Showing posts with label lowyat. Show all posts
Showing posts with label lowyat. Show all posts

Plaza Lowyat Halau Penyewa Lanun

October 18, 2010

Pirates of the Caribbean Selingan je nih *gelak besar

KUALA LUMPUR: Plaza Low Yat akan menghalau penyewa yang disabitkan dengan cetak rompak bagi menyokong usaha anti-cetak rompak kerajaan.
Pengurus Besar Pengurusan Hartanah dan Operasi, Michael Lee berkata, langkah proaktif itu akan melengkapkan kempen anti cetak rompak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang dilancar pada Mei tahun lalu.
"Inisiatif ini menyaksikan tindakan kami untuk terus komited menjadi pusat beli-belah teknologi maklumat yang tulen 100 peratus.
"Kami gembira mendapat sokongan daripada kerajaan dan juga gergasi perisian seperti Microsoft," kata beliau pada pengumuman untuk meneruskan kerjasama dengan Microsoft bagi memerangi cetak rompak di sini hari ini.
Lee berkata, walaupun Plaza Low Yat adalah plaza IT pertama di dalam negara mempunyai inisiatif sedemikian, beliau berharap ia bukanlah yang terakhir.
"Kami menyeru semua pusat beli-belah di Malaysia menyertai kami memerangi cetak rompak ini," kata beliau.
Pengurus Besar Pengeluaran Kelengkapan Asli Microsoft Malaysia, Low Sin Yip berkata, berdasarkan kepada penyelidikan International Data Corp, nilai pasaran cetak rompak bernilai US$453 juta setahun.-Bernama & myMetro
Psst~! halau je.. kadang2 dorang ni buat takut orang je dok panggil2 soh beli cd pirate tu.. tapi kalau handphone pirate, laptop pirate? x kena halau gak ke? aku dah banyak kali naik turun naik turun lowyat tu semata2 nak claim warranty adapter yang ORIGINAL gakkkkkkkk!! better beli yang asli, puas hati, x kena maki...
11 komen bernas

Tikus Pakai Pampers Jenama Steelseries

September 26, 2010

Tikus pakai pampers?? ape korang ingat baby je ke yang pakai pampers? dulu aku ada bela tikus yang x berekor. dah tu sampai sekarang asek nk buang air merata je. sampai sakit2 tangan aku nak bersihkan badan tikus tu. si tikus tu plak asek sakit je..

Sejak aku belikan dia pampers, dia makin ceria. aktif bergerak ke sana ke mari.. lancar je pergerakan x macam dulu.. heee aku pun tumpang gembira la.. haha si tikus yang aku maksudkan ialah...



Tu ha mouse wireless aku, kan da pakai pampers bawah tu eheheehe.. mesti korang ingat lagi kan mouse yang aku beli dulu tu. kalau x ingat xpela :( ehehe petang tadi aku pergi lowyat.. ingat nak cari mouse pad satu.. xsedap la cursor bila xde mouse pad. asek lari2 je. geram plak aku.. tu yang beli satu, jenama steelseries.. harga pun leh tahan sakit kepala gak la, RM35 untuk sekeping mouse pad.. tapi xpe.. bia mahal asalkan puas hati untuk jangka masa yang lama..

Cuaca petang tadi pun agak best jugak..hujan tuuu.. ingat nak zzz jap. tapi sampai2 je umah, ade plak orang msg aku nak beli barang yang aku iklankan dalam mudah.my.. dia ajak jumpa sebab nak beli barang tu.. rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.. dengan rela hatinya aku bersetuju. ehehe alhamdulillah satu sesi perjumpaan yang dinamakan COD berjalan dengan lancar. thankx kepada pembeli, namanya Khairul.. korang x kenal pun. haha





psst~! pekena teh tarik ngn roti canai sedap jugak time2 hujan ni... slurppp.. mane bro curly ni r? kata nak lanje capati.. haha
24 komen bernas