KUALA LUMPUR: Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa rombongan belia terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam tadi.
Kemalangan membabitkan bas yang membawa 44 penumpang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas itu berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata bas berkenaan yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan.
Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam.
Beliau berkata, bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.
Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berkejar ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah bas.
Mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur. - BERNAMA Sumber
Senarai mangsa yang maut adalah:
- Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14
- Mohd Amirul Muhamat Isa, 13
- Mohamad Firdaus Rosedi, 16
- Mohammad Yussof A. Akhit, 16
- Mohd Ridzuan Husin, 17
- Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17 sumber
- Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28 (meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang)
Kenyataan salah seorang mangsa,
Mohd Zairul Hafizat, 15, yang mengalami cedera ringan ketika ditemui di HKL berkata kemalangan berlaku ketika hujan renyai-renyai.
Dia yang baru tersedar dari tidur ketika kejadian mendakwa bas itu terbabas akibat brek bas yang "tidak makan". sumber
Psst~! jalan-jalan di genting sempah tu memang berbahaya.. berbukit-bukau ditambah pula dengan jalan yang berbengkang-bengkok dan curam.. aku paling takut drive kat situ.. tangan tu sentiasa je pegang handbrake, takut2 brake pad haus.. bau hangit macam benda terbakar kat kawasan tu memang da biasa sangat, bau brake pad haus..
Alfatihah buat kesemua mangsa~