Lepas satu satu kejadian menimpa kereta aku. sebelum ni dilanggar oleh kereta lain. selamat tak kuat sangat perlanggaran tu. so tak kemek manalah. still ada rupa kereta lagi. tapi hari ini side mirror plak buat hal.
Tengah sedap-sedap speeding, tiba-tibe side mirror sebelah kiri driver jatuh. macam mana boleh jatuh, aku pun tak tahu. tapi sebelum ni aku dah perasan yang side mirror tu dah goyang. pernah jatuh berapa kali dah. tapi kali ini, hayat cermin tu tak berpanjangan.
Aku patah balik ke tempat di mana cermin tu jatuh. konon-kononnya nak kutip then pasang balik. tapi bila sampai je di tempat kejadian,
Wuuuu dah berkecai la plak. aisehh.. hari jumaat ni dah la nak kena balik KL sempena cuti pertengahan semester. pada musim hujung-hujung bulan ni manalah aku nak cekau duit ganti side mirror yang baru. ada ke kedai spare part kereta yang jual 'cermin' shj tanpa menjual badannya sekali? aku search kat mudah.my, semuanya menjual satu set, sepasang. single tarak jual punya.
Takkan aku nak balik KL dengan kereta yang tak cukup sifat ni? bahaya kot. lagi-lagi atas highway. kalau dah highway tu, faham-faham jela. tak kira kancil, motor, lori, bas ekspress, semuanya nak speeding macam pakai enjin kapal terbang concorde. concorde wannabe zzz... kalau ikutkan hati, aku redah je balik KL tanpa side mirror tu, tapi duduk di lane paling kiri la jawabnya.
Kusut kusut... hurm..
Psst~! berhati-hati di jalan raya. malang itu tidak berbau.