Showing posts with label celcom. Show all posts
Showing posts with label celcom. Show all posts

Hotlink atau Digi?

January 29, 2011

Assalamualaikum..

Kepada semua student-student UiTM yang sedang bercuti, selamat bercuti.. seminggu je pun cutinya, jangan nak happy sangatla. habis cuti nanti bersiap sediala dengan test, kuiz, pop kuiz, assignment, presentation, dll..

Waktu cuti ni, penuhkan la cuti anda dengan membaca buku(kalau bawak balik buku ke kampungla haha)... tapi cuti aku pulak maybe akan dipenuhi dengan aktiviti menyerbu kedai alat-alat tulis untuk print out segala jenis dokumen-dokumen ptptn. lepas tu kena mencari Pegawai-pegawai A atau saksi untuk menandatangani borang-borang ptptn yang berlonggok tu. harap dapat setel sebelum habis cuti..


Okeh, kalau aku nak pakai satu lagi nombor telefon Prabayar@prepaid, korang cadangkan telco apa? Hotlink atau Digi? any idea? any good@bad experiences dengan telco-telco tersebut? currently aku pakai Celcom. aku nak beli nombor baru just untuk menghidupkan handphone lama.. sebabnya kamera di handphone lama aku lagi gempak dari handphone yang baru.. plus boleh jadi backup, kot-kot nombor Celcom dah habis kredit ke..

Aku memang takde pengalaman sangat dengan telco Hotlink dan Digi. so aku mengharapkan korang semua boleh memberi pendapat atau cadangan yang bernas dan jitu. beli nombor telefon ni sama macam beli kereta. nak pakai untuk jangka masa yang panjang. aku bukannya malas nak buat research. faham-faham jela semua telco menjanjikan yang terbaik. tapi betul ke terbaik?..... itu pasal la aku highlightkan any good@bad experiences?...

Psst~! aku pengguna setia CELCOM! kalau ada benda baru, silalah berkongsi dengan aku yer :)
25 komen bernas

Celcom Broadband atau DiGi Broadband?

December 23, 2010

Assalamu'alaikum readers.. aku dah nak masuk belajar ni. so nak tanya sikit especially kepada pengguna-pengguna broadband. agak-agak, rangkaian broadband mana yang terbaik. Celcom atau Digi?

Harga langganan nak dekat sama dah untuk tiap-tiap bulan. aku nak langgan pakej yang murah-murah je dulu sebagai pengenalan. lepas tu kalau betul-betul berminat dan puas hati, baru aku upgrade pakej.


Celcom Broadband = RM 48/month (diskaun potongan sebanyak RM10 selama 6 bulan pertama shj), speed 384kbps untuk the whole day rasanya..


DiGi Broadband = RM 38/month, speed 700kbps (from7am-7pm). bila masuk waktu malam, speed terus turun jadi 128kbps.

Masalah utama aku sebelum nak melanggan broadband ni, network coverage. orang kata, coverage Celcom broadband ni terbaik! bila duduk di kawasan luar bandar. tapi Digi broadband plak terbaik! di kawasan bandar. betul ke semua tu? ada sebarang komen?

Tempat belajar aku tu betul-betul di kawasan bandar. aku dah check network coverage (tempat aku belajar) dalam laman web Celcom dan DiGi. kedua-duanya dapat full signal di kawasan bandar. tapi untuk di kawasan luar bandar plak, DiGi kurang, Celcom adela sikit. so sekarang aku dalam dilema.

Apa pendapat korang? kalau boleh aku nak tahu pasal network coverage je, mana yang terbaik untuk aku langgan. maybe aku tak duduk setempat. takut-takut kena pergi ke kawasan luar bandar ke...

Psst~! streamyx dah langgan. sekarang nak cuba broadband plak.
24 komen bernas

Alkisah Topup Celcom

August 1, 2010

Alkisahnya, 3 sekawan sedang duduk melepak. tiba2 seorang kawan aku, Ahmad nak pergi beli topup. kat kedai mana ntah aku pun da lupa. ko pergi sorang jelah, kedai depan tu je pun... bia aku ngn Mamat lepak kat sini....

Sedang aku ngn mamat tengah sedap2 berborak, nampak plak si ahmad ni tersipu2 malu bercampur dengan muka yang berkerut mendekati aku dan mamat... 

oit pahal ko ni mad?? sekejap senyum, sekejap berkerut dahi. apa yang ko suka sangat nih? lantas dia menghulurkan sekeping topup card Celcom(bukan yang keras, tapi yang kua dari mesin tu). lalu dia berbisik kepada kami yang.....

Ahmad: tokeh kedai tu tadi salah key in nombor... tah macam mana masa dia tengah tekan nombor tu, penyakit sawan babi dia datang. abeh menggeletar satu badan. tu yang jari asek dok menekan '0' banyak kali sampai cukup 6 angka.. nombor 1 da lepas lama dah... tup2, sreeettttt~! topup tu keluar dari mesin. aku tengok, RM 1,000,000!!! mak aih, terkejut beruk aku. aku serba salah nak tolong tokeh tu ke x.. last2 aku tolong baringkan dia je sambil2 tu jerit panggil orang dalam kedai soh tolong tokeh tu... tangan aku pun sambil2 jugak la merembat topup tu.. tu yang keluar dari kedai tadi aku kerut dahi pasal takut orang nampak....
Aku dan mamat pun, melopong ooooooooooo.... begitu kisahnya.... takut bercampur sangat teruja. kami bertiga sepakat nak guna topup tu. tapi pada nombor telepon sapa? setelah undian dilakukan, nombor telepon aku terpilih. dalam hati "siot tol, benda jahat ni korang soh aku buat eh".... aku pun setuju.

Tapi x kan pihak Celcom xleh nak detect masalah ni. bayangkan ek. aku da la jarang topup. tup2, nombor aku naik dalam senarai sebab topup sejuta. x ke pelik orang2 Celcom nanti.. arghh pedulikan, nanti pandai2 la dorang cari aku...

Dah 2 hari aku pakai topup ni. share dengan mamat & ahmad pun dah. sorang seribu. tapi yang musykilnya, x kan pihak Celcom x ragu2 lagi?.............

Apsal sejuk sangat ni? laaaaaaaaaaaaaaaaa... aku bangun, menuju ke kipas, dan terus tutup kipas. aku bermimpi rupanya.... ;p

psst~! paling banyak korang pernah topup berapa?
15 komen bernas

Celcom Xpax MTV World Stage - Buffered

July 24, 2010

Alhamdulillah~! pergi satu, datang satu. paham x statement tu? hehe Blog Si Biru dapat lagi buffer dari Celcom & Nuffnang. kali ni pihak Celcom advertised pasal konsert MTV World Stage, Live In Malaysia 2010. aku kurang sikit pasal konsert2 ni. aku lagi suka tengok dalam televesen je. xdela sesak sangat kan haha


Aku ni pengguna setia Celcom/Xpax. padan la asek dapat message pasal konsert ni. pastu no wonder la iklan xpax ni asek berlegar2 dalam Blog Si Biru. aku da agak da yang aku akan dapat buffer lagi hehe. thankx to Celcom dan thankx a lot to Nuffnang juga sebab memberikan peluang dan still percaya kepada Blog Si Biru untuk menjadi pengiklan sementara bagi pihak korang.


Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari "Channel [X]". x pun korang klik jer dekat gambar2 yang kat atas ni ;)

psst~! pada yang still x dapat buffer lagi, harap bersabar k. follow tips2 dari otai macam mana nak dapatkan buffer. :)
7 komen bernas