Showing posts with label uitm. Show all posts
Showing posts with label uitm. Show all posts

Study week!

April 15, 2011

Assalamualaikum...

Fuhhh dah lama tak update blog.. bak kata entry 'Maaf...' ni la kan, kalau ada masa, aku akan update macam biasa.. tapi nampak gayanya macam aku takde masa huhu. almaklumlah minggu-minggu akhir semester, kerja banyak, assignment sana sini, test atas bawah, presentation kiri kanan, memang takde masa untuk update blog, tapi masa untuk update status dalam facebook ada je haha.

Blog afiqbukhari.com sekarang dah tak macam dulu.. kurang cerianya. setiap kali masuk, asyik benda yang sama je kan. i noticed that.. tapi xpela, adela jugak sekerat dua readers yang still nak masuk sini untuk cari informasi yang berguna. aku harap segala informasi tersebut dapat memenuhi apa jua kehendak korang sebelum masuk ke sini.. insyaAllah.

Sekarang aku dah start cuti untuk study week.. first paper 30/4, so aku ada dalam seminggu lebih untuk berehat sebelum masuk ke alam penghafalan teori, isi, rumus dan segala bagai jawapan yang perlu dihafal untuk dicatitkan di atas kertas penilaian nanti. insyaAllah semuanya nanti akan berjalan dengan lancar, amin~

So pada sesiapa yang senasib dengan aku yang bakal menempuhi alam penilaian nanti, especially to UiTM students, sila reschedule balik time table korang, pastikan aktiviti mengerah otak lebih banyak daripada aktiviti yang lain. Do the BEST and Get the BEST! chaiyokk!

Psst~! patut kah ditukar bateri kalkulator saintifik 570 aku? dah nak dekat 7 tahun aku pakai, tapi still powerful macam biasa... risau jugak kalau abeh secara tiba-tiba...
10 komen bernas

Hotlink atau Digi?

January 29, 2011

Assalamualaikum..

Kepada semua student-student UiTM yang sedang bercuti, selamat bercuti.. seminggu je pun cutinya, jangan nak happy sangatla. habis cuti nanti bersiap sediala dengan test, kuiz, pop kuiz, assignment, presentation, dll..

Waktu cuti ni, penuhkan la cuti anda dengan membaca buku(kalau bawak balik buku ke kampungla haha)... tapi cuti aku pulak maybe akan dipenuhi dengan aktiviti menyerbu kedai alat-alat tulis untuk print out segala jenis dokumen-dokumen ptptn. lepas tu kena mencari Pegawai-pegawai A atau saksi untuk menandatangani borang-borang ptptn yang berlonggok tu. harap dapat setel sebelum habis cuti..


Okeh, kalau aku nak pakai satu lagi nombor telefon Prabayar@prepaid, korang cadangkan telco apa? Hotlink atau Digi? any idea? any good@bad experiences dengan telco-telco tersebut? currently aku pakai Celcom. aku nak beli nombor baru just untuk menghidupkan handphone lama.. sebabnya kamera di handphone lama aku lagi gempak dari handphone yang baru.. plus boleh jadi backup, kot-kot nombor Celcom dah habis kredit ke..

Aku memang takde pengalaman sangat dengan telco Hotlink dan Digi. so aku mengharapkan korang semua boleh memberi pendapat atau cadangan yang bernas dan jitu. beli nombor telefon ni sama macam beli kereta. nak pakai untuk jangka masa yang panjang. aku bukannya malas nak buat research. faham-faham jela semua telco menjanjikan yang terbaik. tapi betul ke terbaik?..... itu pasal la aku highlightkan any good@bad experiences?...

Psst~! aku pengguna setia CELCOM! kalau ada benda baru, silalah berkongsi dengan aku yer :)
25 komen bernas

Mana Adab?

January 10, 2011

Assalamualaikum...

Iklan jap hehe...

Puas hati tak dengan kemenangan Ana Rafalli semalam? aku ok je.. best apa lagu dia tu. cuma betul juga, kemenangan lagu Tolong Ingatkan Aku tu memang tak disangka-sangka. lain yang diramal, lain yang menang. maybe juri profesional Anugerah Juara Lagu terpikat dengan kelunakan suara Ana Rafalli, terpikat dengan isi tersirat setiap bait-bait lirik dalam lagu tu.. manalah kita tahu kan. tugas kita hanya bagi sokongan je.

Apa yang penting, nasi sudah menjadi bubur. Lagu Tolong Ingatkan Aku akhirnya menjadi juara AJL25. kepada pihak yang tidak berpuas hati, sila redha dengan kemenangan tersebut. dah tak boleh nak ditarik balik. yang menang, tetap menang. bak kata Mr David Teo kita, 'kita semua pemenang, tiada pengalah!'.. betul ke aku tulis tu? yang penting sama maksud..

Panjang lebar plak aku dok membebel pasal anugerah juara lagu. keyword terpenting hari ni tuh. siapa tak nak trafik free. rugi lah kalau tak buat entry pasal AJL25. tapi terpulanglah samaada nak buat atau tak, blog masing-masing kan. just be yourself. aku ni pembakar semangat je hehe..

........................

Alhamdulillah, akhirnya setle jugak masalah pengecualian kredit nih. dahla kena berebut nak jumpa ketua program. student tak nak ramai plak.. siapa cepat, dia dapat masuk bilik dulu. bila dah masuk bilik, kena tukar sikit statement siapa cepat tu.. siapa cepat, dia dapat letak borang atas meja dulu zzz.. adat degree dan seangkatan la katakan.. kena berani dan buat muka tebal kalau nak survive. kalau tak, kita ketinggalan.. aku akui yang tu..

Cuma aku tak faham satu benda, mana adab kita sekarang ni? adab apabila sedang beratur. orang dah beratur awal-awal, tapi ada je yang kepala batu dok potong Q.. aku rasa nak maki-hamun je. tapi bila difikirkan balik, adab perlu dijaga. biar orang buat taik dengan kita, jangan kita buat taik dengan orang...

Masa sekolah rendah dulu tak belajar adab ke? mana adab???

Psst~! jangan terlampau SELLFISH sangat. kita semua manusia, bukannya robot yang takde perasaan langsung.
17 komen bernas

Nak sambung belajar, tapi dapat surat cinta...

January 4, 2011

Assalamualaikum... macam mana nak belajar kalau dah dapat surat cinta??

PENAT!! haha aku kini sudah menjadi orang Melaka. di negeri tersebutlah aku dapat sambung belajar. thanks to UiTM kerana menempatkan aku di UiTM Kampus Bandaraya Melaka. walaupun tak dapat tempat di Shah Alam, Melaka pun orait apa.

Aku sebenarnya bukan penat apa, penat menghadapi hari pertama di Melaka. yelah, aku orang baru di sana. tak mahir lagi dengan tempat baru. mana yang terpampang di depan mata, aku sapu.

PARKING LOT! 

First day berada di Melaka, kereta aku dah mendapat 'surat cinta' pertama di Jalan Hang Tuah. manalah aku tahu kena pakai kupon parking RM0.60. ingatkan free sebab hari tu hari ahad. sadis betulla. aku pergi situ untuk mendaftar, bukan untuk dikompaun. tapi takpe, ada masa nanti aku pergi bayar RM30 tuh.

RUMAH SEWA!

'Kemudahan kolej kediaman tidak disediakan. sila uruskan sendiri'... ok takpe, hajat di hati memang nak duduk rumah sewa pun. kalau dapat hostel pun ok jugak. tapi hostel dah full, terpaksalah mencari rumah sewa. cari punya cari, jumpala 4 sahabat kolej semasa diploma dulu. dia kata dah ada rumah sewa. katanya nak jumpa owner petang tu jugak. tibanya petang hari, owner plak takde. ditundanya ke malam. apa hasilnya?

Rumah hanya boleh diduduki pada hari jumaat. aku macam.... WT!@#$?? hari ni hari ahad. mana aku nak tidur selama seminggu ni? hostel dah penuh. akhir sekali dengan bantuan Majlis Perwakilan Pelajar, aku dapat menginap di hostel buat sementara waktu sehingga rumah sewa boleh diduduki.

Aku tak nak tunggu sampai hari jumaat. dengan izin Allah, alhamdulillah, aku berjaya juga mendapatkan rumah sewa yang lain pada keesokkan harinya. aku angkat barang dari hostel, pindah ke rumah baru bersama 4 lagi sahabat yang senasib dengan aku. kitorang berpuas hati dengan keadaan rumah tu. bukak je pintu rumah, terus nampak Jaya Jusco dan Tesco. fuhh!! rambang mata nih. nak pergi jj ke tesco *haha

Sebenarnya ada hikmah di sebalik kejadian tersebut. hikmahnya, aku sudah mula untuk menghafal setiap  selok-belok jalan raya dan tempat meletak kenderaan di Melaka. macam mana boleh jadi macam ni?

"katanya nak jumpa owner petang. tapi si owner plak takde. ditundanya ke malam. apa hasilnya?"

Apa yang aku dah buat semasa nak menunggu si owner yang putar alam ni? yeah! it is time to pusing-pusing satu bandar Melaka. petang hari, aku masuk bandar hilir, keluar ke Dahtaran Pahlawan. masuk jalan sini, keluar ke Jonker Walk. masuk jalan sana keluar ke Klebang. macam-macam tempat dah weh aku explore. selamat tak sesat *haha 

Pada malam hari plak, aku pergi cari masjid negeri untuk mandi dan solat. yala, rumah takde lagi, nak mandi kat mana? kira musafir jugaklah kan. dalam tandas masjid memang ada tempat untuk mandi apa. lepas mandi tulah, baru aku dapat tahu tentang keadaan sebenar rumah sewa tu(hari jumaat)...

.....................

Aku baru je 2-3 hari duduk sana. so far, belum ada lagi kenangan manis *huhu tapi rang kata, kejadian itu semua merupakan pengalaman pahit yang akan bertukar menjadi manis pada masa akan datang *huhu

Psst~! member aku asik dok bertanya, kat mana stesen misyak Esso ek? yang aku nampak Shell, Petronas dengan BhP je kat Melaka ni... nasib ko la labuu... sama je semua stesen minyak tu. pergi kaunter, bayar then isi minyak.

Psst2~! thanks zaerr sebab buat satu entry khas untuk brader mu ini *haha
26 komen bernas

Sambung Belajar

December 20, 2010

Assalamu'alaikum readers...

Penantian aku memang berbaloi.

Aku dapat tawaran untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, di UiTM.

Kos apa? biarlah menjadi rahsia. yang penting aku dapat sambung belajar.

Kat UiTM mana? UiTM mana-mana pun sama je. yang penting aku dapat sambung belajar *hehe

Psst~! alhamdulillah :) sorry lah yer entry pendek je *huhu
52 komen bernas

Penantian Yang Sungguh Berbaloi

December 10, 2010

Alhamdulillah.. nervous aku berbaloi.



Baru balik dari Seremban... time drive tadi, fikiran bercelaru memikirkan bila la boleh dapat tau result exam. dan macam mana nak cek result time drive? arghh x boleh jadi. den angkat phone, taip message and send to my lecturer. then she replied to me..

"Eh..da tamat dah kan? hehe"  .............. maksudnya? .......... aku buat-buat tak paham.

Yeke miss??? selamat tak brek mengejut. terkejut kegembiraan punya pasal *yeah!! dah lama aku tunggu saat ni. saat melepaskan diri dari kolej bagai sang rerama terbang bebas setelah terkongkong lama didalam kepompong.

Nak harapkan UiTM, sampai bila lah dia nak 'visiblekan' balik button examination result dengan mini transkrip. tapi xpe lah. atleast aku dah tau yang aku dah boleh grad, alhamdulillah.

Psst~! tunggu result nak sambung degree plak..
53 komen bernas

Good Luck My Friend

October 25, 2010

GOOD LUCK untuk semua student UiTM yang start exam hari ni... jangan gelabah2.. wat relax je.. rumah flat dalam tangan r *senyum



Paper aq start 31/10 ni.. lambat lagi.. stdy last minit la baru masuk dalam kepala. haha banyakla stdy last minit..

Klik sini - UiTM Final Examination Timetable October 2010

Psst~! mana nak cari printer nak print slip exam ni??
19 komen bernas

Final... da dekat!

April 8, 2010

Assalamualaikum ;)

huhu hehe hihi haha hikhik!
teringat kumpulan mamu asek dok sebut hikhik dlm raja lawak musim ke4 aritu. dan teringat plak kat lawak2 Allahyarham Din Beramboi mase de jadi juri aritu. n skng ni kecoh plak kat FB pasl dak rafiqin tu dok ngutuk si arwah. apela pekdah yg de dapat bile de wat camtu. mane pegangan agama de smpi sanggup kate Al-F**k. huh! aq xtaw mane silap de. biarla de. aq xnk masuk campo. bosan! org yg da pergi mngadap Illahi, xelok diperburuk2kn. klau de salah mase hidup dulu, maafkn jela. ko jgak yg dapat pahala. mmgla lawak de kasar, tp berpada2la smpi nk kutuk smpai camtu skali. xbaik..

eh,tajuk entry final la, xde kene ngene pn. ceh! tp mmg final nk dekat da. lagi 2 mnggu je lagi. final exam utk dak2 UiTM. waaaaa! riso giler wey. kne study smart da ni. kne abehkan jgak sem ni. amin! kpd teman2 ku, da leh start stdy da ni. jgn men2 da. lpas tu cuti 2 bulan. mainla smpi lebam. yg pnting kite leh graduate same2. chaiyok! ape lagi nk tulis ha? [azan isyak da berkumandang wktu aq tgh berpk mase ni] moh ler kite solat isyak. ;)
3 komen bernas

Hari ni jumpe cikgu? 4/1/10

January 4, 2010

assalamua'alaikum sume.

sihat? hrap sihat selalu ye. nmpknye buku baru 'Hari Baru' dimulakan dgn sesi persekolahan. bg dak2 sekolah [termasuk adik aq], pegi sekolah. jgn nk dok memonteng xtentu pasal. ponteng sehari, rugila ilmu satu guni. ingt tu. korg tu pelapis utk mase depan. samela ngn aq. hehe

utk dak2 U plak, specially to UiTM student. ari ni bermulanye kelas. kelas pertame utk sesi 2010. so ape plan korg? still nk jd cm dulu ke? pk la sndri ape yg korg buat mcm dulu. huhu. utk aq plak, terpkse reschedule balik time table. paper utk sem ni ade 3 je, tp time table mcm org yg amek 7 subjek.. satu hari, satu subjek. arghhh!~ aq da la ulang alik. xkn tiap2 minggu nk kne abeh rm50 utk minyak kete je? rugi2. so insyaAllah ari ni, aq nk tgk balik jadual, discuss2 ngn lec utk tukar section ke. mane la taw, drpd sminggu kelas, leh dapat 2-3 ari cuti ke dlm sminggu. bolehla nk personal study. huhu

utk semester kali ni, byk sbjek mmbace. waaa, aq da lame xmembace. ekekeke otak sudah karat bile cuti sbulan. so terpkse asah balik otak ni ngn mmbace blog2 kt tenet ni. haha just kidding. to ash ngn achik, thnkx sbb sudi bg aq korg punye buku n notes. t da graduate, aq pulang balik kalau korg still nk [aq rase korg da xnk da pn psl deg korg da len]. hehe okla.


byknye buku nk kne bace....

selamat belajar utk yg masih dlm sesi pembelajaran. ;)

ps/ menuntut ilmu bia smpai ke negara China. jgn smpi vietnam je.


0 komen bernas