Showing posts with label facebook ditutup 15 march. Show all posts
Showing posts with label facebook ditutup 15 march. Show all posts

Facebook tutup? aku tak kisah pun...

January 9, 2011

Assalamualaikum...

Keywords terpenting hari ni adalah facebook akan ditutup pada 15 March dan anugerah juara lagu ke-25.. betul tak? betulll.. aku tengok ramai je yang post pasal 2 benda nih termasuklah aku sendiri. letak je tajuk 'facebook akan ditutup' dan 'anugerah juara lagu ajl25', confirm trafik blog korang akan naik dengan mendadak. tak caya tanyalah otai-otai SEO ni.. aku bukan otai SEO sebab blog aku ni blog peribadi je..

Tadi aku saja bukak twitter, just nak tengok perkembangan dan status-status semasa kawan-kawan. adela satu status ni kata berita facebook akan ditutup pada 15 march hanyalah palsu.. aku memang dah agak benda ni palsu. sebab apa? facebook tu baru je tambah dana untuk beroperasi. ape ke hal plak si Mark tu ambil keputusan nak tutup facebook? buang masa je. nilai facebook dia tu dah boleh beli sejuta batang eskrem paddle pop. tak ke rugi kalau dia tutup? kalau betul pun berita tu, aku tak kisah. banyak lagi laman sosial yang lain. huhu

Manusia ni pantang nampak duit depan mata. tak kiralah duit tu berstatus halal ataupun haram, diambil juga, kecuali bagi orang yang kuat imannya. kalau kita dah membina empayar yang betul-betul kukuh, takkan kita nak lepaskannya dengan sesenang hati? empayar kita tu adalah hakmilik penuh kita. takkan lah hati ni tak terdetik sedikit pun untuk menguasai sebahagian daripada empayar tersebut? dunia sekarang ni hipokrit. kuasa dan wang adalah segala-galanya. tanpa 2 benda tu, merempat lah kita. kecuali bagi orang-orang yang beriman, wallahualam..

Psst~! malam ni Manchester United lawan Liverpool.. pastu anugerah juara lagu plak.. nak tengok yang mana satu? ke tidur? haha
26 komen bernas