Showing posts with label maut. Show all posts
Showing posts with label maut. Show all posts

Kemalangan Maut Di Genting Sempah Dan Senarai Mangsa Yang Terkorban - Gambar dan Video

October 30, 2010




KUALA LUMPUR: Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa rombongan belia terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam tadi.
Kemalangan membabitkan bas yang membawa 44 penumpang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas itu berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata bas berkenaan yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan.
Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam.
Beliau berkata, bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.
Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berkejar ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah bas.
Mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur. - BERNAMA Sumber






Senarai mangsa yang maut adalah:
  • Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14 
  • Mohd Amirul Muhamat Isa, 13
  • Mohamad Firdaus Rosedi, 16 
  • Mohammad Yussof A. Akhit, 16
  • Mohd Ridzuan Husin, 17
  • Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17 sumber
  • Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28 (meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang)

Kenyataan salah seorang mangsa,

Mohd Zairul Hafizat, 15, yang mengalami cedera ringan ketika ditemui di HKL berkata kemalangan berlaku ketika hujan renyai-renyai.
Dia yang baru tersedar dari tidur ketika kejadian mendakwa bas itu terbabas akibat brek bas yang "tidak makan". sumber

Psst~! jalan-jalan di genting sempah tu memang berbahaya.. berbukit-bukau ditambah pula dengan jalan yang berbengkang-bengkok dan curam.. aku paling takut drive kat situ.. tangan tu sentiasa je pegang handbrake, takut2 brake pad haus.. bau hangit macam benda terbakar kat kawasan tu memang da biasa sangat, bau brake pad haus..

Alfatihah buat kesemua mangsa~
15 komen bernas

Award + Ucapan Takziah-Kemalangan Maut Berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Rembau

October 12, 2010

Firstly, ucapan takziah daripada aku sendiri buat keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam kemalangan maut yang meragut nyawa seramai 15 orang di Lebuh Raya Utara-Selatan, berdekatan dengan Plaza Tol Simpang Ampat, Rembau. aku dah tengok sendiri gambar2 dan video2 yang telah di post oleh rakan2 blogger dan rakan2 aku di dalam facebook.. sedih bercampur ngeri kerana kebanyakkan mangsa dan mayat bergelimpangan di atas jalan raya. cukuplah. aku x nak tengok lagi dah.

Secondly, kali ni ada seorang blogger yang baik hati bagi aku award. blogger yang aku gelarkan dia sebagai 'kak izan'. kalau aku dah panggil akak tu, confirm dia dah berumahtangga dan mempunyai beberapa orang anak yang cute2.. hehe korang semua mesti kenal dengan kak izan ni.. ber'url'kan diariummi.blogspot.com, blognya sangatlah simple dan kemas.. header yang berpinky2 berisikan gambar anak2 yang cute2 belaka :) anyway thanks yer kak izan sebab bagi afiq award Blog Hebat ni.. xdela hebat sangat blog afiqbukhari.com ni.. just my personal blog je, suka suki nak mencoret itu ini...



Selalunya bila dah dapat award, kena jawab soalan2 yang telah dicipta sendiri oleh pencipta award ni hehe adat la kan, when we do something, we expect other people to respect it.

1) Nama blog anda buat masa ini?

2)Anda rasa blog anda hebat?
Kalau bagi aku rasa, korang semua dah tahu jawapannya. so baik korang yang rasa :)

3) Benda yg anda sayang?
Sesuatu yang dimiliki dengan cara yang betul dan halal.

4)Anda tengok waktu dekat mane?
Handphone, laptop, jam dinding, jam tangan kawan, matahari...

5)Web sesawang yg selalu anda jenguk?
Nuffnang, myMetro, youtube, facebook, etc...

6)Letak 3 hingga 5 blog yang anda rasa 'Blog Hebat'
Tang ni yang aku fail. aku xsuka nak banding2kan blog orang.. setiap blog ada kelebihannya tersendiri.. so sapa2 yang rasa blog dia hebat, you deserve it. jangan malu2, jangan segan2. amek je award ni. kalau xtaw malu, bgtaw aku soh letak nama korang kat sini. :)

8 komen bernas

Kes Kanak-kanak Maut Didera Lagi

June 5, 2010

Assalamu'alaikum.
korang masih ingat lagi tentang seorang kanak2 perempuan 3 tahun yg mati didera oleh teman lelaki ibunya?

masih cam lagi gambar ni? inilah Syafia Humairah Sahari. de ditampar, disepak macam bola di hadapan orang ramai sehingga nyawa2 ikan dan akhirnya maut.

Ok berbalik pada tajuk utama. aq saje je nak kaitkan cerita ni ngn cerita terbaru plak. seorang kanak2 lelaki 3 tahun, Hazrieq Naufal Abdullah maut didera same macam kes yg kat atas ni. pemangsanya juga teman lelaki ibunya.
---------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Ibarat tahanan! Itulah yang boleh digambarkan nasib kanak-kanak malang, Hazrieq Naufal Abdullah, 3, yang maut akibat didera teman lelaki ibunya di rumah mereka di kondominium di Sentul.

Selain sering dibiarkan keseorangan di rumah dengan dibekalkan sebotol susu, kanak-kanak itu menjadi mangsa panas baran penganggur berusia 25 tahun.

Menurut rakan ibu mangsa yang enggan dikenali, ketakutan dan trauma pada kanak-kanak itu jelas kelihatan apabila dia sendiri pernah melihat keadaan kanak-kanak itu diam, hanya dengan isyarat jelingan daripada teman lelaki ibunya ketika keluar bersama baru-baru ini.


Katanya, ibu kanak-kanak berusia 23 tahun pernah meminta tolong menetap di kediamannya bagi melarikan diri daripada cengkaman teman lelakinya yang panas baran.


“Ibu Hazrieq sering mengadu tidak tahan dengan sikap teman lelakinya yang panas baran. Setiap kali dia keluar bekerja, Hazrieq ditinggalkan bersama teman lelakinya itu yang tidak... selanjutnya dalam Maut Didera

---------------------------------------------------------------
kalau korang baca surat khabar Metro hari ni, korg leh tgk gambar mangsa. sangat comel. tapi nape diperlakukan sedemikian rupa? de still budak mentah yg xkenal erti dunia lagi. tapi kita yg dah melalui macam2 dalam hidup ni sanggup melakukan perbuatan macam tu. eh tolongla! macam xde pemikiran langsung. ko kalau ade masalah, jangan libatkan orang lain. lagi2 nyawa.

tapi nk buat macam mana. semuanya takdir ditentukan olehNya. ajal dan maut di tangan Allah. tapi kita sebagai manusia hanya mampu berserah. kpd ibu mangsa, redhalah dengan segalanya. pembalasan pasti tiba utk si pembunuh.

yg buruk sentiasa dari kita, yg baik sentiasa datang dariNya. Wallahualam bissawab.
15 komen bernas