Showing posts with label rumah sewa. Show all posts
Showing posts with label rumah sewa. Show all posts

Susahnya nak jadi blogger sambilan...

January 5, 2011

Assalamualaikum...

Susah juga sebenarnya nak jadi blogger sambilan. dulu aku blogger sepenuh masa. tapi sekarang, banyak masa perlu diperuntukkan untuk belajar. ditambah pulak dengan penggunaan broadband yang terbatas. kalau streamyx, nak blogwalking dan buka website setiap saat pun boleh tanpa perlu memikirkan sudah berapa kilobyte yang aku dah guna. tapi sekarang, setiap kali buka satu browser@website, aku akan check berapa kilobyte yang tekah digunakan *huhu sadis betul.

Buat masa sekarang, aku terpaksa disablekan image untuk mengawal data usage broadband. so setiap kali aku masuk sesebuah website, apa yang kelihatan hanyalah tulisan belaka. java script pun aku disablekan. kalau tak buat semua tu, angan-angan aku untuk membaca blog korang secara senyap tinggal kenangan jela sebab speed broadband akan jatuh serta-merta kalau dah lebih usage. korang kena faham, aku subscribe broadband pakej 1 gig je. semuanya terhad. youtube NO! download lagu NO! download file besar-besar NO! hanya chat dengan update blog dengan kerap je aku boleh lakukan.

Alhamdulillah, coverage broadband di rumah sewa aku ni full. hijau cerah je memanjang. so senanglah aku nak publish entry. tak payah tunggu lama. so kerja aku sekarang, taip, publish, approve komen dan balas komen korang, insyaAllah aku akan jenguk blog-blog korang. tapi sebagai silent reader. kalau nak blogwalking pun, tunggu aku dapat online kat cafe ke, kampus ke atau bila aku dah balik ke KL *hehe

Tapi korang janganla jemu untuk ziarah blog aku. kalau ada masa dan kelapangan, aku akan update blog ni. atleast, sehari satu entry. sokongan dari korang semua amatlah aku hargai. tanpa korang, siapalah AfiqBukhari :D

Psst~! seronok duduk melaka ni, macam-macam ada *haha
39 komen bernas

Nak sambung belajar, tapi dapat surat cinta...

January 4, 2011

Assalamualaikum... macam mana nak belajar kalau dah dapat surat cinta??

PENAT!! haha aku kini sudah menjadi orang Melaka. di negeri tersebutlah aku dapat sambung belajar. thanks to UiTM kerana menempatkan aku di UiTM Kampus Bandaraya Melaka. walaupun tak dapat tempat di Shah Alam, Melaka pun orait apa.

Aku sebenarnya bukan penat apa, penat menghadapi hari pertama di Melaka. yelah, aku orang baru di sana. tak mahir lagi dengan tempat baru. mana yang terpampang di depan mata, aku sapu.

PARKING LOT! 

First day berada di Melaka, kereta aku dah mendapat 'surat cinta' pertama di Jalan Hang Tuah. manalah aku tahu kena pakai kupon parking RM0.60. ingatkan free sebab hari tu hari ahad. sadis betulla. aku pergi situ untuk mendaftar, bukan untuk dikompaun. tapi takpe, ada masa nanti aku pergi bayar RM30 tuh.

RUMAH SEWA!

'Kemudahan kolej kediaman tidak disediakan. sila uruskan sendiri'... ok takpe, hajat di hati memang nak duduk rumah sewa pun. kalau dapat hostel pun ok jugak. tapi hostel dah full, terpaksalah mencari rumah sewa. cari punya cari, jumpala 4 sahabat kolej semasa diploma dulu. dia kata dah ada rumah sewa. katanya nak jumpa owner petang tu jugak. tibanya petang hari, owner plak takde. ditundanya ke malam. apa hasilnya?

Rumah hanya boleh diduduki pada hari jumaat. aku macam.... WT!@#$?? hari ni hari ahad. mana aku nak tidur selama seminggu ni? hostel dah penuh. akhir sekali dengan bantuan Majlis Perwakilan Pelajar, aku dapat menginap di hostel buat sementara waktu sehingga rumah sewa boleh diduduki.

Aku tak nak tunggu sampai hari jumaat. dengan izin Allah, alhamdulillah, aku berjaya juga mendapatkan rumah sewa yang lain pada keesokkan harinya. aku angkat barang dari hostel, pindah ke rumah baru bersama 4 lagi sahabat yang senasib dengan aku. kitorang berpuas hati dengan keadaan rumah tu. bukak je pintu rumah, terus nampak Jaya Jusco dan Tesco. fuhh!! rambang mata nih. nak pergi jj ke tesco *haha

Sebenarnya ada hikmah di sebalik kejadian tersebut. hikmahnya, aku sudah mula untuk menghafal setiap  selok-belok jalan raya dan tempat meletak kenderaan di Melaka. macam mana boleh jadi macam ni?

"katanya nak jumpa owner petang. tapi si owner plak takde. ditundanya ke malam. apa hasilnya?"

Apa yang aku dah buat semasa nak menunggu si owner yang putar alam ni? yeah! it is time to pusing-pusing satu bandar Melaka. petang hari, aku masuk bandar hilir, keluar ke Dahtaran Pahlawan. masuk jalan sini, keluar ke Jonker Walk. masuk jalan sana keluar ke Klebang. macam-macam tempat dah weh aku explore. selamat tak sesat *haha 

Pada malam hari plak, aku pergi cari masjid negeri untuk mandi dan solat. yala, rumah takde lagi, nak mandi kat mana? kira musafir jugaklah kan. dalam tandas masjid memang ada tempat untuk mandi apa. lepas mandi tulah, baru aku dapat tahu tentang keadaan sebenar rumah sewa tu(hari jumaat)...

.....................

Aku baru je 2-3 hari duduk sana. so far, belum ada lagi kenangan manis *huhu tapi rang kata, kejadian itu semua merupakan pengalaman pahit yang akan bertukar menjadi manis pada masa akan datang *huhu

Psst~! member aku asik dok bertanya, kat mana stesen misyak Esso ek? yang aku nampak Shell, Petronas dengan BhP je kat Melaka ni... nasib ko la labuu... sama je semua stesen minyak tu. pergi kaunter, bayar then isi minyak.

Psst2~! thanks zaerr sebab buat satu entry khas untuk brader mu ini *haha
26 komen bernas