Showing posts with label muzik muzik. Show all posts
Showing posts with label muzik muzik. Show all posts

Drama King diramal menjadi juara Anugerah Juara Lagu 25

November 8, 2010

MUZIK Muzik 25 yang kini memasuki peringkat separuh akhir menyaksikan Faizal Tahir muncul peserta yang paling banyak menyanyikan lagu untuk dipertandingkan pada pertandingan anjuran TV3 itu mulai 8 November ini.

Menerusi peringkat separuh akhir yang akan diadakan pada hari ini (8 November), 15 dan 22 November ini, Faizal akan menyampaikan tiga buah lagu berjudul Hanyut, Adrenalin dan Selamat Malam bagi mencari peluang ke peringkat akhir.

Namun, Faizal tidak menaruh keyakinan terlalu tinggi terhadap lagu-lagu nyanyiannya, sebalik meramalkan lagu Drama King dendangan Meet Uncle Hussain mampu muncul juara Anugerah Juara Lagu 25 kelak.

"Saya membuat ramalan ini berdasarkan pengalaman saya sebagai penyanyi, penerbit dan pencipta lagu. Drama King adalah lagu kegemaran saya dalam pertandingan ini. Saya tahu kekuatan lagu itu secara keseluruhannya.

"Susunan lagunya memang bagus dan saya percaya Taja yang mencipta lagu itu boleh pergi jauh dalam bidang ini,"
katanya sewaktu ditemui selepas sidang akhbar Muzik Muzik separuh akhir di Kuala Lumpur baru-baru ini. Teruskan membaca... sumber - Utusan Malaysia, ABD. AZIZ ITAR

Psst~! Aku x terkejut kalau lagu ni akan muncul juara dalam Anugerah Juara Lagu yang ke-25 sebab memang sedap pun!! maksud tersirat disebalik lagu ni memang sempoi.. siapa yang makan cili, diala yang terasa pedasnya.. meh layan lagu ni sat.





Psst~2! TBP, bila nak jamm lagu nih? *haha
24 komen bernas