Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Nyawa di hujung tanduk

July 22, 2011

Assalamualaikum,

Kabare semua? mengikut statement dalam dashboard, sudah 2 minggu yer aku tak update blog. seakan-akan aku ini tidak punya blog gitu? maafin aku ya dong walaupun aku tak bersalah, benda lain yang patut disalahkan, tapi tak patut disalahkan.

Sebenarnya aku buka je blog, tapi tak mau update sebab tak tahu nak tulis apa. just passing by tinggalkan angin kus-kus. macam pokok bunga, kena siram dengan air baru segar dan tumbuh menyinar kan? sama lah macam blog, kena tinggalkan sesuatu baru trafik berjalan. tapi alhamdulillah, trafik aku still berjalan macam biasa, nuffnang still give a chance by sponsored me their buffered earnings, and guest what? aku dapat tiket wayang free!



Masalahnya aku tak collect lagi tiket tu, office nuffnang pun aku tak pernah pergi lagi. nak pergi bila yang buat aku runsing, dengan kerja lagi, fuhh, bukan senang nak dapat tiket wayang free. 4 keping kot. haih nanti2la aku fikirkan. banyak masa lagi rasanya. anyway thanks a lot to NUFFNANG. afiqbukhari.com still have you.

~

Dah seminggu aku kerja shift malam, dari pukul 11 malam sampai pukul 7 pagi. dia punya ngantuk jangan cakapla. tersengguk-sengguk tahan kepala dari jatuh ke bawah. kerja memang tak banyak, tapi banyak duduk sebab customer pun ramai yang tidur waktu-waktu macam tu. siapa jela nak isi minyak tengah pepagi buta melainkan manusia yang rajin mencari rezeki dan manusia yang rajin tolak rezeki.

Kerja shift malam memang bosan. plus high risk. pernah sekali, ada customer ajak aku berborak-borak. gila ke apa? pukul 2-3 pagi, time aku tengah kerja dia ajak aku berborak kat luar kedai. katanya hal peribadi. kau ingat aku bodoh nak ikut arahan kau? walau apa pun terjadi, aku takkan buka pintu kedai melainkan nak pergi tandas dengan solat subuh. last-last aku suruh dia cakap depan cermin tu sebab nak ajak borak sangat kan.

Adik, sebenarnya abang malu nak cakap. tapi nih dah terdesak sangat. abang kenal owner stesen minyak ni, member abang jugak. ingat nak pergi minta tolong kat dia, tapi mungkin dia tengah tidur sekarang. sebenarnya anak abang kat klinik sekarang, ambil ubat tapi masalahnya abang tak cukup duit nak bayar. so abang ingat, kalau adik simpati, abang nak pinjam duit sikit, abang tinggal IC abang dekat sini.

Err aa err.. aku serba salah. tapi kalau dah terdesak sangat, kenapa tak pergi minta tolong terus kat owner stesen minyak ni? kata kawan. aku ni staff merangkap kuli batak kawan dia je. siapa yang lagi tinggi?

Bang, saya minta maaf sangat-sangat. bukan tak nak percaya, tapi saya tak berani nak tolong abang waktu-waktu macam ni. plus saya still sayangkan nyawa saya, banyak lagi yang saya belum tempuh. lagipun kalau saya nak tolong, duit ni semua bukan hak saya. sorry bang.

Tak apa dik, abang paham. abang akan usahakan nak jumpa member abang tu. assalamualaikum.. 

Alhamdulillah tak ada apa-apa yang buruk berlaku, aku on facebook mobile then terus updated status,

"saya bukan apa bang, ini hak orang. kalau boleh tolong dah lama saya tolong, abang merayu macam mana sekali pun, saya tak berani nak tolong abang dengan hak orang, terima kasih."

Psst~! jangan tolong kalau was-was, takut lain pula jadinya nanti. buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
6 komen bernas

Aku tetap setia kepadamu

March 21, 2011

Assalamualaikum...

Dulu aku ada kekasih sehidup semati.. bercinta bagai nak rak, setia sampai ke penghujungnya.. hujung? ahaaa da clash da la tu.. tapi aku tetap setia. 'lelaki memang setia kan?' statement berani mati ni.. confirm sat lagi aku kena boh dengan wanita-wanita yang tak suka dengan statement ni.. tapi kalau aku cakap 'wanita memang setia kan?' macam mana plak.. vice versa la jawabnya..

Bukan pasal cinta yang aku nak ketengahkan kali ni.. tapi pasal pengiklan di blog aku.. dari awal aku menubuhkan blog afiqbukhari.com sampailah sekarang, aku tak pernah menduakan pengiklan aku.. memang dialah dari awal sampailah ke akhirnya. memang tak terniat langsung nak menduakan atau meninggalkannya.. oh nuffnang ku..

Aku tengok sekarang, ramai rakan-rakan blogger bertukar ke pengiklan yang lain. ada kemajuan di situ.. kalau bertukar, maknanya blog semakin hebat. tak pun meraka sekadar mencuba benda yang baru. tak salah pun. hak peribadi masing-masing. selesa itu perlu bila melakukan sesuatu. kalau dah tak selesa dengan yang lama, tukar yang baru.

Aku nak ucapkan tahniah dengan prestasi rakan-rakan blogger yang semakin cemerlang. berani mencuba sesuatu yang baru.. tapi aku still di takuk yang lama.. still dengan nuffnang, setia dengan nuffnang. biarlah earning seciput mana pun, asalkan afiqbukhari.com dipenuhi dengan iklan-iklan dari nuffnang. aku suka tengok iklan bermain-main didalam afiqbukhari.com. nampak macam hidup dan berseri.

Buat blogger yang masih baru dan mahu berjinak dengan nuffnang, sabar itu perlu. duit bukan datang bergolek terus kepada kita, tetapi kita yang kena kejar. kejar yang macam mana? bergantung kepada usaha kita sendiri. kalau rajin dan yakin, berbaloi-baloilah nanti ganjarannya. tapi kalau goyang kaki shj, duit pun turut sama bergoyang kaki. nampak? sabarrrr!

Psst~! walaupun satu sen, tetap bernilai. kalau dah kumpul sejuta sen, tak sejuta? tak paham betui aku(pinjam ayat leman sat)

Meh baca kisah sedih aku dengan google adsense kat sini.
16 komen bernas

Selamat Tahun Baru Cina 2011, Khurafat, dan Surat.

February 2, 2011

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru Cina 2011

Apa plan di cuti-cuti raya cina kali ni? tak nak penuhkan jalan raya ke? tak nak penuhkan hotel-hotel, chalet-chalet dan rumah tumpangan ke? tak nak penuhkan masa cuti ke? mehla bercuti sakan bersama keluarga. bukannya selalu dapat berkumpul beramai-ramai. makan malam bersama, berhibur bersama, berlawak bersama, berehat bersama... tapi fuhh!

Nak pergi bercuti pun akan menjadi satu masalah kalau tak dirancang awal-awal. semuanya kena plan dengan betul dan teratur. kalau buat keputusan last minute, huru-hara la jadinya nanti. jalan jem la, bilik hotel fully booked la, macam-macam.. apa-apa pun, buatlah keputusan dengan bijak, jangan kerana kesalahan diri sendiri, salahkan orang lain. memang bara.. apa-apa pun, selamat tahun baru cina dan selamat bercuti :D

--------------------------------

Tahniah Mr. Syamsul Yusof

Aku dah lama tak tengok wayang. biasanya aku tunggu dvd keluar baru aku pergi beli dan tengok. tapi hari ni aku telah pecah tradisi, pergi tengok wayang. ceritanya khurafat. perghhh! duduk di seat paling hadapan. teleng dah kepala aku zzz.. aku nak suggest sikit kepada panggung wayang, tak payah jualla tiket untuk seat depan sekali, bukannya dapat tengok wayang dengan selesa pun.. dahla duduk depan sekali, screen plak besar, mata tak dapat nak fokus untuk the whole screen... serius aku tak dapat nak concentrate bila duduk di seat depan. customer is always right, rite?

Aku dengar cerita ni scary. scary tang mana aku tak tahu, itu pasal la aku pergi tengok.. bagi aku hantu dalam cerita tu memang agak menakutkan sebab suka muncul waktu kita tak suka dia muncul. memang melatah terkejut la. lepas tu pengisian cerita memang terbaik. banyak nasihat dan pengajaran yang kita boleh cedok. lagi satu aku tak sangka yang endingnya macam tu. macam mana? pergila tengok bagi siapa yang belum tengok lagi. rasai sendiri pengalaman berdepan dengan hantu, face to face.. memang patutla cerita khurafat dapat untung berjuta-juta, tahniah Mr. Syamsul Yusof!

--------------------------------

Surat

Setelah begitu lama menunggu surat daripada HSBC Bank Malaysia Berhad, akhirnya tiba jua ke tanganku. alhamdulillah, makin bertambah rezeki dari hari ke hari. terima kasih kepada Nuffnang dan my loyal readers. siapa kata dengan blogging, tak dapat nak menjana duit? sebenarnya boleh je kalau kena dengan cara dan usaha. tengok macam redmummy yang serba merah tu, pendapatan sebulan lebih dari RM10k kot. bagi golongan yang menafikan kenyataan 'blog boleh menjana pendapatan', anda adalah orang yang cepat berputus asa..

Dan surat kedua aku ialah surat konvokesyen. wuuuuu dah lama aku tunggu surat ni. penat lelah aku belajar selama ni akhirnya berhasil. dapat jugak aku konvo nanti macam orang lain. kalau tak, dulu gigit jari jela bila tengok gambar orang konvo. meleleh air liur huhu. kepada yang sudah konvo dan bakal konvo, tahniah dan kepada yang sedang berusaha untuk konvo, all the best and goodluck!

Psst~! 'kalau kail panjang sejengkal...... belila yang panjang sikitttt' haha tak boleh blah langsung pantun si nazmi raja lawak 5 nih.
30 komen bernas

Maxis Om Nom Nom Race - Buffered earningku yang pertama

January 12, 2011

Assalamualaikum...

Om nom nom... kap kun kaiii.. woppp!! alhamdulillah, akhirnya muncul juga buffered pertama afiqbukhari.com untuk tahun 2011.. agak lama sebenarnya menunggu. terima kasih Nuffnang. terima kasih Maxis. buffered kali ni berkenaan dengan event yang dianjurkan oleh Maxis, 'food edition' di mana para peserta perlu berlumba against time to complete various food challenges all around Malaysia.. mana-mana blogger yang memang fanatik dengan Amazing Race Asia, bolehlah join. 60 bloggers diperlukan untuk menyertai event yang best ni.. hadiah pun lumayan.. tak caya meh tengok sini, Maxis Om Nom Nom Race.

Kalau sesiapa yang berminat nak join this event,

Date: 15 January 2011 (Saturday)
Venue: Modesto’s, Ground Floor, Capital Square, 7 Persiaran CapSquare 50100, Kuala LumpurTime: 8am-7pm (all participants must register before 9am)
Dress code: customized “The Maxis Om Nom Nom Race” T-shirts will be provided (please indicate your desired size in your blog post entry)

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, sila layari Maxis Om Nom Nom Race.


Psst~! dalam banyak-banyak makanan, makanan free yang paling sedap..
20 komen bernas

Duit ohh duittt...

January 7, 2011

Assalamualaikum...

Tiap-tiap minggu kalau nak ulang-alik dari Melaka-KL, boleh bercantum lubang hidung nih. setiap kali balik, ongkosnya sudah RM50. baru sehala. kalau dua hala, RM100 kan.. perghhh kalau dalam sebulan 4 kali ulang-alik macam tu, maunya tak RM400.

Jangan ngada-ngada nak buat camtu. tak pernah dibuek orang selain orang kayo. RM400 tu aku dah boleh makan sedap-sedap dah dalam masa sebulan. tu belum campur dengan duit rumah sewa, makan, buku teks tebal, biskut dan jajan.. macam-macam lagi lah.

Mana aku nak cekau duit ni? nak tak nak, kena buat loan gak. hal ptptn ni pun belum setle. due date 15/1 ni... cek nuffnang pun belum sampai lagi. aku agak lagi sebulan lebih baru sampai cek tu. wuuu.. awal-awal bulan dan tahun ni memang nak kena pakai banyak duit. kalau tak, jadi katak di bawah tempurung jela *huhu



Duit ohh duittt...


Psst~! susah betul nak belajar sekarang ni kalau takde duit...
17 komen bernas

Prestasi Blog AfiqBukhari.com

January 4, 2011

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak bercerita tentang nuffnang. kalau cerita, bukannya boleh membanggakan korang pun. sebab trafik afiqbukhari.com tak setaraf trafik blog Cik Mat Gebu, Ben Ashaari, Dahlia's Journal, Tubelawak, dan macam-macam blog lain yang gempak lagi lah.

Tapi setakat ni alhamdulillah, setiap minit tu pasti ada pelawat@silent readers yang masuk ke blog afiqbukhari.com. walaupun seorang, tetap akan dikira sebagai pageview's. dah tak macam trafik masa mula-mula berblog dulu, kena aktif blogwalking, promote blog sana-sini, baru trafik masuk. hati kena tebal beb untuk promote blog tu. blog aku ni blog peribadi. tak semua suka baca blog peribadi kecuali cara penulisan tu menarik dan kreatif.

Aku tengok ramai yang buat entry tentang prestasi trafik blog dan nuffnang untuk ke sekian minggu dan bulan. aku pun nak buat jugaklah. tapi tak nak secara details, just bayang-bayang je.

Ok, firstly meh tengok senarai buffered aku setakat ni dari bulan lepas, Disember.

sikit je kan? nuffnang, boleh tak nak mintak buffer lagi?


Ni plak keywords untuk bulan lepas yang selalu melekat dengan afiqbukhari.com,



Gambar bawah ni plak tentang dari negara mana pelawat@pembaca afiqbukhari.com datang,

Orang Jepun baca blog aku? faham ke dorang?


Refferals, thanks to Fairosza.net sebab berjaya menempa nama di tempat yang pertama *hehe



Huhu setakat tu jelah aku boleh tunjuk kat korang semua. nak tunjuk earnings takut nanti dikata menunjuk-nunjuk plak. biarlah aku seorang je yang tahu *hehe

Psst~! nak maju dalam blog, kena banyak bersabar...
28 komen bernas

Angkara Banjir Lagi

December 21, 2010

Assalamu'alaikum readers... sekarang ni musim hujan. hujan selebat-lebatnya mencurah-curah ke permukaan bumi. kalau banjir disebabkan hujan lebat, manusia boleh terima lagi sebab itu kejadian alam ciptaan Allah SWT. tapi kalau banjir disebabkan kerakusan manusia(pembinaan), oh! sakit hati.



Tengok tuh. sampaikan bumper depan kereta aku pun boleh patah disebabkan banjir. padahal aku drive slow je time redah banjir tu. betapa kuatnya kuasa air subhanallah. tapi siapa penyebab banjir ni? manusia sendirilah yang sibuk nak naikkan bangunan sana, rumah situ, kedai sini. dah la tempat tu sesak. ditambah pulak kesesakkan dengan kawasan pembinaan yang baru.

Sekadar gambar hiasan.


Sudah-sudahlah tu nak kejar keuntungan. banyak lagi tempat lain yang kosong dan selamat untuk dimajukan. Malaysia ni bukannya kecil sangat pun. tak kan dah lupa dengan peristiwa Highland Towers kot??

Psst~! mana nak cari duit ganti bumper kereta tu? nuffnang pun tak bagi lagi buffer yang baru *hehe
27 komen bernas

Peringatan Sekali Lagi Tentang Click Fraud

October 26, 2010

Entry kali ni untuk blogger2 yang still baru dalam nuffnang.. walaupun benda2 camni nak dekat basi da, tapi still berguna untuk masa depan.. aku bukan apa, risau status 'glitterati' akan ditarik bila korang tulis macam ni kat dalam chat box, 'hai singgah sini. saya klik nuff awak'.. 'hai saya klik pizza dan nokia'.. 'saya dah klik nuff awak, mehla klik nuff saya plak'.. korang taukan apa itu click fraud? untuk blogger2 baru, click fraud tu...

Click fraud is defined as manipulating the number of clicks on ads, e.g. by clicking repeatedly on them, resetting your IP, or encouraging others to do so.

Nuffnang sendiri pun dah keluarkan satu statement yang amat pedas buat bloggers yang amalkan fraud click ni. mesti korang x explore habis kan menu2 dalam nuffnang tu.. try baca menu getting started dalam nuffnang. kalau x sayang pendapatan korang, tryla buat.. *senyum


There's really only one big "don't" when it comes to Nuffnang, and that would be to commit click fraud. Click fraud is defined as manipulating the number of clicks on ads, e.g. by clicking repeatedly on them, resetting your IP, or encouraging others to do so. While you're more than welcome to click on your own ads if you're genuinely interested in the products/services offered, manipulating your click count is a breach of Nuffnang's terms of service.
Bloggers who commit click fraud will have their earnings revoked, or even banned for repeat offenders. This is how we feel when we see click fraud occurring - :( :( :( We're not happy when we have to ban bloggers or revoke their earnings because of click fraud, so play nice, okay?

Kalau korang nak taw kenapa click fraud ni bahaya, meh baca entry aku yang ni, 'Kenapa Fraud Clicks Berbahaya'. try fahamkan.. entry tu dari pengalaman aku sendiri bersama pengiklan2 yang lain. so boleh dipraktikkan. sekali lagi, jangan amalkan click fraud.

Psst~! blogging ni biar jujur.. jangan semata2 nak kejar duit je. kalau niat tu x ikhlas, memang payahla rezeki nak masuk. lagi satu, aku minta maaf kalau ada mesej2 dalam chat box yang aku x sempat nak balas.. *senyum
23 komen bernas

Nokia C3 - Buffered Dari Nuffnang

October 21, 2010

Lama betul aku x bercerita pasal iklan nuffnang yang selalu bertempek dalam blog afiqbukhari.com ni. dan lame jugaklah buffer baru x muncul. xtawla sebab apa, trafik semakin berkurang kot, tapi dah stabil balik rasanya. kalau nak tau kisah suka duka aku dengan nuffnang, masuk sini. *senyum gigi terkeluar

Ramai yang tanya aku, x nak try pasang iklan innity ke? arghh x nak aku, gila ke nak curang dengan nuffnang? kang x pasal2 status bersih aku sebagai seorang pencinta yang setia hilang camtu je. my status is always Glitterati. aku xkn biarkan status 'kehormat' tu ditarik, kecualila kalau ada kesilapan teknikal yang berlaku seperti sebelum ni. ramai blogger kehilangan status Glitterati disebabkan kesilapan teknikal. tapi dah ok dah,kan nuffnang? *senyum amek hati nuffnang

Terima kasih kepada blogger ultraman88... disebabkan air liur masin dari mulut beliaulah aku dapat buffer.. 'dapat buffer baru ke afiq? asyik melekat je iklan tu.' haha soalan tula yang selalu diajukan dekat aku.. kalau betul masin mulut ko tomen, alhamdulillah aku akan dapat buffer yang baru.. dan yeahh memang dapat pun! *senyum sehingga x terhingga. Terima kasih jugaklah kepada pihak nuffnang kerana sudi lagi menghulurkan buffer kepada afiqbukhari.com..


Buffer dari Alliance Bank Debit Mastercar dan DiGi Postpaid YP iPhone tu dah lama ada dalam senarai buffered earnings aku.. alhamdulillah, itulah yang dinamakan rezeki. berbalik kepada nokia C3, phone dari nokia ni macam best je.. bentuk seakan2 blackberry kot.. harga pun murah, lebih kurang dalam RM500-+ je.. siap ade WiFi lagi!! macam nak sambar satu ni.. telefon sony ericsson aku pun dah nak jahanam huhu


Nokia C3 Full Specs:

▪ 2.4 inch QVGA display
▪ 320 x 240 pixel resolution
▪ 262K colors
▪ Series 40 User Interface
▪ Full QWERTY keyboard
▪ GPRS/EDGE
▪ Opera Mini
▪ Wi-Fi
▪ 2 megapixel camera with 4x digital zoom
▪ Media Player
▪ Stereo FM Radio
▪ Built-in hands-free speaker
▪ 55 MB internal memory
▪ 8 GB expandable memory
▪ 2 GB MicroSD card included
▪ 3.5mm headphone jack
▪ Bluetooth 2.1 with EDR
▪ OVI Chat
▪ OVI Share
▪ 7 hours talktime
▪ 20 days stand-by time

Psst~! jeles jugak dengan blogger2 yang dapat buffer sekali 3-4 serentak.. apa2 pun, rezeki masing2. bersyukurlah dengan apa yang kita dah dapat. thank you NUFFNANG!
35 komen bernas

Kenapa Fraud Clicks Berbahaya?

September 29, 2010

Assalamu'alaikum...

Nuffnang dah buat announcement tu..

Isu fraud clicks@click fraud ni sebenarnya dah lama bertapak dalam dunia pengiklanan online macam google adsense, nuffnang, bidvertiser dan mane2 lah yang seangkatan.. dan aku rasa ramai yang dah tau apa maksud fraud click.. untuk blogger baru, fraud clicks tu maksudnya dengan sengaja mengklik iklan dalam blog@website sendiri (dengan jumlah yang banyak dan x masuk akal) dengan tujuan untuk menaikkan CTR, clickthrough rate atau (dalam nuffnang, clickthrough ratio). tapi kalau kerana minat nak taw dengan lebih lanjut tentang iklan tu, x salah untuk klik. cuma jangan terlalu melampau. (yang ni aku belajar dari sis Dahlia)..

Aku ada kisah benar nak cerita dengan korang pasal fraud click ni.. dulu masa mula2 aku berblog, aku x kenal lagi nuffnang. aku hanya kenal goo*** ads**** je.. masa tu dalam tahun 2006 kalau x silap.. member aku ni memang kaki blog. dan memang kaki yang suka cari duit dengan cara online. dia lah yang kenalkan aku dengan blog.. dia ajar aku macam mana nak buat duit dengan goo*** ads****.. memang syok woo mase tuu..

Aku apalagi, jadi mata duitan la sebab mase tu, aku still student.. nak cari duit lebih la kan.. seminggu dua aku ngn member try cara tu.. berhasil woitt! memang bagi aku semangat untuk berblog.. duit terkumpul masa tu adala lebih kurang 4 ratus.. banyak kan? sampai masa aku nk cash out, goo*** hantar email yang tuduh aku buat fraud click.. so aku xdapat la nak cash out duit tu.. account aku pun terus kena delete.. huuu nak menangis pun ada sebab banyak masa terbuang bila buat benda tu.. sia-sia..

Lepas je daripada kes tu, aku stop blogging. aku stop semuanya yang ada dalam internet.. kira kes tu bagi aku pengajaran yang berguna untuk memulakan blog yang baru.. So jangan amalkan FRAUD CLICKS walaupun sekelik.. kesannya tersangatlah padah. korang nak ke nuffnang buang keahlian Glitterrati korang? aku xnak wei.. serik da dengan kes yang dulu tu.. skarang ni aku buat secara jujur. bukan nak kata aku ni skema, tapi untuk masa depan bersama nuffnang.. bro darkbatman ada cakap;

..sbb 2 ramai blogger lame ckp worth to stay with nuffnang.. sbb hasil kemudian hari sgt berbaloi cuma kn bykkan sbr..

haa tu orang lamo yang cakap.. kita ni masih baru, kalau nak jadi macam dorang, try ikut apa cakap dorang.. sabar tu yang penting sebenarnya :) so nasihat aku kat diri sendiri dan korang semua, JUJUR k.. kalau korang jujur, hasilnya amatlah berbaloi di kemudian hari nanti.. jangan klik iklan dalam blog korang sendiri dan jangan tubuhkan kumpulan yang berpakat untuk klik iklan masing2... kalau nuffnang dapat tau, abehla korang.. setengah harga jela korang dapat. x pun status keahlian korang dilucutkan..

Psst~! buat apa nak malu berterus terang kalau benda tu untuk kebaikan semua orang jugak..
14 komen bernas

iPhone 4 Untuk Dimenangi!

September 24, 2010

Assalamu'alaikum.. korang mesti ingat aku yang nak anjurkan contest iphone tu kan. xdela... sebenarnya ada iklan yang baru dari pihak Nuffnang iaitu Digi Postpaid.. so pihak Digi ni la yang anjurkan pertandingan yang menawarkan hadiah iPhone 4.. beb!!! iPhone 4 tu.. sapa yang nak bagi free?



Link - Spesifikasi untuk iPhone 4

The iPhone 4 – it’s the phone that needs no introduction. We’re sure you all already know about the stunning Retina Display, FaceTime technology, iOS4 and the all-new iMovie for iPhone video editing software, packaged in the distinctive glass and steel form typical of Apple design. It’s THE phone to be seen with, and after an agonizingly long wait, it’s finally here on Malaysian soil. The best part? DiGi is generously giving away one iPhone 4 to a lucky Nuffnanger, so listen up real closely if you want in on this!

So untuk memenangi iPhone 4 tu, korang kena masuk contest yang dianjurkan oleh Digi.. macam mana nak masuk? aku rasa senang je cara dia. korang tengok kat screen shot bawah ni.. klik kalau nak lebih jelas :) baca jangan x baca..



Eh bukan tu aje syarat2nya, korang kenala jugak buat satu entry dengan tajuk 'Digi iPhone 4 Me'.. berkenaan dengan badge tu (3), korang kenala lawat sendiri page contest tu kat SINI.. ataupun klik je kat iklan2 Digi yang keluar kat dalam blog ni.. kat situ lagi banyak details dorang dah terangkan.. rugi weh kalau x join.. iPhone 4 tuuuu :D yang lagi bestnya, korang leh tulis entry dalam bahasa apa2 pun.. melayu, english, mandarin pun boleh.. so korang jangan terlepas peluang keemasan ni.. INGAT!! tarikh tutup penyertaan 1 October 2010.

Sebenarnya aku buat entry ni sebab aku dapat buffer dari nuffnang.. berkat hari jumaat yang mulia dan suci ni, alhamdulillah.. terima kasih bebanyak nuffnang.. korang memang terbaik... NUFFNANG! NUFFNANG! so pada mana2 tuan blog yang belom pasang iklan nuffnang dalam blog korang, sila pasang yer :D


psst~! sapa yang pernah pakai iphone versi sebelum ni? best x? aku rasa macam best.. :D
20 komen bernas

Buffered Sempena Raya Dari Nuffnang

September 7, 2010

Assalamu'alaikum...

hehe gembira x terkata.. thankx to nuffnang kerana bagi buffer kat afiqbukhari.com sempena raya ni. dah lama rasanya afiqbukhari.com x dapat buffer sejak bertukar domain hari tu. kiranya buffer tu sebagai duit raya dari nuffnangla kan haha TQ2..


Kali ni afiqbukhari.com dapat buffer dari company Nike plak..perghh Nike tu.. antara pengeluar barangan sukan yang top dan popular kat dunia. siapa x kenal logo 'right arrow' ke atas. pemain bola sepak antarabangsa pun pakai barangan Nike. Nike dah menghasilkan banyak produk2 yang berkualiti untuk kemudahan bersukan. contoh macam baju, seluar, kasut sukan, bola, jam tangan, dan macam2 lagi la.

Aku rasa mesti ramai yang dapat buffer Nike ni kan. hehe congratz untuk korang jugak. jomla sama2 kita meriahkan lagi kempen Nike City ni. untuk maklumat yang lebih lanjut, meh masuk website Nike kat SINI. atau klik je kat gambar bawah ni.


psst~! pada yang x dapat lagi, InsyaAllah korang mesti akan dapat punyala. nuffnang tu memang baik hati.. kalau x caya, tanya para2 otai blogger macam sis Dahlia, bro Darkbatman, Lanun n ramai lagilah :D tanya jangan x tanya pasal, kalau x tanya nanti sesat jalan hehe
0 komen bernas

Yeah! Nuffnang Dah Tak Merajuk

August 21, 2010

Assalamu'alaikum...

haha tajuk xle blah siap nak pujuk nuffnang lagi.. ekeke sorry nuffnang.. biasala tu.. tajuk kenala gempak2 sikit.. baru best orang nak baca.. kan korang? kalau x, xpela.. aku low profile je lepas ni hehe

refer balik kat entry aku yang sebekum ni, NUFFNANG MERAJUK DENGAN AKU KE??  sebenarnya masalah tu da boleh dianggap selesai dah. aku rasa masalah tu bermula dari aku tukar domain lagi.. tu yang buffered dok maintain x bergerak2 even dah masuk sminggu aku tnggu payment update.. rasa musykilla kat situ.. trafik ok je naik.. huhu

klik untuk tumbesaran

semuanya bermula dari blogger femes kite, DaHLia's Journal. korang kenal kan? mesti kenal punye lah.. dialah yang bagi cadangan soh tuka url kat dalam blog manager, nuffnang.. dia sound aku, 'mcm sis, sis tukar URL blog ...so, buffered akan direct menempek...' aik? aku  rasa aku dah tukar.. tapi bila diperiksa balik, url blog aku dalam blog manager tu just afiqbukhari.com... xde WWW kat depan... (betul ke sangkaan aku ni? boleh x tolong aku check korang punye url kat dalam blog manager tu? hehe thnkx yer..)

haha baru aku perasan.. domain aku ni bermasalah sikit rupanya. kalau search afiqbukhari.com kat kotak url tu, resultnye error 404. korang mesti dah familiar dengan error tu kan.. padanlah buffered x melekat dengan blog aku.. rupa2nya selama ni, nuffnang bagi earning buffered tu kat blog 'error 404' rupanya.. huhu xdak rezeki namanya..

klik untuk tumbesaran

so aku berbual la dengan blogger yang menolong aku untuk bertukar domain ni, Jericho namanya. ni blog dia, www.stewardjohn.com. dia kate kat aku, 'dekat blogger.com Settings? PublishinG TU, ada tak tick kat "Redirect afiqbukhari.com to www.afiqbukhari.com?' hurm, aku masuk blog setting then tengok.. hah!! aku BELOM tick lagi rupanya!!!.. wakaka tergelak sakan aku..

padanla x dak Ong, aku x tick lagi rupanya. cehh.. abeh tu, yang sebelum ni aku tick apa?? jeng jeng jenggg... misteri nusantara sungguh.. so korang, nak bertukar ke [dot]com leh je.. tapi kena selalu alert.. kalau x paham, rujuk SIFU korang balik hehe

psst~! abang2 dan kakak2 nuffnang, ok x dengan cara penyelesain yang aku buat sendiri ni? :)
25 komen bernas

Nuffnang Merajuk Dengan Aku ke?

August 20, 2010

Assalamu'alaikum..

Hehe jangan percaya tajuk kat atas tu.. saje nak buat gempak... tapi mungkin ya jugak kot... sejak aku bertukar domain dari minggu lepas, Buffered Earning aku kurang aktif... kenapa yer? afiqbukhari.com still mencari identiti lagi ke dalam enjin carian? hehe

cuba tengok nih...
klik untuk tumbesaran

Tengok kat nama blog tu, still blog si biru sampai sekarang.. macam mana pihak nuffnang akan kira ek? kira 'burn' terus ke? kalau trafik, memang kira burn da.dala trafik baik punya hari tu huhu... cuba tengok plak dekat buffered yang aku mark tu... sebenarnye aku dapat buffered tu serentak.. tapi still untuk domain blog si biru lagi..

Tu la akibatnya.. pkul 11 malam pada hari yang sama, hang p tuka domain.. masuk je pukul 12am keesokkan harinya, trafik analytic kat dalam nuffnang ciput je.. haha penat lelah satu hari dok mengumpul trafik tergadai macam tu je.. tobat x mau buat dah pasni...

Apa2hal pun aku bersyukur sebab aku still dapat buffered lagi sampai sekarang.. iklan nuffnang still muncul jugak walaupun x sekerap macam dulu.. tapi xpe.. aku anggap itu adalah risiko yang aku kena tanggung selepas bertukar domain... maybe ia akan mengambil masa untuk afiqbukhari.com mendapat tempat dan nama dalam enjin carian dan nuffnang..

Aku pernah terbaca satu artikel tentang persoalan yang berlegar2 dalam setiap fikiran nuffnanger ni, kenapa blog yang masih mentah boleh mendapat buffered lagi awal dari blog2 yang dah lama bertapak??.. okeh aku kreditkan kat sini, Terjawab : Kenapa Blog Yang Trafik Rendah Boleh Dapat Buffered Ads dari Nuffnang? . selamat si Lanun ni direct terus bertanya kepada pihak nuffnang dan jawapan yang dia dapat memang betul2 memuaskan....


Ehh, dok termenung ape lagi tu? aku x nak bgtaw korang secara details.. cepat pergi baca kat SINI hehe


psst~! aku sayang nuffnang sorang je!! :D
40 komen bernas

Blogwalking Dalam Gelap Boleh Buta?

August 12, 2010

Assalamu'alaikum...

Bonda aku kata jangan tengok televesen atau benda2 yang cerah dalam gelap takut nanti rosak mata...

Hurmm aku da terbiasa macam tu. xtaw napa. n aku x suka nak bukak lampu sebab lama2 nanti suhu naik mendadak sebab haba yang lampu tu hasilkan.. bilik aku ni dala panas sejak azali lagi.. ehehe

Korang tgk gambar yang aku amek ni... ni la tempat selalu aku blogwalking ngn menulis entry. nampak x iklan nuffnang 'OSIS' tu? ekeke agak2 korang la kan, sakit mata x?

Klik untuk tumbesaran
Bagi yang selalu tengok tv dalam gelap ataupun mengadap laptop dalam gelap, korang mesti perasan kan bile nak beralih pandangan dari tempat gelap ke tempat terang, pandangan mesti silau sekejap. berbeza plak dengan kes pandangan dari tempat terang ke tempat gelap. pandangan jadi gelap segelap2nye.. huhu meraba2 nak cari suis lampu kan.. hurm jangan selalu amalkan sebab risiko nak mendapat 'eyestrain' atau dalam bahasa melayu nye 'kelelahan mata' tu teramatlah senang.

"Eyestrain can occur when the eyes are fixed on an object for a long period of time, there is poor lighting, or there is glare,” explains John Bullough, Ph.D., lighting scientist at the LRC and lead researcher on the television study. “One scenario believed to cause eyestrain is watching television in a dark room..." sumber penuh dari www.sciencedaily.com.

Should you watch television in a dark room?
No, most Lighting Engineers and Vision Specialists recommend that the room have soft overall lighting for watching television. When the room is totally dark, the contrast between the television screen and the surrounding area is too great for comfortable and efficient vision. When the room is softly illuminated, this undesirable contrast is kept to a minimum. sumber penuh dari www.eyeinstitute.co.za

Ha camne? berpuas hati dengan jawapan tu? o0o0 korang nak pakai spek mata plak sebagai alternatif lain? try tengok jawapan ni plak..

Should you wear sunglasses while watching television?
Generally speaking, the answer is no. Sunglasses shut out too much light for clear vision and, if worn when not needed, tend to make it difficult for the viewer to adapt promptly to normal light. sumber penuh dari www.eyeinstitute.co.za

Haha see? x elok sebenarnye... betulla apa cakap bonda aku tu. so aku kena kurang kan la pasni demi nak menjaga mata yang aku sayangi ni. kalau boleh aku x nak pakai spek sampai lah aku mati. insyaAllah..

cakap pasal pakai spek ni, pernah tengok baby2 cute pakai spek? hehe meh tengok sini sat, Specky Baby.

psst~! layan movie dalam gelap memang syok. macam kat dalam panggung wayang. haha
14 komen bernas

Siapakah Gerangan 'leya sizuka' ?

July 31, 2010

Assalamu'alaikum...

Penat haih hari ni drive pergi Bangi, ada tahlil & jamuan makan sikit dari jiran lama aku(lame rasanya x jumpa korang sekeluarga, teringat masa kocik2 dulu haha). balik je rumah, terus bukak laptop. aiyak, tenet lom bukak lagi. malas betul aku nak naik tingkat atas ni. last2 mintak tolong mak aku bukak kan ekeke...

Giler r Afiq balik2 terus bukak laptop. kot yer pun, berehatla kejap.. aku xmau~! rindu nak tengok blog. haha

Hari ni aku saja gatal tangan nak cek keywords dalam nuffnang... aik, sikitnye? penangan Benci Bilang Cinta pun dah berkurang. biasa banyak je orang search. huhu tapi yang aku pelik, siapakah gerangan 'leya sizuka'? kenapa tiba2 muncul dalam keywords aku?

klik untuk tumbesaran

Siapakah dia? siapaaaaa? aku x kenal langsung. adakah dia manusia atau nama tempat? adakah dia makwe Nobita????hurm.. terus aku google perkataan leya sizuka tu.. jeng jeng jengggg..

klik untuk tumbesaran

Zruppp!! keluar search list yang penuh dengan nama leya sizuka. 0o0o blogger rupanya. tapi betulkah apa yang aku cari ni? then aku try search dalam google images plak. yup! memang keluar gambar tuan rumah yang serupa. ini lah blog empunya si 'leya sizuka'..

klik untuk tumbesaran

Rasanya macam leya ni budak sekolah menengah kan? sebab ada target nak dapat 'A' dalam semua mata pelajaran, SPM. hehe so adik la eh.. apa2 pun jangan marah Afiq taw sebab buat review pasal blog kamu. x taw kenapa nama kamu boleh ada dalam senarai carian blog si biru. kalau x suka bgtaw eh... tapi xpelah. all the best k for your SPM(kalau x dimansuhkan la) ;)

psst~! macam2 yang keluar dalam keywords ni...
10 komen bernas

Sah! Memang itu Engkau!

July 7, 2010

sebenarnye da lama aku peratikan. benda ni da lame sangat dok menjelma dalam blog aku dalam mase 2-3 hari ni. cuma aku xnak berharap sangat. takut nanti tersalah tekaan. aku xnk jadi hidung x mancung, tapi pipi tersorong2. betul ke perumpamaan tu?! haha

aku da lame tunggu taw x. sejak dari kes aku tukar url ari tu lagi, Kembali Bertakhta. aku rase nak masuk sebulan da ko menyeksa aku. perghhhh~! sabar jela. tapi alhamdulillah, aku cek tadi, ko da menjelma kembali~! thnkx NUFFnang sebab ko bg jugak Buffered Earnings kat aku. satu pn satu lah. janji ade BE.


aku tobat lepas ni aku xnk tuka url da. aku taw korng marah sebab sebelum ni Hari Baru memang bagi keuntungan kat korang. tapi sekarang aku cuba untuk menaikkan Blog Si Biru plak. so apekata korang bg banyak sket BE tu hehe.

psst~! sabar tu sebahagian daripada iman... amin~!
12 komen bernas

Samsung SyncMaster EX1920-LED monitor

July 6, 2010

Assalamu'alaikum..

Aku saje je nak buat entry pasal LED monitor dari Samsung ni sebab aku dah beli. kalau korang nak taw, ni lah hasil dari pelaburan aku dalam nuffnang. haha sebenarnya aku topup sikit je duit aku. selebihnya dari nuffnang. kenapa aku nak beli LCD nih? apa yang istimewanya?

Ok. sebelum ni aku just pakai monitor yang digelar CRT. alaa, yang besar gedabak, macam kotak tu. korang taw kan, banyak tenaga elektrik dibazirkan akibat dari penggunaan monitor CRT. so aku nak mengurangkan pembaziran elektrik dalam rumah aku ni dengan membeli LED yang 'less power consumption'. lagi satu leh kurangkan haba. LED ni kurang menghasilkan haba sebenarnya.

Kalau nak taw lebih lanjut, meh tengok 'Features' tentang LED ni. err, sape2 yang pakai monitor kotak tu, mehla tukar.... xde duit?? aku pn xde duit.... leh je kumpul. tapi slow2la.... hehe ingat pepatah ni, 'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'. bukannnya membazir pun beli benda alah ni. fikir untuk mase depan. berkorbanlah sikit untuk sesuatu yang berguna. sambil menyelam, ktia minum la air, sambil2 tu, leh jimatkan eletrik.. hehe :)



Psst~! aku blogwalking pakai dekstop, bukan laptop.
5 komen bernas

Statistik Dalam Blogger in Draft-Fungsi Terbaru

July 4, 2010

Assalamu'alaikum..

Fulamakkk~!!, aku baru perasan!!! blogspot@blogger dah makin maju la. dah ada button untuk statistik blog kita sendiri. cun r! ini yang aku tunggu2 sebenarnya. kalau x sebelum ni, nak tengok statistik berapa banyak visitors masuk blog kita, mesti kena bukak nuffnang dulu. sekarang xpayah dah. yahuuuuu~!

Err, bukan aku suruh korang abaikan nuffnang ek, benda ni menyenangkan lagi sebenarnya. sebab aku suka sangat tengok trafik untuk setiap hari, post views berape, dari mana pembaca tu datang. senang kata, benda2 yang boleh menaikkan kepopularan blog kita. haha so lagi senang untuk aku menggunakan 'stats' dalam blogspot ni. tapi nuffnang akan ku buka hari2 gak sebab nak tengok buffered earnings dengan earnings yang lain2 ;)

TQVM kpd blogspot@blogger sebab prihatin dengan para2 blogger yang join blogspot@blogger. nah aku tunjuk kat korang kat mana nak tengok statistik dalam blogspot. apa yang aku bulat@highlight kan dengan kaler merah tu, korang tryla explore ek. lagi2 kat dalam gambar yang ke-2 tu.

Gambar yang kat bawah ni dalam paparan 'Dashboard'
Sila klik untuk gambar yang lebih jelas.

Gambar yang kat bawah ni dalam paparan 'Stats'
Sila klik untuk gambar yang lebih jelas.
~ Eh, sebelum tu, korang kena convert dulu dari blogspot ke blogger in draft. pada sapa2 yang x convert lagi, masuk Blogger In Draft, sign in guna username dan password asal blog korang. then bila dah masuk ke dalam dashboard, (rujuk gambar yang pertama) cari perkataan 'Make Blogger in Draft my default dashboard'. kat bahagian atas, tick kotak kecik tu, siap~! ;)

Psst~! korang abaikan stats dengan tarikh dalam gambar tuh. bukannya tepat pun. fungsi stats ni still dalam percubaan ;p
16 komen bernas

Kata Kunci

June 30, 2010

Assalamu'alaikum..

Hari ni aku saje nak 'usha' nuffnang. nak tengok trafik ok ke x, buffered earning bertambah ke x. hehe. tergerak plak nak tengok keywords untuk hari ni. mak aih! banyaknya orang nak taw pasal Benci Bilang Cinta. Ni semua mesti berpunca daripada entry aku yang bertajuk 'Dimas Dimas Dimasss BBC'.


Haha memang betul tekaan aku yang cerita nih memang tengah hit giler sekarang. masakan tidak pembaca still lagi menggali aku punya entry BBC tu. terima kasih diucapkan kerana korang masih membaca entry pasal sinetron dari Indonesia dalam Blog Si Biru. sinetron ni memang memberi kesan yang mendalam terhadap tingkah laku si penonton. apakah kesannya? kesannya, mereka tidak akan berganjak dari kaca tv sehinggalah munculnya iklan yang menyelamatkan seketika pandangan si penonton, merehatkan anak mata yang sudah jemu menatap wajah yang sama setiap hari. ;)

Tapi isu pasal 'logo Crocs ada kalimah Allah' pun masih tercatit dalam keywords nuffnang aku. memang isu ni menangkap perhatian semua orang. ada yang membantah, mengeluh, x kurang juga mempertahankan isu ni dengan hujah2 yang bernas. tahniah aku ucapkan kepada rakyat Malaysia kerana masih lagi berdiri di atas kaki sendiri untuk turut sama prihatin terhadap isu2 yang  boleh meruntuhkan akhlak dan iman seseorang yang bergelar Islam.

Itu sajela rentetan dari jari jemari aku tentang entry....... aku tak terfikir lagi tajuk yang sesuai untuk entry kali ini.
.
 ..
err ok da dapat! entry Kata Kunci. :) sekian.
11 komen bernas