Showing posts with label banjir. Show all posts
Showing posts with label banjir. Show all posts

Angkara Banjir Lagi

December 21, 2010

Assalamu'alaikum readers... sekarang ni musim hujan. hujan selebat-lebatnya mencurah-curah ke permukaan bumi. kalau banjir disebabkan hujan lebat, manusia boleh terima lagi sebab itu kejadian alam ciptaan Allah SWT. tapi kalau banjir disebabkan kerakusan manusia(pembinaan), oh! sakit hati.



Tengok tuh. sampaikan bumper depan kereta aku pun boleh patah disebabkan banjir. padahal aku drive slow je time redah banjir tu. betapa kuatnya kuasa air subhanallah. tapi siapa penyebab banjir ni? manusia sendirilah yang sibuk nak naikkan bangunan sana, rumah situ, kedai sini. dah la tempat tu sesak. ditambah pulak kesesakkan dengan kawasan pembinaan yang baru.

Sekadar gambar hiasan.


Sudah-sudahlah tu nak kejar keuntungan. banyak lagi tempat lain yang kosong dan selamat untuk dimajukan. Malaysia ni bukannya kecil sangat pun. tak kan dah lupa dengan peristiwa Highland Towers kot??

Psst~! mana nak cari duit ganti bumper kereta tu? nuffnang pun tak bagi lagi buffer yang baru *hehe
27 komen bernas

Warga Pulau Pinang, Sila Berjaga-Jaga Dengan Amaran Banjir Kilat

October 28, 2010

GEORGETOWN: Orang ramai yang tinggal di kawasan rendah dan tebing sungai diminta mengambil langkah berjaga-jaga serta bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir kilat pada Isnin dan Selasa depan.
Jurucakap Jabatan Meteorologi Pulau Pinang berkata negeri itu dijangka menerima hujan lebat selama dua hari berturut-turut, iaitu pada 1 dan 2 November ini, dan keadaan hujan dijangka membawa kesan banjir kilat di kawasan rendah.
"Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran di tahap kuning ekoran hujan lebat tanpa henti akan berlaku di beberapa kawasan di Pulau Pinang, Perak Utara, Kedah dan Perlis selama dua hari, iaitu pada 1 dan 2 November ini ekoran perubahan monsun," katanya hari ini.
Sementara itu, pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata penduduk di kawasan yang sering dilanda banjir, diminta memastikan kelancaran saliran air di longkang dan parit di tempat masing-masing.
"Orang ramai yang memerlukan bantuan untuk membersihkan longkang atau parit di kawasan perumahan, boleh menghubungi Bahagian Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Pulau Pinang menerusi talian 04-2637 637 atau Majlis Perbandaran Seberang Perai 04-5497 700", katanya.-Bernama Sumber

Psst~! harap2 berita ni hanya sekadar amaran je.. apa2 pun, kepada warga Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia, sila berhati2 dan bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan banjir kilat ni.... ~teringat peristiwa banjir kilat di dalam rumah aku sendiri.
9 komen bernas