Iklan jap hehe...
Puas hati tak dengan kemenangan Ana Rafalli semalam? aku ok je.. best apa lagu dia tu. cuma betul juga, kemenangan lagu Tolong Ingatkan Aku tu memang tak disangka-sangka. lain yang diramal, lain yang menang. maybe juri profesional Anugerah Juara Lagu terpikat dengan kelunakan suara Ana Rafalli, terpikat dengan isi tersirat setiap bait-bait lirik dalam lagu tu.. manalah kita tahu kan. tugas kita hanya bagi sokongan je.
Apa yang penting, nasi sudah menjadi bubur. Lagu Tolong Ingatkan Aku akhirnya menjadi juara AJL25. kepada pihak yang tidak berpuas hati, sila redha dengan kemenangan tersebut. dah tak boleh nak ditarik balik. yang menang, tetap menang. bak kata Mr David Teo kita, 'kita semua pemenang, tiada pengalah!'.. betul ke aku tulis tu? yang penting sama maksud..
Panjang lebar plak aku dok membebel pasal anugerah juara lagu. keyword terpenting hari ni tuh. siapa tak nak trafik free. rugi lah kalau tak buat entry pasal AJL25. tapi terpulanglah samaada nak buat atau tak, blog masing-masing kan. just be yourself. aku ni pembakar semangat je hehe..
........................
Alhamdulillah, akhirnya setle jugak masalah pengecualian kredit nih. dahla kena berebut nak jumpa ketua program. student tak nak ramai plak.. siapa cepat, dia dapat masuk bilik dulu. bila dah masuk bilik, kena tukar sikit statement siapa cepat tu.. siapa cepat, dia dapat letak borang atas meja dulu zzz.. adat degree dan seangkatan la katakan.. kena berani dan buat muka tebal kalau nak survive. kalau tak, kita ketinggalan.. aku akui yang tu..
Cuma aku tak faham satu benda, mana adab kita sekarang ni? adab apabila sedang beratur. orang dah beratur awal-awal, tapi ada je yang kepala batu dok potong Q.. aku rasa nak maki-hamun je. tapi bila difikirkan balik, adab perlu dijaga. biar orang buat taik dengan kita, jangan kita buat taik dengan orang...
Masa sekolah rendah dulu tak belajar adab ke? mana adab???
Psst~! jangan terlampau SELLFISH sangat. kita semua manusia, bukannya robot yang takde perasaan langsung.