Showing posts with label drama king. Show all posts
Showing posts with label drama king. Show all posts

Drama King Diramal Juara AJL 25

January 9, 2011

Malam ni Anugerah Juara Lagu yang ke 25 kan? aku nak lagu ni menang, Drama King by Meet Uncle Hussain & Black.. tapi ada plak orang kata lagu Selamat Malam nyanyian Faizal Tahir pun boleh menang. Pastu ada plak orang nak lagu nyanyian Shahir AF8,Kebahagiaan Dalam Perpisahan, menang malam ni.. hurmm persaingan semuanya sengit-sengit..

Kalau boleh, aku nak lagu Drama King gak yang menang. lagu best kot.. sebab tu aku kata Drama King diramal juara ajl25. cuba tengok lirik lagu dia,

Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Chorus
Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati mu tahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertakhta
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat

Agak-agak boleh menang tak? kalau ada rezeki, boleh menang punya. apa-apa pun kita tunggu keputusannya malam ni. tak kisahlah siapa yang menang, yang penting semua finalis Anugerah Juara Lagu yang ke25 dah berjaya masuk ke peringkat akhir. tahniah! goodluck buat semua komposer dan penulis lirik yang tercalon dengan lagu hebat masing-masing.

Psst~! tv kat rumah rosak.. nak tengok kat mana r ajl malam ni? zzz...
12 komen bernas

Drama King diramal menjadi juara Anugerah Juara Lagu 25

November 8, 2010

MUZIK Muzik 25 yang kini memasuki peringkat separuh akhir menyaksikan Faizal Tahir muncul peserta yang paling banyak menyanyikan lagu untuk dipertandingkan pada pertandingan anjuran TV3 itu mulai 8 November ini.

Menerusi peringkat separuh akhir yang akan diadakan pada hari ini (8 November), 15 dan 22 November ini, Faizal akan menyampaikan tiga buah lagu berjudul Hanyut, Adrenalin dan Selamat Malam bagi mencari peluang ke peringkat akhir.

Namun, Faizal tidak menaruh keyakinan terlalu tinggi terhadap lagu-lagu nyanyiannya, sebalik meramalkan lagu Drama King dendangan Meet Uncle Hussain mampu muncul juara Anugerah Juara Lagu 25 kelak.

"Saya membuat ramalan ini berdasarkan pengalaman saya sebagai penyanyi, penerbit dan pencipta lagu. Drama King adalah lagu kegemaran saya dalam pertandingan ini. Saya tahu kekuatan lagu itu secara keseluruhannya.

"Susunan lagunya memang bagus dan saya percaya Taja yang mencipta lagu itu boleh pergi jauh dalam bidang ini,"
katanya sewaktu ditemui selepas sidang akhbar Muzik Muzik separuh akhir di Kuala Lumpur baru-baru ini. Teruskan membaca... sumber - Utusan Malaysia, ABD. AZIZ ITAR

Psst~! Aku x terkejut kalau lagu ni akan muncul juara dalam Anugerah Juara Lagu yang ke-25 sebab memang sedap pun!! maksud tersirat disebalik lagu ni memang sempoi.. siapa yang makan cili, diala yang terasa pedasnya.. meh layan lagu ni sat.





Psst~2! TBP, bila nak jamm lagu nih? *haha
24 komen bernas

Meet Uncle Hussain ft. Black - Drama King

December 6, 2009



Video lagu Drama King berserta lirik ni aq yg buat. kalu korg perasan, ade terselit banner Hari Baru. hehe tapi ade plak yg ciplak bulat2 video ni, upload kat utube. tp aq xmarah. thnkx pada si dia kerana tolong skali promote video ni. setinggi tinggi perhargaan utk Meet Uncle Hussain dan Black kerana menghasilkan satu irama yg sedap didengar.



So korg, layanzzz!! video ni da capai lebih dari 200k viewers dlm youtube. aq gerenti lagu ni sedap! pd yg xsuka, layan jela. ;)

0 komen bernas