Showing posts with label nokia c3. Show all posts
Showing posts with label nokia c3. Show all posts

Dilema Antara Nokia E71 dan Nokia C3

November 7, 2010

Aku nak beli handphone.. nak gantikan phone yang dah macam belacan ni dengan phone yang up-to-date sikit.. phone yang ada wifi, gps.. senang sikit aku nak update blog.. huhu dalam kepala ada dua jenama je yang sering di ulang tayang bila nafsu nak membeli tu datang.. antara Nokia C3 dan Nokia E71.. agak2 korang yang mana satu?

Nokia E71

melawan

Nokia C3


Ada kawan nak jual Nokia E71 tu.. harga boleh tahan.. terbaik dan murah! second hand.. warranty da expired.. tapi aku yakin je nak beli dengan dia memandangkan spesifikasi Nokia E71 lagi mantap dari Nokia C3 yang xde GPS dengan 3G, but look nice! Nokia C3 ni orang kata 'blackberry wannabe'.. siapa2 yang gian sangat nak pakai blackberry tapi x mampu nak beli, better angkat Nokia C3.

Susah rupanya nak buat pilihan yang tepat.. baru nak beli handset, tapi fikir 18 ratus kali, still x dapat buat keputusan.. tu belum lagi sampai tahap nak kawin.. dok pilih yang tu ka atau yang ni.. payah sangat, buat solat istikharah.. kalau still di takuk yang lama, orang dah beranak pinak sampai ke cucu, baru nak terkial2 cari bini *haha makan maggi sampai ke tua la jawabnya..

Tapi bila dah buat keputusan, terasa lega seleganya.. satu beban yang selama ni asek duduk bertapa dalam kepala, keluar membebaskan diri.. selama ni siapa yang membantu dalam membuat keputusan? diri sendiri? kawan2? keluarga? aweks? balaks? x kisahla sapa2.. yang penting hati puas dengan keputusan tu.. betul x? so, apa pendapat korang? aku sebenarnya dah berkenan dengan Nokia E71 member aku tu.. bajet pun x lari.. Nokia C3 tu mahal la plak. boleh je nak beli, tapi bajet lari sikit.. aku bukannya anak orang kaya~

Psst~! kalau kaya, aku nak beli phone yang boleh ajar seseorang tu berfikir secara rasional..
57 komen bernas

Nokia C3 - Buffered Dari Nuffnang

October 21, 2010

Lama betul aku x bercerita pasal iklan nuffnang yang selalu bertempek dalam blog afiqbukhari.com ni. dan lame jugaklah buffer baru x muncul. xtawla sebab apa, trafik semakin berkurang kot, tapi dah stabil balik rasanya. kalau nak tau kisah suka duka aku dengan nuffnang, masuk sini. *senyum gigi terkeluar

Ramai yang tanya aku, x nak try pasang iklan innity ke? arghh x nak aku, gila ke nak curang dengan nuffnang? kang x pasal2 status bersih aku sebagai seorang pencinta yang setia hilang camtu je. my status is always Glitterati. aku xkn biarkan status 'kehormat' tu ditarik, kecualila kalau ada kesilapan teknikal yang berlaku seperti sebelum ni. ramai blogger kehilangan status Glitterati disebabkan kesilapan teknikal. tapi dah ok dah,kan nuffnang? *senyum amek hati nuffnang

Terima kasih kepada blogger ultraman88... disebabkan air liur masin dari mulut beliaulah aku dapat buffer.. 'dapat buffer baru ke afiq? asyik melekat je iklan tu.' haha soalan tula yang selalu diajukan dekat aku.. kalau betul masin mulut ko tomen, alhamdulillah aku akan dapat buffer yang baru.. dan yeahh memang dapat pun! *senyum sehingga x terhingga. Terima kasih jugaklah kepada pihak nuffnang kerana sudi lagi menghulurkan buffer kepada afiqbukhari.com..


Buffer dari Alliance Bank Debit Mastercar dan DiGi Postpaid YP iPhone tu dah lama ada dalam senarai buffered earnings aku.. alhamdulillah, itulah yang dinamakan rezeki. berbalik kepada nokia C3, phone dari nokia ni macam best je.. bentuk seakan2 blackberry kot.. harga pun murah, lebih kurang dalam RM500-+ je.. siap ade WiFi lagi!! macam nak sambar satu ni.. telefon sony ericsson aku pun dah nak jahanam huhu


Nokia C3 Full Specs:

▪ 2.4 inch QVGA display
▪ 320 x 240 pixel resolution
▪ 262K colors
▪ Series 40 User Interface
▪ Full QWERTY keyboard
▪ GPRS/EDGE
▪ Opera Mini
▪ Wi-Fi
▪ 2 megapixel camera with 4x digital zoom
▪ Media Player
▪ Stereo FM Radio
▪ Built-in hands-free speaker
▪ 55 MB internal memory
▪ 8 GB expandable memory
▪ 2 GB MicroSD card included
▪ 3.5mm headphone jack
▪ Bluetooth 2.1 with EDR
▪ OVI Chat
▪ OVI Share
▪ 7 hours talktime
▪ 20 days stand-by time

Psst~! jeles jugak dengan blogger2 yang dapat buffer sekali 3-4 serentak.. apa2 pun, rezeki masing2. bersyukurlah dengan apa yang kita dah dapat. thank you NUFFNANG!
35 komen bernas