Showing posts with label naik harga. Show all posts
Showing posts with label naik harga. Show all posts

RM2.40 untuk seliter RON 97

January 5, 2011

Assalamualaikum...

5 Januari 2011,

Minyak petrol RON 97 naik harga? aku dengar dari RM2.30 naik jadi RM2.40. peningkatan harga sebanyak sepuluh sen.

Sepuluh sen tu duit jugak rasanya. dan sangat bernilai untuk melengkapkan nilai angka sejuta.

Lantaklah nak naik harga ke, turun ke. yang penting, jangan kacau minyak RON 95 yang seliter hanya RM1.90 je. aku memang tak mampu dah nak guna minyak RON 97. kereta aku bukannya Ferrari, mahupun Lamborghini. cukuplah dengan yang kuning, bergerak jugak kereta aku.



Psst~! muak dengan isu minyak naik harga ni.. minyak tanah pun rasanya naik harga jugak. jangan orang minyak yang naik minyak dahla zzz...
11 komen bernas

Surat Khabar Naik Harga?

October 10, 2010

Assalamu'alaikum...

Tiba2 bapak aku bersuara, 'surat khabar naik harga ni'...

Sejak bila surat khabar naik harga ni? ke aku yang outdated? metro harian Ahad dah jadi RM 2 untuk semenanjung, sabah dan sarawak plak dah naik jadi RM 2.50... sebelum ni RM 1.80 je untuk semenanjung.. fuiyoooo mentang2 da lama aku x beli sendiri surat khabar ni, sekarang asek baca online je, terus naik harga ek?.. aku try cari bukti kukuh dalam internet, x jumpa pun info pasal surat khabar naik harga?? aku try compare harga metro ahad minggu lepas, dah memang RM 2 pun.. huhu ke untuk hari ahad je?

Aisehh makin lagi dan lagi kurang berminatla aku nak beli surat khabar camni.. baik baca online je.. sambil2 tu leh kurangkan aktiviti pembalakan kat malaysia ni.. support alam sekitar.. brtul x? ke itu matlamat dorang sebab naikkan harga ni? alhamdulillah la camtu, banyak sikit oksigen yang kitorang leh sedut sementara nyawa masih ade ni..

Tapi aku rasa orang still membeli surat khabar sebab itu tradisi turun temurun kot.. x sah kalau sarapan pagi x baca surat khabar.. x sah kalau tengah memerut x baca surat khabar.. x sah kalau blackout x baca surat khabar.. x sah kalau dok dalam hutan x baca surat khabar.. tapi janganlah naik harga lagi... kesian kat orang berpendapatan rendah..

Pada yang mampu, teruskan membeli.. dan aku memang support metro sebab banyak berita dan cerita menarik dalam tu.. x jemu nak membaca ;)

Psst~! aku paling suka time orang jual surat khabar lalu depan rumah, mesti dapat duit haha
12 komen bernas