Showing posts with label hotlink. Show all posts
Showing posts with label hotlink. Show all posts

Dan keputusannya, Hotlink!

January 30, 2011

Assalamualaikum...

Hasil daripada entry aku yang berjudul Hotlink atau Digi?, ramai yang memilih hotlink daripada Digi. antara sebab yang aku suka nak highlight, ramai yang pakai hotlink daripada digi. oleh itu, aku pun memilih hotlink sebagai nombor kedua aku.


Aku saje take a walk in the Giant, mula-mula nampak Digi center. berhenti jap nak tengok nombor mana yang cantik, tapi takde. pusing-pusing lagi then nampak plak Maxis center. akak cun jaga wooo! haha terus approach akak tu, 'kak, ada jual nombor prepaid x?'.. padahal memang dah nampak nombor-nombor tu tersusun rapi dalam meja kaca. biasalah sifat lelaki, ingin memulakan daripada dimulakan. huhu berlawak ja.

Belek punya belek, takde satu nombor pun yang cantik. semua nombor ada angka 4. orang cina kata nombor 4 tarak baguit! boleh bawak mati! haiyaa! itu kepercayaan orang cina. kita yang Islam ni takyahla percaya sangat. lagi-lagi nombor ngangkungekor. dosa woo! apa-apa nombor pun sama. cantik atau tak je.... last-last aku jumpa satu nombor yang senang untuk disebut buat kali pertama. senang hafal tu lain cerita.

Lagi sekali, 'akak, saya nak nombor yang tu, yang tu, yang tu.' melilau mata akak tu mencari nombor yang aku nak.. bila dah jumpa, si dia bersuara, 'bak mai ic'....... 'lagi 15 minit baru leh pakai yer!'... 'amboi, garangnya cik kak. cek tak beli nombor ni tawla'... terus dia lemparkan satu senyuman yang hipokrit. aku pun berlalu dari situ dengan hati yang girang macam budak-budak baru dapat lollipop merah.

Psst~! balik je rumah, tertengok iklan hot ticket, hotlink. tu menatang apa plak?? aku salah beli nombor ka? haha giler outdated aku nih.

Psst2~! sorry tak dapat nak join gathering Sahabat Blogger. banyak benda yang nak disetelkan plus hujan yang tak berhenti-henti dari malam tadi huhu
45 komen bernas

Hotlink atau Digi?

January 29, 2011

Assalamualaikum..

Kepada semua student-student UiTM yang sedang bercuti, selamat bercuti.. seminggu je pun cutinya, jangan nak happy sangatla. habis cuti nanti bersiap sediala dengan test, kuiz, pop kuiz, assignment, presentation, dll..

Waktu cuti ni, penuhkan la cuti anda dengan membaca buku(kalau bawak balik buku ke kampungla haha)... tapi cuti aku pulak maybe akan dipenuhi dengan aktiviti menyerbu kedai alat-alat tulis untuk print out segala jenis dokumen-dokumen ptptn. lepas tu kena mencari Pegawai-pegawai A atau saksi untuk menandatangani borang-borang ptptn yang berlonggok tu. harap dapat setel sebelum habis cuti..


Okeh, kalau aku nak pakai satu lagi nombor telefon Prabayar@prepaid, korang cadangkan telco apa? Hotlink atau Digi? any idea? any good@bad experiences dengan telco-telco tersebut? currently aku pakai Celcom. aku nak beli nombor baru just untuk menghidupkan handphone lama.. sebabnya kamera di handphone lama aku lagi gempak dari handphone yang baru.. plus boleh jadi backup, kot-kot nombor Celcom dah habis kredit ke..

Aku memang takde pengalaman sangat dengan telco Hotlink dan Digi. so aku mengharapkan korang semua boleh memberi pendapat atau cadangan yang bernas dan jitu. beli nombor telefon ni sama macam beli kereta. nak pakai untuk jangka masa yang panjang. aku bukannya malas nak buat research. faham-faham jela semua telco menjanjikan yang terbaik. tapi betul ke terbaik?..... itu pasal la aku highlightkan any good@bad experiences?...

Psst~! aku pengguna setia CELCOM! kalau ada benda baru, silalah berkongsi dengan aku yer :)
25 komen bernas