Showing posts with label blog review. Show all posts
Showing posts with label blog review. Show all posts

Terjah Blog Dia! - aku cuma nak membebel..

May 5, 2011

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak review blog orang plus sebenarnya aku tak reti sangat nak membuat penilaian. almaklumlah, kekangan masa yang terlalu kekang. so kali ni aku nak review blog salah seorang blogger yang memang suka review blog aku tanpa izin hehe.

Sebenarnya aku tak tetapkan apa-apa syarat pun untuk review blog blogger lain. bila timbul mood nak review, aku akan review. tak kisahlah blog siapa pun, yang penting aku review. orang kata, tak pun 'orang lamo' kata, dengan cara review ni, trafik dua hala akan terhasil. so 2-2 pihak akan untung. gimana ya? rasa-rasanya encik google boleh membantu.

Ok, kat bawah ni adalah apa yang direview oleh blogger ini kepada blog aku,

Template simple, cantik, rapi, kemas, sejuk mata memandang, menatang2 kat sidebar tersusun rapi. Memang tak berserabutlah kepala kau yang sedia berserabut tu bila masuk ke blog ni! Entri? Bagi aku dia ni bijak ah gabungkan info, mesej-mesej tersirat dalam entri-entri dia walaupun entri personal. Bijak kan? Hebat kan? Komen pun berduyun situ, nak kata apa lagi? Cuma brader ni jarang update sikit sekarang ni. Kalau tak.. pergh!!
Aku balas: aku memang tak suka blog yang serabut, nanti pemikiran dan penglihatan aku akan bertambah serabut. just nak bagi tips dan nasihat sikit, sebelum publish blog, pastikan mata kita tak sakit bila tengok blog kita sendiri. :)

Owner dia pun sangat friendly. Nice! Oh mana-mana blogger perempuan kalau kau single, boleh try usha brader ni k. Single lagi dia ni aku rasa. Hahah!
Aku balas: friendly sangat eh aku ni? pandai-pandailah kamu semua menilai saya yer. sekarang ni memang tak banyak masa nak update blog. so tak nampak sangat friendly nye kot. siapa-siapa yang pernah mengenali Afiq Bukhari, sila pertahankan saya yer hee.tang single tu, no komen ;p

Itu je yang dibebelkan oleh blogger ini. so tunggu apa lagi, silalah terjah sekarang kalau nak kenal dengan dia. rasa-rasanya, 'single' jugak! hee.

Bagi aku plak, blog dia pun kemas, dan tersusun rapi. loading page agak laju sebab tak banyak aksesori-aksesori yang memberatkan sesebuah blog seperti autoplay music player@video, falling flower, falling snow, etc..  tapi sebenarnya bergantung kepada kelajuan internet masing-masing. kalau laju, lajulah blog tu akan terbukak.

Blogger ini sebenarnya friendly jugak. tak pernah kenal erti putus asa. suka bertanya sesuatu yang akan memajukan diri dan blog. kalau tak, takkan la aku boleh cakap yang blog dia pun laju hehe. anyway, thnks a lot to blogger ini sebab suka menolong aku menaikkan trafik :)

Psst~! tapikan, ada 'orang' cakap blog saya beratla... apa pendapat anda semua?
12 komen bernas

Kopitiam Maya Yang Halal - Blog Review

August 13, 2010

Assalamu'alaikum...

hujan lebat tatkala orang ramai berpusu2 ke bazar ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa... pengenalan luar dari kotak... zzz

masih ingat lagi dengan tajuk hangat 'was-was kopitam'? hehe kali ni aku saje nak kaitkan dengan satu blog yang diberi nama padinno.com. blog ni ada kedai kopitiamnya sendiri di alam maya. korang perasan x ada satu banner yang bertemakan cawan kopi dalam blog aku ni? hehe gambar yang kat sebelah ni ha.. tapi yang penting kopitiam padinno ni halal.

sebenarnya aku baru kenal dengan tuan empunya blog, si padin ni dalam sebulan lebih yang lalu. ye ke padin? ehehe mula2 aku masuk blog dia, kuning semacam je. wahh, macam best je ni. tapi takut gak nak berkenalan dengan padin ni. muka nampak garang je dalam blog.. bila dok beramah mesra dalam chatbox, barula taw betapa lembutnya hati seorang insan yang padin ni..

berbalik kepada blog padinno.com. susunan yang kemas dan teratur. dari atas sampailah ke kaki blog. satu persatu gadget disusun dalam kotak masing2. dan yang lebih penting, ringan!! paham2 jela bila menggunakan pc yang outdated, semuanya lembap. tapi bila masuk blog padinno.com ni, cepat je keterbukaanya haha pendek kata, lajulah!

ok aku ingat nak berterus terang je dengan korang. setiap hari, aku mesti bukak padinno.com ni. sebab apa? sebabnya entry2 yang padin buat semuanya ada maklumat yang berguna. padin bukan omong kosong. x percaya? try baca entry yang padin buat ni, 'Perjuangan Ramadhan' . try la baca. nak lagi? try baca ni plak, 'Surat Untuk Mak'. haa,apa macam? ok ka tarak ok?

bagi sapa2 yang pernah masuk blog si padin ni, korang mesti familiar dengan gambar yang di bawah ni kan? ekeke cute x padin?

tuan empunya padinno kopitiam :D

hehe tu sajelah yang aku nak cerita pasal si padin dengan kedai kopitiam dia tu. yang penting, sejak aku kenal padin dan kedai kopitiam dia tu, aku mula kenal ramai kawan dalam dunia blog ni. macam2 masalah leh dibincangkan kat dalam kopitiam padin. korang pun kalau nak join melepak kat kedai padin, mehla. bukan apa. sambil2 korang blogwalking atau bosan xtaw nak buat pe bile duduk depan laptop, leh berborak sakan kat kopitiam padin. mehlaaa... kat SINI.. scroll sampai bawah taw :)

psst~! oit padin,thnkx kat ko pasal temukan aku dengan member2 yang lain :D

17 komen bernas