Assalamualaikum...
Keywords terpenting hari ni adalah facebook akan ditutup pada 15 March dan anugerah juara lagu ke-25.. betul tak? betulll.. aku tengok ramai je yang post pasal 2 benda nih termasuklah aku sendiri. letak je tajuk 'facebook akan ditutup' dan 'anugerah juara lagu ajl25', confirm trafik blog korang akan naik dengan mendadak. tak caya tanyalah otai-otai SEO ni.. aku bukan otai SEO sebab blog aku ni blog peribadi je..
Tadi aku saja bukak twitter, just nak tengok perkembangan dan status-status semasa kawan-kawan. adela satu status ni kata berita facebook akan ditutup pada 15 march hanyalah palsu.. aku memang dah agak benda ni palsu. sebab apa? facebook tu baru je tambah dana untuk beroperasi. ape ke hal plak si Mark tu ambil keputusan nak tutup facebook? buang masa je. nilai facebook dia tu dah boleh beli sejuta batang eskrem paddle pop. tak ke rugi kalau dia tutup? kalau betul pun berita tu, aku tak kisah. banyak lagi laman sosial yang lain. huhu
Manusia ni pantang nampak duit depan mata. tak kiralah duit tu berstatus halal ataupun haram, diambil juga, kecuali bagi orang yang kuat imannya. kalau kita dah membina empayar yang betul-betul kukuh, takkan kita nak lepaskannya dengan sesenang hati? empayar kita tu adalah hakmilik penuh kita. takkan lah hati ni tak terdetik sedikit pun untuk menguasai sebahagian daripada empayar tersebut? dunia sekarang ni hipokrit. kuasa dan wang adalah segala-galanya. tanpa 2 benda tu, merempat lah kita. kecuali bagi orang-orang yang beriman, wallahualam..
Psst~! malam ni Manchester United lawan Liverpool.. pastu anugerah juara lagu plak.. nak tengok yang mana satu? ke tidur? haha
26 komen bernas:
ahahaha.. tu semua gimik je...
malam ni MU menang! yeah! hehe..
tu la, kalau tutup pun, tak pe je. teruskan lah hidup macam biasa~
dah tau AJL dengan match tu memang tak dapat tengok. so tunggu result je. sobs
aku pun x kisah FB ditutup..haha..
eh yeke fesbuk tambah dana..? hahha..
jom buat fesbuk mesia version pulop weh.. tapi blogger pompuan xbole interact ngan yg laki.. hahha.. kejam x aku..
malam ni tak yah tngok match atau pon ajl...main fb je..haha
ada jugak baca, takkan tetiba FB ni si mark tu tutup kan. cam pelik kat situ. malam ni nak tgk ajl...
wa x kisah kalau FB tu tutup buka sepuluh kali pun sebab wa x der acc FB .. he33
wow. nice la afiq. betol2, manusia sekarang pandang harta saje. dah tak kire halal haram asal dapat duit O_o
terkezut gak bile tahu pasal facebook nak ditutup, tapi kalo tutup pon ape salahnye. saye sukeee!! hehe
malam ni kompem kafe kolej penuh , haha
@♛ nadia the blogger
hehe stndard dok kolej la tu ek :D
@tqaAwesome
hehe harta duniawi je difikirnya, harta untuk akhirat ditolak ke tepi huhu
@wachak
haha kalau camtu, wa lagi la tak kisah :D
@Izan Ishak
hehe palsu je tu kak..salah satu helah nak sensasikan cerita heee
afiq tak taw nak tengok ape lagi huhu
@Fairosza
bosanla fb haha
@YuSeNzE - KniGhT
haha ok gak tuh,barulah fb bersifat keilmiahan sikit :D
@Solihin Zubir
YEAH~! MU mesti menang :D
@adrinaqamarina
hehe nape tak dapat tgk ek??
x kisah jugeee tp kesian kat pentegar fb..hehe..tp mmg tipu je kan sume tu...bola kul bape?
@d_LA
hehe tipu je smua tu.. bola kol 925 wuuu
kalo facebook tutup . alaaaaaaaaaaaaaaa . xbest xbest ! tu la bena cam tak caye jugak kalo fb nk tutup . rugi la mark tu nanti kan kan . ish3. saje nk gempak2 jek nih kan afiq. heeee~
haha..ngatkan FB btol2 ditutuptd..afiq2..mish pun xkesah kalau dorang nak tutup FB tu. ada pun bukan bukak sangat. kecuali ada mende penting. hhehehe
o yeah..jangan la MU menang. hehehe
@najihah sahami
hahaha sorry, MU menang yer. yes~!
@BENA
haha memang saje nak bg gempak pun :P
This is just a rumor, Checkout Facebook Will Not Be Shutdown March 15th.
the best.....nice blog..
Terus terang aku setuju DITUTUP, ( nanti kang ada orang giler mengamok marahkan aku ) Sebabnya jutaan manusia kini dah jadi tunggul kat depan PC tu.
Ada yang biarkan makanan sejuk, ada yang pantang diusek kalau tak mahu kena penendang. Aku rasa tak kurang yang tempek macam Tarzan kat bini kerana bini menegur dia lama sangat di facebook. Bini tunggu lama akhirnya lena laki tak datang-datang juga, Zalimmm.
Di pejabat pula kerja tak menjadi ( memang belum lagi nampak kesannya ) Di luar jantan jumpa betina yang dihubungi di facebook. Mula pandang-pandang, kemudian pegang-pegang, mula keluarkan sapu tangan akhirnya lolos pakaian.
Polis jadi pening mengutip dan menyiasat siapa buang bayi.
Belum kira lagi yang cakap dan senyum sorang-sorang.Sakit jiwa bertambah. Makin ramai yang terjun bangunan.
Itu sebabnya CHINA HARAMKAN Facebook. Jangan le marahkan aku.
Katakan sesuatu...