Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Facebook tutup? aku tak kisah pun...

January 9, 2011

Assalamualaikum...

Keywords terpenting hari ni adalah facebook akan ditutup pada 15 March dan anugerah juara lagu ke-25.. betul tak? betulll.. aku tengok ramai je yang post pasal 2 benda nih termasuklah aku sendiri. letak je tajuk 'facebook akan ditutup' dan 'anugerah juara lagu ajl25', confirm trafik blog korang akan naik dengan mendadak. tak caya tanyalah otai-otai SEO ni.. aku bukan otai SEO sebab blog aku ni blog peribadi je..

Tadi aku saja bukak twitter, just nak tengok perkembangan dan status-status semasa kawan-kawan. adela satu status ni kata berita facebook akan ditutup pada 15 march hanyalah palsu.. aku memang dah agak benda ni palsu. sebab apa? facebook tu baru je tambah dana untuk beroperasi. ape ke hal plak si Mark tu ambil keputusan nak tutup facebook? buang masa je. nilai facebook dia tu dah boleh beli sejuta batang eskrem paddle pop. tak ke rugi kalau dia tutup? kalau betul pun berita tu, aku tak kisah. banyak lagi laman sosial yang lain. huhu

Manusia ni pantang nampak duit depan mata. tak kiralah duit tu berstatus halal ataupun haram, diambil juga, kecuali bagi orang yang kuat imannya. kalau kita dah membina empayar yang betul-betul kukuh, takkan kita nak lepaskannya dengan sesenang hati? empayar kita tu adalah hakmilik penuh kita. takkan lah hati ni tak terdetik sedikit pun untuk menguasai sebahagian daripada empayar tersebut? dunia sekarang ni hipokrit. kuasa dan wang adalah segala-galanya. tanpa 2 benda tu, merempat lah kita. kecuali bagi orang-orang yang beriman, wallahualam..

Psst~! malam ni Manchester United lawan Liverpool.. pastu anugerah juara lagu plak.. nak tengok yang mana satu? ke tidur? haha
26 komen bernas

Facebook Fan Page Untuk AfiqBukhari.com

December 8, 2010

Salam semua. aku pasti ramai di kalangan blogger dan pembaca mempunyai akaun facebook sebagai medium untuk mengetengahkan sesuatu tulisan yang bersifat peribadi, pengetahuan dan segala maklumat yang boleh mendatangkan keburukan kebaikan.

Oleh itu, aku dengan rendah dirinya telah mewujudkan satu page khas untuk AfiqBukhari.com di facebook sebagai tanda mengikuti perkembangan semasa *lol walaupun outdated, aku tetap optimis dalam membuat sesuatu keputusan untuk kebaikan masa depan AfiqBukhari.com.


Ingin menyokong AfiqBukhari.com? SILA KE SINI - AfiqBukhari.com Facebook Fan Page

Kalau berminat, silalah 'like'. kalau tak berminat, aku tak paksa pun. yang penting, ikhlas dan berminat. sebelum terlupa, box untuk like page AfiqBukhari.com ni aku selitkan dalam page Exchange Banner & Chatbox. atau pun korang semua boleh terus klik icon 'Find us on Facebook' di ruangan sidebar.



Psst~! dah lama aku pasang niat nak buat facebook fan page ni. akhirnya tercapai jua. so sebagai permulaan, akulah orang pertama yang 'like' page AfiqBukhari.com *haha


Psst2~! aku terdengar desas-desus mengatakan yang kerajaan Malaysia nak haramkan Facebook. cehh aku baru je create fan page nih. zzz.. tapi kalau untuk kebaikan apa salahnya. tak mati pun manusia kalau tak ada akaun facebook.
19 komen bernas

Quit main Farmville!

February 22, 2010

apekahh?? hehe tu niat aq sebenarnye nk berenti main game online kt facebook[da berenti da]. aq siap letak note kt ladang aq psl pemberhentian aq drpd game tu.



alasan aq untuk zynga:


-yup, mmg aq ketagih main game tu. tp smpi mase aq patut berenti.
-aq da letih nk harvest. ladang kecik xpe lagi. kalu da besar tu, sakit jgak tgn asik nk klik2. walaupun dah dibekalkan ngn traktor, minyak xcukup! kalu aq jutawan, aq leh beli la minyak yg zynga jual tu. hehe sorry zynga. kalu lagi byk gift utk minyak, mmg best.
-aq da achieve ape yg aq nak bile main game tu. aq da beli VILLA! haha
-walaupn level xsetinngi org lain, kire ok la da lpas level 30+. agak lame jgakla nk smpi ke tahap tu.
-lastly, aq betul2 puas!


huhu bukan ape. aq ni mmg addicted bile men game online. dulu mase kt myspace, aq dok men mafia wars. lame2 jemu jgak pasal hari2 mengadap bnde yg same. selamat kt facebook aq xsambung main. kalu x, smpi skng aq dok ketagih game tu. cukuplaaaaa. aq da penat! hehe


ramai je membe2 aq main game online nih. sbb mmbe jgakla aq main. nk challenge sape level paling tnggi. haha lawak2! pe2hal pn, thnkx utk kawan2 aq yg sanggup nk menolong bg hadiah tiap2 hari utk aq berjaya dlm game tu. cehh! berjaya dlm idup pn blum tercapai lagi. hehehe salah satu reason jgak tu np aq quit.

ni snapshot terkahir ladang aq kt farmville:




ps/ xsalah main game online. tp jgn smpi ketagih sangat. byk bnde penting dlm real life yg kite kene buat :)
16 komen bernas