bar atas ni, hujung belah kanan.



Ramai yang kata nampak kemas.. lagi satu kalau pasang shout box kat situ, leh kurangkan berat blog korang.. so loading page nnti laju sebab de x load dengan shout box tu.. kiranye dia load asing2.. correct me if i'm wrong sifu2 sekalian *senyum menggedik

Aku x buat tutorial pun. just nak bagi kredit kat blog 'maribinablog'.. tutorial dia la yang ajar aku buat menu bar dengan auto-hide shout box tu.. tersangat lah senang kalau korang follow satu persatu.. kalau x menjadi korang leh tinggalkan komen kat entry tutorial tu.. x pun korang tanyala aku, mane taw aku leh tolong ke.. tapi awal2 aku cakap, kalau korang pakai template dalam blogger in draft, aku mintak maaf banyak2 pasal x mahir lagi coding2 dia. kalau pakai template dari luar atau old templates dari blogspot, insyaAllah aku leh tolong.

Korang dah bersedia nak mempelajari sesuatu yang baru? aku sarankan korang cuba buat sendiri dulu. atleast masa korang buat tu, korang leh belajar sekali.. yang penting sebelum nak usik kod html tu, korang buat back up, klik Download Full Template(tengok gambar kat bawah).. just in case kalau template korang rosak ke, korang boleh upload balik file template yang dah didownload tadi. last but not least, klik Preview dulu sebelum Save. kalau ade error, maybe korang tersalah paste kod2 tu.. *senyum ikhlas




Tutorial - Menu Bar Dengan Auto-Hide Shout Box, Mari Bina Blog.


Psst~! kita x akan faham selagi kita x buat sendiri.. amalkan 'try and error'. tapi kalau betul2 x faham, jangan malu bertanya yer.. kang sesat jalan plak * senyum lebar
14 komen bernas

Baraka Allah Lakuma - Maher Zain

October 13, 2010



LIRIK dari Islamic Lyrics- Baraka Allah Lakuma

Download - Kalau lagu2 yang macam ni, baik beli yang original.. BERBALOI.

This song is taken from one of the hadith Rasulullah s.a.w. from Abu Hurairah r.a. When someone is marrying Rasulullah recite a doa to them "Barakallahulak, wabarakalaih, wa jamaah baynakum fi khair" which means "May God bless you and give his blessing on yourselves and May Allah unite you in a good." (Hadith riwayat Abu Daud, Tirmidhi, Ibn Majah and others.) credits to Saladin18

Entry ni khas untuk blogger yang dah nak khawin bulan 11 nanti, tahniah yer miss xyz, owner blog LENSA HIDUP *senyum lebar


Psst~! lagu dia yang ni pun sedap je telinga nak dengar.. tapi semua lagu dia sedap2 kot.. please maher come to my house *senyum kambing
15 komen bernas

Follow Me Yang Tiada Paksaan

Assalamu'alaikum..

Entry ni just nak inform blogger2 yang nak follow afiqbukhari.com. dulu aku letak widget follower ni kat dalam sidebar sebelah kanan blog.. tapi sekarang aku dah masukkan widget follower ni dalam satu page khas.. tujuan aku buat macam tu sebab nak ringankan lagi berat blog ni.. supaya korang dengan muka gembiranya dapat masuk ke dalam afiqbukhari.com. tengok gambar2 kat bawah ni. kalau kocik sangat, right click > open in a new tab.

Tiada paksaan untuk follow aku sebab aku x pernah paksa orang untuk follow aku. korang suka, korang follow. kalau x suka, tinggalkan aku sorang2. *senyum

Anyway thanks kepada blogger2 yang sudi follow blog aku yang x seberapa ni. *senyum lebar



Psst~! aku suka dengan statement ni, 'dont judge a blog by its follower'.. kat blog mana tah aku tengok blogger tu guna ayat ni. memang sempoi r.. adaptasi dari dont judge a book by its cover yer murid2 sekalian *senyum lidah terkeluar
28 komen bernas

Luar Kotak Yang Mendatangkan Kemarahan

October 12, 2010

Orang kata kalau nak sesuatu result tu gempak dan menarik, kita kena berfikir di luar kotak. fikir macam mana nak cari jalan penyelesaian yang terbaik selain menggunakan cara biasa untuk menyelesaikan sesuatu masalah.



Tapi kalau nak dimaki hamun oleh orang, parking la kereta di luar kotak.. kalau orang yang jenis panas baran dan x tahan sabar, memang habis pecah semua cermin tingkap kereta tu.. kau dala parking luar kotak, lepas tu pergi parking plak kat tempat yang sempit dan tempat yang x boleh untuk dipark. aku x nak dengar alasan yang kau nak park sekejap je. itu masalah kau. tapi jangan sampai menyusahkan orang lain. orang lain pun banyak jugak hal yang perlu disetlekan selain dok menekan hon 24 jam semata2 nak alert kau yang tengah sedap melepak ntah kat mana.. sakit hati plak aku dengan orang yang macam ni. so SELLFISH!!!

Disebabkan kau, aku membazir masa yang xsepatutnya dibazirkan. kau faham x apa maksud sebenar 'masa itu emas'? buang masa aku terangkan kat kau. masuk telinga kanan, keluar telinga kiri... lain kali, kalau betul2 urgent, carilah someplace yang betul2 x menganggu lalu-lintas. barulah orang x amek kisah dan x maki hamun kat kau. betul2 menyusahkan orang la kerja bodoh kau tu...

Psst~! kalau nak diikutkan hati tadi, nak je aku tekan hon sampai owner kereta tu datang...
14 komen bernas

Award + Ucapan Takziah-Kemalangan Maut Berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Rembau

Firstly, ucapan takziah daripada aku sendiri buat keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam kemalangan maut yang meragut nyawa seramai 15 orang di Lebuh Raya Utara-Selatan, berdekatan dengan Plaza Tol Simpang Ampat, Rembau. aku dah tengok sendiri gambar2 dan video2 yang telah di post oleh rakan2 blogger dan rakan2 aku di dalam facebook.. sedih bercampur ngeri kerana kebanyakkan mangsa dan mayat bergelimpangan di atas jalan raya. cukuplah. aku x nak tengok lagi dah.

Secondly, kali ni ada seorang blogger yang baik hati bagi aku award. blogger yang aku gelarkan dia sebagai 'kak izan'. kalau aku dah panggil akak tu, confirm dia dah berumahtangga dan mempunyai beberapa orang anak yang cute2.. hehe korang semua mesti kenal dengan kak izan ni.. ber'url'kan diariummi.blogspot.com, blognya sangatlah simple dan kemas.. header yang berpinky2 berisikan gambar anak2 yang cute2 belaka :) anyway thanks yer kak izan sebab bagi afiq award Blog Hebat ni.. xdela hebat sangat blog afiqbukhari.com ni.. just my personal blog je, suka suki nak mencoret itu ini...



Selalunya bila dah dapat award, kena jawab soalan2 yang telah dicipta sendiri oleh pencipta award ni hehe adat la kan, when we do something, we expect other people to respect it.

1) Nama blog anda buat masa ini?

2)Anda rasa blog anda hebat?
Kalau bagi aku rasa, korang semua dah tahu jawapannya. so baik korang yang rasa :)

3) Benda yg anda sayang?
Sesuatu yang dimiliki dengan cara yang betul dan halal.

4)Anda tengok waktu dekat mane?
Handphone, laptop, jam dinding, jam tangan kawan, matahari...

5)Web sesawang yg selalu anda jenguk?
Nuffnang, myMetro, youtube, facebook, etc...

6)Letak 3 hingga 5 blog yang anda rasa 'Blog Hebat'
Tang ni yang aku fail. aku xsuka nak banding2kan blog orang.. setiap blog ada kelebihannya tersendiri.. so sapa2 yang rasa blog dia hebat, you deserve it. jangan malu2, jangan segan2. amek je award ni. kalau xtaw malu, bgtaw aku soh letak nama korang kat sini. :)

8 komen bernas

HP AC Adapter Baru

October 11, 2010





Psst~! kalau korang nak taw kenapa aku post gambar je, meh bace entry yang ni dulu, Adapter Porak Perandakan Hidup Buat Sementara Waktu. :)
14 komen bernas

Adapter Porak Perandakan Hidup Buat Sementara Waktu

October 10, 2010


Huhu zzzz...

Tension wehhh.. dala beli laptop second hand, bateri xde, charger adapter plak rosak.. ulang alik lowyat pegi tukar adapter murah yang baru.. ni dah rosak balik.. aku rasa owner parking kat lowyat tu dah kaya sebab aku asyik bayar parking je.. pergi sana semata2 nak tukar adapter bangang yang suka rosak tah bape puluh kali aq pun xtaw.. ni la padahnya kalau beli barang murah yang x berkualiti.. kalau murah dan berkualiti xpe la gak.. hadoiii..

Adapter laptop murah tu buat aku bengang beb.. dala rosak, lepas tu sibuk nak pegi menjahanamkan barang yang lain.. habeh PC lama aku punya power supply kejung.. fius extension plug plak terbakar.. selamat x effect laptop ngan barang2 hardware dalam PC aku.. so sekarang xleh nk bukak laptop pasal adapter dah rosak.. bateri plak xde.. selamat ada spare power supply untuk PC, terus tukar then buat entry tension ni huhu

Kali ni aku nekad, aku nak beli adapter yang baru, yang ORIGINAL!! biarla duit terbang pun.. asalkan aku puas hati... tapi tengah xde duit ni.. pinjam seratus leh??? nanti aku bayar balik haha

Aku dah serik nak beli barang2 yang murah dan x berkualiti walaupun x selalu beli. mentang2 korang pandai repair benda2 yang rosak, then korang jual balik dengan harga yang mahal.. ceittt! pigi mam la aku nak percaya lepas ni.. no SIRIM, no warranty card, no guarantee, memang aku xkan beli da! dulik ape aku ko letak harga murah pun.. kalau ko letak harga bawah dari harga kos, baru aku fikir dua kali nak beli ke x..

Psst~! bangang gak aku ni pergi barang2 yang x berkualiti.. meh sape2 nak kondem aku, komen kat bawah.. aku rela diperkondemkan.. tapi kondem dengan pendapat dan cadangan2 yang bernas supaya aku lebih berhati2 lagi pasni :)
12 komen bernas

Surat Khabar Naik Harga?

Assalamu'alaikum...

Tiba2 bapak aku bersuara, 'surat khabar naik harga ni'...

Sejak bila surat khabar naik harga ni? ke aku yang outdated? metro harian Ahad dah jadi RM 2 untuk semenanjung, sabah dan sarawak plak dah naik jadi RM 2.50... sebelum ni RM 1.80 je untuk semenanjung.. fuiyoooo mentang2 da lama aku x beli sendiri surat khabar ni, sekarang asek baca online je, terus naik harga ek?.. aku try cari bukti kukuh dalam internet, x jumpa pun info pasal surat khabar naik harga?? aku try compare harga metro ahad minggu lepas, dah memang RM 2 pun.. huhu ke untuk hari ahad je?

Aisehh makin lagi dan lagi kurang berminatla aku nak beli surat khabar camni.. baik baca online je.. sambil2 tu leh kurangkan aktiviti pembalakan kat malaysia ni.. support alam sekitar.. brtul x? ke itu matlamat dorang sebab naikkan harga ni? alhamdulillah la camtu, banyak sikit oksigen yang kitorang leh sedut sementara nyawa masih ade ni..

Tapi aku rasa orang still membeli surat khabar sebab itu tradisi turun temurun kot.. x sah kalau sarapan pagi x baca surat khabar.. x sah kalau tengah memerut x baca surat khabar.. x sah kalau blackout x baca surat khabar.. x sah kalau dok dalam hutan x baca surat khabar.. tapi janganlah naik harga lagi... kesian kat orang berpendapatan rendah..

Pada yang mampu, teruskan membeli.. dan aku memang support metro sebab banyak berita dan cerita menarik dalam tu.. x jemu nak membaca ;)

Psst~! aku paling suka time orang jual surat khabar lalu depan rumah, mesti dapat duit haha
12 komen bernas

MacGyver Versi Malaysia

October 9, 2010

Charger laptop mak aku rosak.. yang original plak tu.. rosak sebab banjir kilat yang melanda rumah aku hari tu.. so xle pakai laptop tu sebab bateri pun dah kong.. memang kena beli charger baru pun..

Semalam aku beli laptop second hand dari member aku.. harga dalam rm300, without battery.. brand compaq tuu... murah sangatla pasal laptop x pakai bateri pun xpe asalkan ade charger.... belum ape2 lagi, charger member aku tu pun rosak.. adehhhh.. nak x nak, gagahkan diri pergi lowyat beli charger kualiti rendah punya, dan murah..

Paham2 jela kalau kualiti rendah.. balik rumah, try cocok kat laptop yang aku baru beli tu, alright xde hal..laptop boleh on macam biasa.. belum sampai sehari aku pakai charger tu, dah kong balik.. i was like, WTH?? grrr... sabarrrr...

Dah 3 charger rosak sekarang ni.. geram punya pasal, aku pergi pecahkan salah satu daripada 3 casing charger yg dah jahanam tu.. dan charger yang terpilih ialah charger mak aku hehe sorry umi.. mane taw boleh repair ke kan.. angan2 mat jenin nak jadi macGyver.. persetankan 'warranty void if remove' sebab charger tu da lebih dari setahun.. hantar kilang pun, kilang buang dalam tong sampah.. kopek punya kopek, kopak punya kopak.. terbukak jugak charger tu..


Ok x ok? tula rupa dalam charger laptop korang.. dorang balut sana balut sini.. korang jgn gatal2 nak pg bukak plak, bahaya sebenarnye.. baik korang hantar kedai je kalau suka membayar... memang aku dapat bukak, tapi still xle repair gak pasal xtaw nk repair cane.. haha

Nak x nak, jom pergi lowyat, tukar charger yang baru aku beli tu.. warranty ade sebulan lagi.. murah2 pun ade warranty wei...

Psst~! memangla warranty ade lagi tapi still kena keluar duit gak nak bayar parking yang mahal nak mam*** tu...zzz...
26 komen bernas

Mana Nak Cari Barang Yang Hilang?

October 8, 2010

Selalunya kalau barang hilang, aku akan dok diam kat satu tempat, then merenung satu benda secara tajam.. tujuannya supaya aku boleh berfikir dan mengingat semula kat mana tempat last aku letak barang tu.. kalau x dapat ingat jugak, aku akan geledah semua tempat yang kebarangkaliannya tinggi untuk jumpa barang tu semula.

Kalau still x jumpa jugak, aku berserah jela kepada Allah dengan membaca ayat ni, Allahumma Yassir wala Tuassir... berhasil weh kalau niat korang memang ikhlas dan nak sesangat jumpa barang tu balik. tapi xtawla kalau nk cari orang yang hilang.. :) sebenarnye ade je doa2 yang lain.. maybe korang leh kongsikan dengan aku dalam komen hee

Pernah satu ketika, aku terlupa kat mana aku letak duit.. bukan sikit, tapi banyak.. duit tu bapak aku kasi untuk perbelanjaan harian di rumah selama sebulan sebab dia ngn mak aku pergi menunaikan umrah.. selepas aku hantar dorang ke airport, sampai je di rumah aku mula gelabah.. kat mana plak aku simpn duit tu.. seriously masa tu aku xingat langsung..

Sudahhh, aku ngn adik2 nak makan apa selama sebulan ni kalau x jumpa duit tu? selamat nenek aku ada dan dialah mengajar aku membaca ayat kat atas tu.. aku mundar mandir dalam rumah sambil mulut terkumat kamit membaca doa tersebut.. niat dalam hati memang nak sangat jumpa balik duit tu.. bukan untuk kegunaan aku sorang, tapi untuk adik beradik sekali..

Tiba2 je aku terasa yang aku nak periksa dalam almari perhiasan mak aku.. padahal tempat tu dah banyak kali aku periksa.. dengan izin Allah, duit tu ade terselit di celah2 perhiasan.. apa yang peliknya, sebelum ni x ternampakla plak duit tu kat situ.. Alhamdulillah! kuasa Mu sungguh BESAR YA ALLAH!! mungkin itulah dugaan untuk hambaMu yang lemah lagi kerdil ni..

Psst~! sekarang ni aku tgh mencari satu barang yang hilang, daripada semalam still x jumpa2.. mungkinkah barang tersebut hilang? atau tersalah letak? buntu da ni.. biar jela dulu. xpenting sangat pun..
26 komen bernas

Susahnya Nak Hidup...

October 7, 2010

Kalau hati tu sentiasa berniat nak menjatuhkan orang...

Lagi susah nak hidup kalau kita ni selalu buruk sangka kepada orang...

Kita akan berasa susah dalam hidup kalau x mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan olehNya...

Macam mana nak hidup dengan tenang kalau diri sendiri yang menyusahkan kehidupan?

Adakah kehidupan kita akan tenang kalau hati sentiasa x tenang?

Dan selalunya ketenangan itu datang daripada Siapa?

Psst~! kalau x rasa susah sekarang ni, beringatlah yang susah itu pasti akan datang.. dan segala kesusahan tu datang daripadaNya.. untuk kembali senang, memohonlah kepadaNya..

Psst2~! da lame aku perap post ni.. sekarang mase yang sesuai untuk aku publishkan sebab banyak sgt perkara2 yang menyusahkan orang akibat daripada ego yang melampau...
17 komen bernas

Kalau aku la... CABUTTT!!!

Kalau jadi benda2 camni kat aku, memang aku ca alif but terus!! memang cari pasal la kalau stay kat situ haha




Psst~! ape kes pengacara Bang Bang Boom ditangkap khalwat??
5 komen bernas

Aku Perlukan Baju Baru Dan Si Pengkritik

October 6, 2010

Assalamualaikum...

Okeh terus masuk isi utama.. apa yang korang rasa dengan perubahan baru blog aku ni? maksud aku bukan template, tapi warna tema blog afiqbukhari.com ni iaitu 'biru'.. pada sapa2 yang masih ingat lagi kat template blog lama aku, mesti taw knp aku suka biru..

So, sakit mata? terang sangat? annoying? x match langsung? ape2 jela yang korang nak kutuk dan perli. atau puji.. aku terima.. tapi biasa la, sebelum komen bace dulu arahan2 untuk mengomen kat atas kotak komen haha


Psst~! blog ni pun sama jugak macam manusia.. perlukan baju baru untuk berhibur ;p
32 komen bernas

Laporan Penuh Pembentangan Bajet 2011

Moga ada yang gembira *senyum

  • Mendaya kembali pelaburan swasta.
  • Fokus pada pembangunan strategik berimpak tinggi, Projek MRT dengan kos pelaburan swasta kira-kira 40 billion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020, pembangunan tanah lembaga getah Malaysia, dan pembinaan menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia.
  • Pasaran Modal Islam akan terus diunggulkan.
  • Yayasan Amanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz satu billion ringgit dan patuh syariah.
  • Dana pencen swasta: pelepasan cukai pendapatan sehingga 6 ribu ringgit sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP.
  • 857 juta ringgit disediakan untuk syarikat yang melabur dalam aktiviti E&E terumata di Pulau Pinang & Kulim High-Tech Park di Kedah.
  • 146 juta ringgit di peruntukkan untuk industri minyak, gas, dan tenaga yang merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi negara.
  • Pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak.
  • Bajet 2011 kali ini bertemakan Transformasi Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi.
  • Pembukaan bajet strategi pertama adalah mendaya kembali pelaburan swasta.
  • Fokus pada pembangunan strategik berimpak tinggi, Projek MRT dengan kos pelaburan swasta kira-kira 40 billion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020, pembangunan tanah lembaga getah Malaysia, dan pembinaan menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia.
  • Pasaran Modal Islam akan terus diunggulkan.
  • Yayasan Amanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz satu billion ringgit dan patuh syariah.
  • Dana pencen swasta: pelepasan cukai pendapatan sehingga 6 ribu ringgit sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP.
  • 857 juta ringgit disediakan untuk syarikat yang melabur dalam aktiviti E&E terumata di Pulau Pinang & Kulim High-Tech Park di Kedah.
  • 146 juta ringgit di peruntukkan untuk industri minyak, gas, dan tenaga yang merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi negara.
  • Pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak.
  • Bajet 2011 kali ini bertemakan Transformasi Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi.
  • Pembukaan bajet strategi pertama adalah mendaya kembali pelaburan swasta.
  • Fokus pada pembangunan strategik berimpak tinggi, Projek MRT dengan kos pelaburan swasta kira-kira 40 billion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020, pembangunan tanah lembaga getah Malaysia, dan pembinaan menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia.
  • Pasaran Modal Islam akan terus diunggulkan.
  • Yayasan Amanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz satu billion ringgit dan patuh syariah.
  • Dana pencen swasta: pelepasan cukai pendapatan sehingga 6 ribu ringgit sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP.
  • 857 juta ringgit disediakan untuk syarikat yang melabur dalam aktiviti E&E terumata di Pulau Pinang & Kulim High-Tech Park di Kedah.
  • 146 juta ringgit di peruntukkan untuk industri minyak, gas, dan tenaga yang merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi negara.
  • Dalam menyuburkan sektor pertanian, kerajaan memperuntukkan 3.8 billion ringgit bagi tahun 2011.
  •  Merancakkan industri pelancongan: antaranya 85 juta ringgit untuk pembinaan hotel & resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi. 50 juta untuk membina laluan pejalan kaki di kawasan lingkaran KLCC ke Bukit Bintang.
  • Meningkatkan potensi industri teknologi maklumat dan ICT: 1119 Juta ringgit di peruntukkan untuk program MY Creative Content, melanjutkan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar selama 2 tahun.
  • Telifon bimbit biasa dikenakan cukai 10 peratus manakala telifon bimbit yang mempunyai aplikasi seperti internet atau PDA, dikecualikan cukai jualan. bagi tujuan penyelarasan, cukai jualan dikecualikan ke atas semua jenis telefon bimbit.
  • 91 juta ringgit untuk pembangunan modal insan dalam industri perkhidmatan penyelenggaraan, baik pulih, dan rombak & rawat atau MRO, program latihan kejuruteraan aerospace dan aeronautical.
  • Pembangunan koridor dan wilayah dengan bajet 850 juta ringgit.
  • 229 juta untuk projek Iskandar Malaysia – untuk membina jalan, kawasan perumahan, menyediakan & memperbaiki perkhidmatan pengakutan awam.
  • Projek yang di jangka siap dalam tahun 2011 adalan Newcastle University Medicine Malaysia, Chelsea Factory Outlet, serta Legoland dan Marlbrough College pada tahun 2012.
  •  Industri Kreatif: 200 juta ringgit di sediakan untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama & dokumentri keluaran tempatan.
  • Kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran berbayar.
  • Memperkukuhkan kedudukan kewangan negara dengan memantapkan kutipan hasil dan memastikan perbelanjaan secara berhemat. Ini termasuk menekankan nilai value-for-money dan value management.
  • 29.3 billion ringgit untuk kementerian pembelajaran, 10.2 billion ringgit untuk kementerian pengajaran tinggi dan 627 juta ringgit untuk kementerian Sumber Manusia – khas untuk pembangunan modal insan.
  • Menubuhkan Talent Corp di bawah jabatan Perdana Menteri pada awal tahun 2011 untuk menambah bilangan tenaga kerja yang berbakat dan berkualiti.
  • 6.4 billion untuk menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profession guru. 213 juta ringgit lagi di bajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi.
  • 111 juta untuk projek PERMATA.
  • 250 juta ringgit untuk sekolah bantuan modal agama, sekolah jenis kebangsaan cina, sekolan kebangsaan tamil, sekolah bantuan modal mubaligh, sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
  • Kerajaan setuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan 95 juta ringgit.
  •  Biasiswa kepeada guru serta tenaga pengajar yang ingin melanjutkan pelajaran 576 juta ringgit.
  • 213 juta ringgit di peruntukan abgi mengangkat tinggi penguasaan bahasa malaysia, bahasa inggeris & memperkemas kukurikulim.
  • Memperkasa Pengajian Tinggi: Menambah peratusan akademik berkelulusan PHD denagn peruntukan 20 juta ringgit.
  • Menambah baik IPTA & pensyarah boleh di pertimbangkan kenaikkan pangkat ke pringkat tertinggi gred turus.
  • 60 juta ringgit bagi mempergiatkan lagi Program Industrial Skill Enhancement Programme di pusat latihan negeri.
  •  220 juta untuk siswazah jurusan lain dan 50 juta ringgit untuk Multimedia Development Corporation untuk melatih graduan dalam bidang ICT.
  •  474 juta ringgit untuk golongan bukan siswazah.
  •  Program Latihan 1 Malaysia sebanyak 500 juta ringgit khas untuk menambah ilmu pengetahuan melalui penigkatan kemahiran & mempelajari kemahiran baru.
  •  Meningkatkan produktiviti pekerja.
  • Kadar dan mekanisme penetapan gaji minimum: 500 hingga 700 ringgit sebulan. Dengan kenaikkan ini, pendapatan keseluruhan pengawal keselamatan termasuk elaun adalah seribu ringgit sebulan berkuata kuasa 2011.
  • Memperluas penglibatan wanita dalam ekonomi – 30 juta ringgit untuk program inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan mengadakan Anugerah Perdana Usahawan dan Tokoh Aktivis Wanita sempena hari wanita 2011.
  • Kerajaan memberi fleksibiliti untuk tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini.
  • Pembangunan sukan negara: 356 Juta Ringgit unruk pengurusan aktiviti sukan.
  • Menubuhkan Akademi Bola Sepak di Pahang dengan peruntukan 20 Juta ringgit.
  • Bagi tahun 2011 kerajaan memperuntukkan 1.2 billion ringgit kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & masyarakat untuk menjalankan program berbentuk kebajikan & kemasyarakatan.
  • Meningkatkan pemilikan rumah – 568 juta ringgit disediakan bagi membina 300 unit kediaman di bawah projek bantuan perumahan bandar, 79 ribu unit di bawah program perumahan rakyat dan 8 ribu unit di bawah projek bantuan sewa.
  • 50 juta bagi membantu golongan pekerja estet yang akan dikendalikan oleh bank Simpanan Nasional.
  • Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas yang akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga di bawah 220 ribu ringgit (khas untuk pendapatan 3 ribu ringgit sebulan dan terutama untuk golongan muda).
  • Meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar – 6.9 biliion ringgit untuk perlaksanaan infrastuktur asas seperti bekalan air, elektrik & jalan luar bandar.
  • Meringankan Beban Hidup Rakyat: 947 juta ringgit sebagai subsidi harga padi, baja, benih padi, serta 230 juta ringgit untuk insentif pengeluaran dan peningkatan hasil padi.
  • Kerajaan juga akan menyediakan sejumlah 170 juta ringgit bagi insentif hasil tangkapan ikan nelayan serta pemilik bot untuk meningkatkan hasil tangkapan.
  • 200 juta untuk program pengedaran barang perlu seperti beras, minyak masak, gula, tepug terutama di Sabah & Sarawak.
  • 500 juta ringgit unruk membantu kontraktor kelas F di seluruh negara.
  • Menaikkan elaun bulanan Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Persekutuan, Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru kepada 800 ringgit sebulan.
  •  Elaun imam naik 450 ringgit kepada 750 ringgit sebulan.
  • Guru KAFA dinaikkan ke 800 ringgit sebulan berbanding 500 ringgit.
  • Pembangunan orang asli & pribumi – peruntukkan 100 juta ringgit terutama untuk menyelesaikan isu pegangan hak milik tanah & pembangunan penempatan orang asli.
  • Mengurangkan kos pengangkutan: harga tol PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun akan datang bermula serta merta.
  •  15.2 billion ringgit di peruntukkan untuk membina hospital baru, menambah bilangan doktor & jururawat serta mendapat bekalan ubat dan peralatan perubatan.
  • Membanteras jenayah & Menjamin Keselamatan: 350 juta ringgit untuk program membanteras jenayah & untuk skim rondaan sukarela terutama di kawasan berisiko tinggi.
  • Memperkasa Peranan Badan Bukan Kerajaan: 70 juta ringgit bagi program yang melibatkan NGO terpilih yang turut membantu mengurangkan kes kes rempit, pembuangan bayi, mat rempit dan gangsterisme.
  • 1.9 billion untuk pemuliharaan alam sekitar.
  • Memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam dengan mempermudah berurusan dengan agensi kerajaan.
  •  Menghargai sumbangan penjawat awam: 500 ringgit untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah.
  • Menaikkan kadar bantuan mengurus jenazah kepada 3 ribu ringgit.
  • Penjawat awam – dibenarkan membeli hartanah daripada ibu, bapa, anak & adik beradik.
  • Cadangan 212 billion untuk RMK-10, NKRA dan NKEA.
  • Bajet kali ini merupakan bajet ke -53 pasca merdeka yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Melalui 53 bajet, 10 RMK, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang & 1 Misi Nasional, Bajet 2011 menjadi binkisan penting serta langkah pertama dalam menempatkan Malaysia di ambang status negara maju berpendapatan tinggi.
Cikmin.com - Laporan Penuh Pembentangan Bajet 2011
Dahlia's Journal - Laporan Penuh Bajet 2011.
4 komen bernas