Showing posts with label broadband. Show all posts
Showing posts with label broadband. Show all posts

Terjah Blog Dia! - aku cuma nak membebel..

May 5, 2011

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak review blog orang plus sebenarnya aku tak reti sangat nak membuat penilaian. almaklumlah, kekangan masa yang terlalu kekang. so kali ni aku nak review blog salah seorang blogger yang memang suka review blog aku tanpa izin hehe.

Sebenarnya aku tak tetapkan apa-apa syarat pun untuk review blog blogger lain. bila timbul mood nak review, aku akan review. tak kisahlah blog siapa pun, yang penting aku review. orang kata, tak pun 'orang lamo' kata, dengan cara review ni, trafik dua hala akan terhasil. so 2-2 pihak akan untung. gimana ya? rasa-rasanya encik google boleh membantu.

Ok, kat bawah ni adalah apa yang direview oleh blogger ini kepada blog aku,

Template simple, cantik, rapi, kemas, sejuk mata memandang, menatang2 kat sidebar tersusun rapi. Memang tak berserabutlah kepala kau yang sedia berserabut tu bila masuk ke blog ni! Entri? Bagi aku dia ni bijak ah gabungkan info, mesej-mesej tersirat dalam entri-entri dia walaupun entri personal. Bijak kan? Hebat kan? Komen pun berduyun situ, nak kata apa lagi? Cuma brader ni jarang update sikit sekarang ni. Kalau tak.. pergh!!
Aku balas: aku memang tak suka blog yang serabut, nanti pemikiran dan penglihatan aku akan bertambah serabut. just nak bagi tips dan nasihat sikit, sebelum publish blog, pastikan mata kita tak sakit bila tengok blog kita sendiri. :)

Owner dia pun sangat friendly. Nice! Oh mana-mana blogger perempuan kalau kau single, boleh try usha brader ni k. Single lagi dia ni aku rasa. Hahah!
Aku balas: friendly sangat eh aku ni? pandai-pandailah kamu semua menilai saya yer. sekarang ni memang tak banyak masa nak update blog. so tak nampak sangat friendly nye kot. siapa-siapa yang pernah mengenali Afiq Bukhari, sila pertahankan saya yer hee.tang single tu, no komen ;p

Itu je yang dibebelkan oleh blogger ini. so tunggu apa lagi, silalah terjah sekarang kalau nak kenal dengan dia. rasa-rasanya, 'single' jugak! hee.

Bagi aku plak, blog dia pun kemas, dan tersusun rapi. loading page agak laju sebab tak banyak aksesori-aksesori yang memberatkan sesebuah blog seperti autoplay music player@video, falling flower, falling snow, etc..  tapi sebenarnya bergantung kepada kelajuan internet masing-masing. kalau laju, lajulah blog tu akan terbukak.

Blogger ini sebenarnya friendly jugak. tak pernah kenal erti putus asa. suka bertanya sesuatu yang akan memajukan diri dan blog. kalau tak, takkan la aku boleh cakap yang blog dia pun laju hehe. anyway, thnks a lot to blogger ini sebab suka menolong aku menaikkan trafik :)

Psst~! tapikan, ada 'orang' cakap blog saya beratla... apa pendapat anda semua?
12 komen bernas

Maxis Om Nom Nom Race - Buffered earningku yang pertama

January 12, 2011

Assalamualaikum...

Om nom nom... kap kun kaiii.. woppp!! alhamdulillah, akhirnya muncul juga buffered pertama afiqbukhari.com untuk tahun 2011.. agak lama sebenarnya menunggu. terima kasih Nuffnang. terima kasih Maxis. buffered kali ni berkenaan dengan event yang dianjurkan oleh Maxis, 'food edition' di mana para peserta perlu berlumba against time to complete various food challenges all around Malaysia.. mana-mana blogger yang memang fanatik dengan Amazing Race Asia, bolehlah join. 60 bloggers diperlukan untuk menyertai event yang best ni.. hadiah pun lumayan.. tak caya meh tengok sini, Maxis Om Nom Nom Race.

Kalau sesiapa yang berminat nak join this event,

Date: 15 January 2011 (Saturday)
Venue: Modesto’s, Ground Floor, Capital Square, 7 Persiaran CapSquare 50100, Kuala LumpurTime: 8am-7pm (all participants must register before 9am)
Dress code: customized “The Maxis Om Nom Nom Race” T-shirts will be provided (please indicate your desired size in your blog post entry)

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, sila layari Maxis Om Nom Nom Race.


Psst~! dalam banyak-banyak makanan, makanan free yang paling sedap..
20 komen bernas

Celcom Broadband atau DiGi Broadband?

December 23, 2010

Assalamu'alaikum readers.. aku dah nak masuk belajar ni. so nak tanya sikit especially kepada pengguna-pengguna broadband. agak-agak, rangkaian broadband mana yang terbaik. Celcom atau Digi?

Harga langganan nak dekat sama dah untuk tiap-tiap bulan. aku nak langgan pakej yang murah-murah je dulu sebagai pengenalan. lepas tu kalau betul-betul berminat dan puas hati, baru aku upgrade pakej.


Celcom Broadband = RM 48/month (diskaun potongan sebanyak RM10 selama 6 bulan pertama shj), speed 384kbps untuk the whole day rasanya..


DiGi Broadband = RM 38/month, speed 700kbps (from7am-7pm). bila masuk waktu malam, speed terus turun jadi 128kbps.

Masalah utama aku sebelum nak melanggan broadband ni, network coverage. orang kata, coverage Celcom broadband ni terbaik! bila duduk di kawasan luar bandar. tapi Digi broadband plak terbaik! di kawasan bandar. betul ke semua tu? ada sebarang komen?

Tempat belajar aku tu betul-betul di kawasan bandar. aku dah check network coverage (tempat aku belajar) dalam laman web Celcom dan DiGi. kedua-duanya dapat full signal di kawasan bandar. tapi untuk di kawasan luar bandar plak, DiGi kurang, Celcom adela sikit. so sekarang aku dalam dilema.

Apa pendapat korang? kalau boleh aku nak tahu pasal network coverage je, mana yang terbaik untuk aku langgan. maybe aku tak duduk setempat. takut-takut kena pergi ke kawasan luar bandar ke...

Psst~! streamyx dah langgan. sekarang nak cuba broadband plak.
24 komen bernas