kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit , 10 minit itu saja ingatanmu padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu tidak bersyukur padanya… kamu pada dahulunya amat susah. Allah yang memberi rezeki kepadamu, dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu, membeli rumah , kereta dan sebagainya… tetapi hatimu masih belum puas, kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman temanmu, menyakiti hati mereka, menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu, dengan ibadah kamu, dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redha dengan apa yang ada di sisi kamu itu.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu ,menggunakan wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.
Sumber
Psst~! sesungguhNya Allah itu Maha Besar, Subhanallah...
11 komen bernas:
salam..
betul apa yg dikatakan itu..
p/s: mood muhasabah diri
setuju sangat afiq, ramai yg solat tapi masih byk yg lompong sana sini... peringatan utk diri sendiri juga~
Sembahyanglah kerana Allah taala...
rase sedih pulak bace ni...:(
rasa lalainye diri...
ingat lima perkara sebelum lima perkara...
peringatan untuk diri sendiri juga...
n3 yang baik afiq...
peringatan yang baik.. tak Afiq
setuju dik... manusia mmg tka sempurnakan... kadang2 bila sidia rasa diri sudah terllau komplet dia lupa perasaan dia yg rasa dia komplet itulah yg sebenar2nya dia tak komplet... hishhh apa aku tulis ni.. harap kamuu paham.. wakakkakakka
Setuju bro.. sama jugala persoalannya tatkala mna prempuan free hair berkta "i solat juga 5 wktu, yg pempuan btudung tu lum tntu solat". Mentaliti kita sekrg, hnya mengerjakan mna yg kita mahu. Perinth Allah bukn berbntuk pilihan, wajib dilaksanakan, cuma ada kelonggaran mgikut keadaan. sperti puasa org musafir. Jika diliht pda topik, kita solat tp msih buat bnda xelok. kerna kekhilafan manusia itu sndri. solat bukn skdr d jga waktunya, tetapi seluruh kecantikan solat itu d jga. Barula prkra di atas insyaAllah dapt dihindar. kerna solat itu mncegah kemungkaran. ykni solt yg mncegh kmungkaran ialah solat yg ditrimanya atas kekhusyukan dan keikhlasan kita. erk? panjg pula.. hehe.. sekdr pndangan bersma =)
salam..
Setuju sangat dgn apa yg dikatakan..ada yg sampai bertanda didahi tapi sikap tetap sama.
ohoooo. artikel yg bages afiq! =) nati mesti org yg bace terpikir2. =)
ingatan untuk diri sendiri....
Katakan sesuatu...