Kalau boleh, aku nak lagu Drama King gak yang menang. lagu best kot.. sebab tu aku kata Drama King diramal juara ajl25. cuba tengok lirik lagu dia,
Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut
Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Chorus
Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati mu tahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama
Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertakhta
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Agak-agak boleh menang tak? kalau ada rezeki, boleh menang punya. apa-apa pun kita tunggu keputusannya malam ni. tak kisahlah siapa yang menang, yang penting semua finalis Anugerah Juara Lagu yang ke25 dah berjaya masuk ke peringkat akhir. tahniah! goodluck buat semua komposer dan penulis lirik yang tercalon dengan lagu hebat masing-masing.
Psst~! tv kat rumah rosak.. nak tengok kat mana r ajl malam ni? zzz...