Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

Cermin sisi yang tidak berbau

January 24, 2011

Assalamualaikum...

Lepas satu satu kejadian menimpa kereta aku. sebelum ni dilanggar oleh kereta lain. selamat tak kuat sangat perlanggaran tu. so tak kemek manalah. still ada rupa kereta lagi. tapi hari ini side mirror plak buat hal.


Tengah sedap-sedap speeding, tiba-tibe side mirror sebelah kiri driver jatuh. macam mana boleh jatuh, aku pun tak tahu. tapi sebelum ni aku dah perasan yang side mirror tu dah goyang. pernah jatuh berapa kali dah. tapi kali ini, hayat cermin tu tak berpanjangan.

Aku patah balik ke tempat di mana cermin tu jatuh. konon-kononnya nak kutip then pasang balik. tapi bila sampai je di tempat kejadian,


Wuuuu dah berkecai la plak. aisehh.. hari jumaat ni dah la nak kena balik KL sempena cuti pertengahan semester. pada musim hujung-hujung bulan ni manalah aku nak cekau duit ganti side mirror yang baru. ada ke kedai spare part kereta yang jual 'cermin' shj tanpa menjual badannya sekali? aku search kat mudah.my, semuanya menjual satu set, sepasang. single tarak jual punya.

Takkan aku nak balik KL dengan kereta yang tak cukup sifat ni? bahaya kot. lagi-lagi atas highway. kalau dah highway tu, faham-faham jela. tak kira kancil, motor, lori, bas ekspress, semuanya nak speeding macam pakai enjin kapal terbang concorde. concorde wannabe zzz... kalau ikutkan hati, aku redah je balik KL tanpa side mirror tu, tapi duduk di lane paling kiri la jawabnya.

Kusut kusut... hurm..

Psst~! berhati-hati di jalan raya. malang itu tidak berbau.
44 komen bernas

Kemalangan Maut Di Genting Sempah Dan Senarai Mangsa Yang Terkorban - Gambar dan Video

October 30, 2010




KUALA LUMPUR: Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa rombongan belia terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam tadi.
Kemalangan membabitkan bas yang membawa 44 penumpang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas itu berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata bas berkenaan yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan.
Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam.
Beliau berkata, bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.
Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berkejar ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah bas.
Mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur. - BERNAMA Sumber






Senarai mangsa yang maut adalah:
  • Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14 
  • Mohd Amirul Muhamat Isa, 13
  • Mohamad Firdaus Rosedi, 16 
  • Mohammad Yussof A. Akhit, 16
  • Mohd Ridzuan Husin, 17
  • Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17 sumber
  • Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28 (meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang)

Kenyataan salah seorang mangsa,

Mohd Zairul Hafizat, 15, yang mengalami cedera ringan ketika ditemui di HKL berkata kemalangan berlaku ketika hujan renyai-renyai.
Dia yang baru tersedar dari tidur ketika kejadian mendakwa bas itu terbabas akibat brek bas yang "tidak makan". sumber

Psst~! jalan-jalan di genting sempah tu memang berbahaya.. berbukit-bukau ditambah pula dengan jalan yang berbengkang-bengkok dan curam.. aku paling takut drive kat situ.. tangan tu sentiasa je pegang handbrake, takut2 brake pad haus.. bau hangit macam benda terbakar kat kawasan tu memang da biasa sangat, bau brake pad haus..

Alfatihah buat kesemua mangsa~
15 komen bernas

Award + Ucapan Takziah-Kemalangan Maut Berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Rembau

October 12, 2010

Firstly, ucapan takziah daripada aku sendiri buat keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam kemalangan maut yang meragut nyawa seramai 15 orang di Lebuh Raya Utara-Selatan, berdekatan dengan Plaza Tol Simpang Ampat, Rembau. aku dah tengok sendiri gambar2 dan video2 yang telah di post oleh rakan2 blogger dan rakan2 aku di dalam facebook.. sedih bercampur ngeri kerana kebanyakkan mangsa dan mayat bergelimpangan di atas jalan raya. cukuplah. aku x nak tengok lagi dah.

Secondly, kali ni ada seorang blogger yang baik hati bagi aku award. blogger yang aku gelarkan dia sebagai 'kak izan'. kalau aku dah panggil akak tu, confirm dia dah berumahtangga dan mempunyai beberapa orang anak yang cute2.. hehe korang semua mesti kenal dengan kak izan ni.. ber'url'kan diariummi.blogspot.com, blognya sangatlah simple dan kemas.. header yang berpinky2 berisikan gambar anak2 yang cute2 belaka :) anyway thanks yer kak izan sebab bagi afiq award Blog Hebat ni.. xdela hebat sangat blog afiqbukhari.com ni.. just my personal blog je, suka suki nak mencoret itu ini...



Selalunya bila dah dapat award, kena jawab soalan2 yang telah dicipta sendiri oleh pencipta award ni hehe adat la kan, when we do something, we expect other people to respect it.

1) Nama blog anda buat masa ini?

2)Anda rasa blog anda hebat?
Kalau bagi aku rasa, korang semua dah tahu jawapannya. so baik korang yang rasa :)

3) Benda yg anda sayang?
Sesuatu yang dimiliki dengan cara yang betul dan halal.

4)Anda tengok waktu dekat mane?
Handphone, laptop, jam dinding, jam tangan kawan, matahari...

5)Web sesawang yg selalu anda jenguk?
Nuffnang, myMetro, youtube, facebook, etc...

6)Letak 3 hingga 5 blog yang anda rasa 'Blog Hebat'
Tang ni yang aku fail. aku xsuka nak banding2kan blog orang.. setiap blog ada kelebihannya tersendiri.. so sapa2 yang rasa blog dia hebat, you deserve it. jangan malu2, jangan segan2. amek je award ni. kalau xtaw malu, bgtaw aku soh letak nama korang kat sini. :)

8 komen bernas

Lampu Jalan Menyelamatkan Seorang Mangsa Kemalangan Daripada Maut

August 28, 2010

Kemalangan lagi.. asyik2 kita bercerita pasal kemalangan ngeri yang membabitkan nyawa kan.. x syok r.. hari2 dah biasa dengar. kali ni aku nk kongsi satu cerita pasal kemalangan kecil yang baru berlaku tadi.. walaupun kecil, tapi kemalangan jugak namanya.

First of all, memang xde gambar dalam ini cerita pasal aku malas nak berhenti. masjid dah memanggil2 tu suruh solat sunat tarawih. aku bukan zalim x nak berhenti, tapi situ kawasan sempit. kereta dah la banyak lalu lalang kat situ. kalau aku naik motor, konpem aku berhenti. almaklum la jalan utama yang menghubungkan kawasan perumahan aku dengan bandar. paham2 jela kan..

Tengah aku syok2 drive, tiba2 aku terdengar satu bunyi rempuhan. secara tiba2 gak, semua lampu jalan kat situ terpadam. haaa aku da syak memang kemalangan ni. sampai je kat tempat kejadian, sebuah pajero dok melintang tengah jalan, manakala bahagian hadapan pajero tu, melekat dengan tiang lampu jalan.

Alhamdulillah, dek kerana sebatang tiang lampu jalan tu la, nyawa pemandu pajero tu terselamat. kalau xde lampu tu, sah2 pajero tu terjunam ke kawasan bawah bukit yang padat dengan rumah2 penduduk. macam mana pajero tu leh langgar tiang lampu tu pun aku x taw sebab jalan kat situ lurus je. mesti ngantuk time drive ni. x pun mabuk. haha pandai2 je aku buat andaian sendiri.

Tapi tulah, di sebalik kejadian ni, aku nak nasihatkan pada sapa2 yang drive tu, berhati2. jangan drive kalau ngantuk. jangan on the phone time drive. silap2 nyawa boleh terbang woo. lagi2 nak dekat raya ni. sayangilah nyawa korang. ingatlah orang yang tersayang.

Teringat plak kisah Tabung Meletup...

psst~! kalau dah sampai ajal, memang xleh nak halang. cuma apa yang kita mampu buat, berdoalah kepadaNya agar umur kita dipanjangkan. dan harap kita akan mati dalam iman insyaAllah..
9 komen bernas

2 batang pen biru Kilometrico..

April 27, 2010

Asslamu'alaikum
hye smua. sihat?
aq da nk sihat sket dari demam aritu. alhamdulillah. xde da keperitan nk menelan air liur. seksa mase tu. rase mcm nk buang je tekak hehe grau je.
entry kali ni psl pen kilometrico. ape plak la cerita Hari Baru kali ni. aritu psl Kerana RM10. hehe kali ni sbbnye kereta kesyngnku dilanggar org! waaa.. korg tgk ni gmba ni.


walaupun xkemek sangat, tapi calar balar da. dala kete aq kaler hitam. yg langgar tu plak myvi kaler hijau pisang. saba jela. ni aq ade buat lakaran mcmane kete aq tu dilanggar..
p/s : maafla yer, lukisan cakar ayam ;p
ok. kete aq yg kotak kaler hitam tu. aq nk exam aritu, tp lupe plak nk bawak pen. so aq ingt nk singgah kedai alat tulis beli pen biru. tup2, pen kilometrico je ade. aq sambar jela. ok berbalik pade citer asl. aq da bagi signal ke kiri sbb nk masuk park [kete biru air laut tu nk kua da]. agak lame jgakla de nk kua, aq pn wat2 relax la. xkn nk kua plak kn. tgh aq leka tym2 relax2 tu, mata kanan aq dapt tgkap 1 movement yg buatkn aq neves di sebelah kanan. yes! kete myvi hijau tu ngn slambanye reverse tanpe toleh ke belakang. aq hanya mampu bunyikn horn tatkala kete hijau tu da smakin hampir. akibatnya. PWERKKKKERKKKK!!
ape yg akn korg rase mase tu? hati aq da panas. demam plak tu, pkran tgh byk ngn ilmu nk exam lpas tu. aq amek kptusan, xnk kua dar kete. then owner myvi tu kua mintk maaf kt aq. owner tu bawak family ade ank kecik, so aq mls la nk bertekak ke ape. aq just hanggukkn kpale tnde setle. akhir skali aq park jugak kete aq kt situ. ngn muka masam, berjalan ke kdai alat tulis, and last ayat aq utk kejadian aritu, abg, pen biru ada? ada tp KILOMETRICO saja..
sekian.. sabar itu sebahagian dari iman :)
10 komen bernas

Achik Spin meninggal dunia

April 17, 2010


Innalillah...
baru2 ni kita baru dikejutkn dengan pemergian Allahyarham Din Bramboi ke rahmatullah.
berita terbaru plak, Allahyarham Achik Spin pergi meninggalkn kita kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas mnjayakan rancangan Hits 1 di Angkasapuri RTM.
kereta yg dipandu oleh arwah telah mlanggar signboard dan terbakar.
ape2 pun kita tngu berita yg selanjutnya dari media.
Al-Fatihah.....


Toyota Estima mangsa yg terbakar slpas mlnggar signboard..
9 komen bernas

Kerana RM10..

assalamualaikum

sdeynyeee...

np? keretaku dikopak org
bile? pagi waktu post ni ke udara
kt mane? taman tasik titiwangsa

woi mat gian! akai ada?? beragakla sket smpi nk kopak kete aq. aq dtg situ nk jogging je. bukn nk cari psl ngn ko. abeh jahanam pintu kereta nye kunci. ko taw x bp hengget aq nk habes repair bnde alah tu? bengong tol la ko ni.. dasar penagih x bertempat.

korg taw sbb ape aq tuduh mat gian nih? bnde yg ilang dlm kete aq hanyalah RM10! sedangkn touch n go yg berisi ratus2 tu de xnk amek plak. logik kn? RM10 je kot. tp ko ni mat gian, da meroskkn kete aq. ksian kt mmbe aq. dala duit rm10 tu bermkne bg de. ilang skelip mate je. arghhh ko kalu nk menagih, jgn nk libatkn org lain. mmgla jumlah yg hilang tu sket je. tp ko ni mnambhkan lagi sakit hati aq ngn mat2 gian. perghh!

so beringtla sket ye pd yg bawak kenderaan. lagi2 waktu pagi subuh, berhati2. kalu da berusaha, tawakkal jela. bile da kene, redha. aq maafkn ko mat gian sbb xhilang bayk. lg skali kalu aq kne lagi situasi cmni, pndai2la ko cari kemaafan kt org. jgn da kne bantai nnt baru nk sujud mnyembah mintak ampun. pandai wat pandai tanggungla.

ni snapshot pintu kereta aq. tgk kedudukan lubang kunci tu. senget! cantik x keje si mat gian tu? aq respek de sbb xde calar balar. tp jahanam aq xle nk kunci kete. dala alarm pn rosak. cehh!






psst~! manusia sekarang semakin terdesak untuk mencari duit..
9 komen bernas