Showing posts with label cetak rompak. Show all posts
Showing posts with label cetak rompak. Show all posts

Plaza Lowyat Halau Penyewa Lanun

October 18, 2010

Pirates of the Caribbean Selingan je nih *gelak besar

KUALA LUMPUR: Plaza Low Yat akan menghalau penyewa yang disabitkan dengan cetak rompak bagi menyokong usaha anti-cetak rompak kerajaan.
Pengurus Besar Pengurusan Hartanah dan Operasi, Michael Lee berkata, langkah proaktif itu akan melengkapkan kempen anti cetak rompak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang dilancar pada Mei tahun lalu.
"Inisiatif ini menyaksikan tindakan kami untuk terus komited menjadi pusat beli-belah teknologi maklumat yang tulen 100 peratus.
"Kami gembira mendapat sokongan daripada kerajaan dan juga gergasi perisian seperti Microsoft," kata beliau pada pengumuman untuk meneruskan kerjasama dengan Microsoft bagi memerangi cetak rompak di sini hari ini.
Lee berkata, walaupun Plaza Low Yat adalah plaza IT pertama di dalam negara mempunyai inisiatif sedemikian, beliau berharap ia bukanlah yang terakhir.
"Kami menyeru semua pusat beli-belah di Malaysia menyertai kami memerangi cetak rompak ini," kata beliau.
Pengurus Besar Pengeluaran Kelengkapan Asli Microsoft Malaysia, Low Sin Yip berkata, berdasarkan kepada penyelidikan International Data Corp, nilai pasaran cetak rompak bernilai US$453 juta setahun.-Bernama & myMetro
Psst~! halau je.. kadang2 dorang ni buat takut orang je dok panggil2 soh beli cd pirate tu.. tapi kalau handphone pirate, laptop pirate? x kena halau gak ke? aku dah banyak kali naik turun naik turun lowyat tu semata2 nak claim warranty adapter yang ORIGINAL gakkkkkkkk!! better beli yang asli, puas hati, x kena maki...
11 komen bernas