KUALA LUMPUR: Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa rombongan belia terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam tadi.
Kemalangan membabitkan bas yang membawa 44 penumpang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas itu berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata bas berkenaan yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan.
Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam.
Beliau berkata, bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.
Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berkejar ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah bas.
Mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur. - BERNAMA Sumber
Senarai mangsa yang maut adalah:
- Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14
- Mohd Amirul Muhamat Isa, 13
- Mohamad Firdaus Rosedi, 16
- Mohammad Yussof A. Akhit, 16
- Mohd Ridzuan Husin, 17
- Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17 sumber
- Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28 (meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang)
Kenyataan salah seorang mangsa,
Mohd Zairul Hafizat, 15, yang mengalami cedera ringan ketika ditemui di HKL berkata kemalangan berlaku ketika hujan renyai-renyai.
Dia yang baru tersedar dari tidur ketika kejadian mendakwa bas itu terbabas akibat brek bas yang "tidak makan". sumber
Psst~! jalan-jalan di genting sempah tu memang berbahaya.. berbukit-bukau ditambah pula dengan jalan yang berbengkang-bengkok dan curam.. aku paling takut drive kat situ.. tangan tu sentiasa je pegang handbrake, takut2 brake pad haus.. bau hangit macam benda terbakar kat kawasan tu memang da biasa sangat, bau brake pad haus..
Alfatihah buat kesemua mangsa~
15 komen bernas:
lagi kemalangan maut n bas terbalik. takziah pada keluarga mangsa...al-fatihah~
takziah pd keluarga mangsa yg terlibat..al-fatihah..
dlm bulan ni saja dah 2 kemalangan maut membabitkan bas...takziah buat semua keluarga mangsa
xkan naik bus lg....pakcik tau ajal maut di tangan Allah, tp biarlah pakcik x naik...lg bgs...
ko sj bg pakcik x tdo kan
@Parkcheek Mooda
haha awat plak pakcik?trauma ka?
takziah buat keluarga mangsa..
ak baru tahu berita ni subuh tadi sbb tak main laptop dari lepas maghrib..pas subuh baru tahu..
takziah buat keluarga mangsa..
kesian tul dah banyak tul kes di kwsn nie berlaku kemalangan
takotnye nak naek bas..
masih kemalangan bas lagi
dah berderet dah ni
kerajaan mesti kena buat sesuatu untuk elak hal macam ni lagi
al-fatihah dan takziah kepada keluarga mangsa ;)
keadaan kat situ memang bahaya. jalan yg curam, berbengkok2. tambah pulak waktu maghrib.
memang takut betul kalau lalu situ waktu maghrib. sebab suasana akan jadi macam sangat sibuk compare to waktu siang even jumlah kereta yg ada lebih kurang sama dengan je jumlah waktu siang.
kenape yg meninggal budak2 je??
@kela0t
yang dalam bas tu ramai budak2 lagi, ahli2 belia 4b..
SEKARANG MMG RAMAI YG TAKUT NAK NAIK BAS SBB SESEPARUH PEMANDU BUAT SAMBIL LEWA/PENTING DGN X PENTING NYAWA YG BERADA DI DALAM BAS.DAN PENYALAHAN GUNA DADAH MAKIN BERLELUASA SAMA JUGA DGN MINUMAN KERAS.TINDAKAN TEGAS DIKENAKAN KPD PEMANDU CUAI..PELBAGAI NASIHAT OLEH KERAJAAN TAK DI ENDAHKAN.PARA PEMANDU PIKIRLAH NYAWA ORANG LAIN SAMA JGN PENTING DIRI SENDIRI.
Katakan sesuatu...