Showing posts with label digi. Show all posts
Showing posts with label digi. Show all posts

Dan keputusannya, Hotlink!

January 30, 2011

Assalamualaikum...

Hasil daripada entry aku yang berjudul Hotlink atau Digi?, ramai yang memilih hotlink daripada Digi. antara sebab yang aku suka nak highlight, ramai yang pakai hotlink daripada digi. oleh itu, aku pun memilih hotlink sebagai nombor kedua aku.


Aku saje take a walk in the Giant, mula-mula nampak Digi center. berhenti jap nak tengok nombor mana yang cantik, tapi takde. pusing-pusing lagi then nampak plak Maxis center. akak cun jaga wooo! haha terus approach akak tu, 'kak, ada jual nombor prepaid x?'.. padahal memang dah nampak nombor-nombor tu tersusun rapi dalam meja kaca. biasalah sifat lelaki, ingin memulakan daripada dimulakan. huhu berlawak ja.

Belek punya belek, takde satu nombor pun yang cantik. semua nombor ada angka 4. orang cina kata nombor 4 tarak baguit! boleh bawak mati! haiyaa! itu kepercayaan orang cina. kita yang Islam ni takyahla percaya sangat. lagi-lagi nombor ngangkungekor. dosa woo! apa-apa nombor pun sama. cantik atau tak je.... last-last aku jumpa satu nombor yang senang untuk disebut buat kali pertama. senang hafal tu lain cerita.

Lagi sekali, 'akak, saya nak nombor yang tu, yang tu, yang tu.' melilau mata akak tu mencari nombor yang aku nak.. bila dah jumpa, si dia bersuara, 'bak mai ic'....... 'lagi 15 minit baru leh pakai yer!'... 'amboi, garangnya cik kak. cek tak beli nombor ni tawla'... terus dia lemparkan satu senyuman yang hipokrit. aku pun berlalu dari situ dengan hati yang girang macam budak-budak baru dapat lollipop merah.

Psst~! balik je rumah, tertengok iklan hot ticket, hotlink. tu menatang apa plak?? aku salah beli nombor ka? haha giler outdated aku nih.

Psst2~! sorry tak dapat nak join gathering Sahabat Blogger. banyak benda yang nak disetelkan plus hujan yang tak berhenti-henti dari malam tadi huhu
45 komen bernas

Hotlink atau Digi?

January 29, 2011

Assalamualaikum..

Kepada semua student-student UiTM yang sedang bercuti, selamat bercuti.. seminggu je pun cutinya, jangan nak happy sangatla. habis cuti nanti bersiap sediala dengan test, kuiz, pop kuiz, assignment, presentation, dll..

Waktu cuti ni, penuhkan la cuti anda dengan membaca buku(kalau bawak balik buku ke kampungla haha)... tapi cuti aku pulak maybe akan dipenuhi dengan aktiviti menyerbu kedai alat-alat tulis untuk print out segala jenis dokumen-dokumen ptptn. lepas tu kena mencari Pegawai-pegawai A atau saksi untuk menandatangani borang-borang ptptn yang berlonggok tu. harap dapat setel sebelum habis cuti..


Okeh, kalau aku nak pakai satu lagi nombor telefon Prabayar@prepaid, korang cadangkan telco apa? Hotlink atau Digi? any idea? any good@bad experiences dengan telco-telco tersebut? currently aku pakai Celcom. aku nak beli nombor baru just untuk menghidupkan handphone lama.. sebabnya kamera di handphone lama aku lagi gempak dari handphone yang baru.. plus boleh jadi backup, kot-kot nombor Celcom dah habis kredit ke..

Aku memang takde pengalaman sangat dengan telco Hotlink dan Digi. so aku mengharapkan korang semua boleh memberi pendapat atau cadangan yang bernas dan jitu. beli nombor telefon ni sama macam beli kereta. nak pakai untuk jangka masa yang panjang. aku bukannya malas nak buat research. faham-faham jela semua telco menjanjikan yang terbaik. tapi betul ke terbaik?..... itu pasal la aku highlightkan any good@bad experiences?...

Psst~! aku pengguna setia CELCOM! kalau ada benda baru, silalah berkongsi dengan aku yer :)
25 komen bernas

Celcom Broadband atau DiGi Broadband?

December 23, 2010

Assalamu'alaikum readers.. aku dah nak masuk belajar ni. so nak tanya sikit especially kepada pengguna-pengguna broadband. agak-agak, rangkaian broadband mana yang terbaik. Celcom atau Digi?

Harga langganan nak dekat sama dah untuk tiap-tiap bulan. aku nak langgan pakej yang murah-murah je dulu sebagai pengenalan. lepas tu kalau betul-betul berminat dan puas hati, baru aku upgrade pakej.


Celcom Broadband = RM 48/month (diskaun potongan sebanyak RM10 selama 6 bulan pertama shj), speed 384kbps untuk the whole day rasanya..


DiGi Broadband = RM 38/month, speed 700kbps (from7am-7pm). bila masuk waktu malam, speed terus turun jadi 128kbps.

Masalah utama aku sebelum nak melanggan broadband ni, network coverage. orang kata, coverage Celcom broadband ni terbaik! bila duduk di kawasan luar bandar. tapi Digi broadband plak terbaik! di kawasan bandar. betul ke semua tu? ada sebarang komen?

Tempat belajar aku tu betul-betul di kawasan bandar. aku dah check network coverage (tempat aku belajar) dalam laman web Celcom dan DiGi. kedua-duanya dapat full signal di kawasan bandar. tapi untuk di kawasan luar bandar plak, DiGi kurang, Celcom adela sikit. so sekarang aku dalam dilema.

Apa pendapat korang? kalau boleh aku nak tahu pasal network coverage je, mana yang terbaik untuk aku langgan. maybe aku tak duduk setempat. takut-takut kena pergi ke kawasan luar bandar ke...

Psst~! streamyx dah langgan. sekarang nak cuba broadband plak.
24 komen bernas

iPhone 4 Untuk Dimenangi!

September 24, 2010

Assalamu'alaikum.. korang mesti ingat aku yang nak anjurkan contest iphone tu kan. xdela... sebenarnya ada iklan yang baru dari pihak Nuffnang iaitu Digi Postpaid.. so pihak Digi ni la yang anjurkan pertandingan yang menawarkan hadiah iPhone 4.. beb!!! iPhone 4 tu.. sapa yang nak bagi free?



Link - Spesifikasi untuk iPhone 4

The iPhone 4 – it’s the phone that needs no introduction. We’re sure you all already know about the stunning Retina Display, FaceTime technology, iOS4 and the all-new iMovie for iPhone video editing software, packaged in the distinctive glass and steel form typical of Apple design. It’s THE phone to be seen with, and after an agonizingly long wait, it’s finally here on Malaysian soil. The best part? DiGi is generously giving away one iPhone 4 to a lucky Nuffnanger, so listen up real closely if you want in on this!

So untuk memenangi iPhone 4 tu, korang kena masuk contest yang dianjurkan oleh Digi.. macam mana nak masuk? aku rasa senang je cara dia. korang tengok kat screen shot bawah ni.. klik kalau nak lebih jelas :) baca jangan x baca..



Eh bukan tu aje syarat2nya, korang kenala jugak buat satu entry dengan tajuk 'Digi iPhone 4 Me'.. berkenaan dengan badge tu (3), korang kenala lawat sendiri page contest tu kat SINI.. ataupun klik je kat iklan2 Digi yang keluar kat dalam blog ni.. kat situ lagi banyak details dorang dah terangkan.. rugi weh kalau x join.. iPhone 4 tuuuu :D yang lagi bestnya, korang leh tulis entry dalam bahasa apa2 pun.. melayu, english, mandarin pun boleh.. so korang jangan terlepas peluang keemasan ni.. INGAT!! tarikh tutup penyertaan 1 October 2010.

Sebenarnya aku buat entry ni sebab aku dapat buffer dari nuffnang.. berkat hari jumaat yang mulia dan suci ni, alhamdulillah.. terima kasih bebanyak nuffnang.. korang memang terbaik... NUFFNANG! NUFFNANG! so pada mana2 tuan blog yang belom pasang iklan nuffnang dalam blog korang, sila pasang yer :D


psst~! sapa yang pernah pakai iphone versi sebelum ni? best x? aku rasa macam best.. :D
20 komen bernas