Showing posts with label hantu. Show all posts
Showing posts with label hantu. Show all posts

Kawasan Perkuburan

January 17, 2011

Assalamualaikum..

Alhamdulillah aku dapat mencoret lagi sepatah dua kata di dalam afiqbukhari.com.. aku sampai di Melaka tepat pukul 12 tengah malam tadi.. tapi tak boleh terus balik rumah sewa, kena hantar seorang lagi kawan ke rumah sewanya. jauh atau dekat bukan masalah utama, tapi di sepanjang perjalanan nak menuju ke rumah sewanya, aku kena lalui 2 kawasan perkuburan. satu kubur Islam dan satu lagi kubur Cina..

Adeh... nak kata berani, takdela berani sangat. tapi nak buat macam mana, memang itu je satu-satunya jalan ke rumah sewa si member ni. maybe ada jalan lain tapi aku belum explore lagi negeri Melaka ni. nak tak nak, memang kena lalu situ.. biasalah kita ni kan. dengar je kawasan perkuburan, mesti takut nak lalu kat situ. lagi-lagi tengah malam.

Masa lalu kat kawasan perkuburan tu, mata aku dok melilau kiri kanan.. takut-takut ternampak something yang boleh membuatkan jantung ni berdegup dengan kencang. aku ni memang macam tu, mesti nak tengok walaupun takut. bukan nak mencabar tapi memang nak tengok dengan sengaja ataupun tak sengaja. lepas tu pengsan ke apa, lain cerita. bulu roma macam biasalah, tegak berdiri.. tunggu masa nak tercabut dari kulit badan je.........
















GAHHHH!!!




Sebenarnya takde benda pelik yang berlaku pun masa aku sorang-sorang lalu kat kawasan tu huhu.. perasaan ni je yang takut sangat. otak tu plak dah fikir macam-macam benda mistik yang akan berlaku. hantu atas bumbung kereta la, ada hantu kat seat belakang la, batu nisan la, jumpa hantu cina la, jumpa pocong melompat-lompat la, macam-macam.. dahla sebelum bertolak tu baru lepas tengok cerita Mantra. zzzz...

Psst~! sapa dah tengok khurafat? aku dengar orang kata best.. korang nak bagi berapa bintang? kalau 5 bintang, aku nak pergi tengok.
23 komen bernas

Hantu Join Sekaki Time Jamming

October 24, 2010

KUALA LUMPUR: Kemeriahan sebuah keluarga mengikuti sesi ‘jamming’ di sebuah studio di ibu kota baru-baru ini, bertukar menjadi pengalaman menyeramkan dengan kemunculan lembaga menyerupai hantu.
Kemunculan lembaga berjubah putih berambut panjang itu dirakam menerusi video digital milik suri rumah, Sabaryah Abdul Wahid, 29, ketika merakam aksi suaminya, Norzamri Ali Budin, 31, serta rakan mereka berlatih muzik pada malam sekitar jam 1 pagi.
Sabaryah berkata, dia dan suaminya terkejut melihat kehadiran lembaga terbabit sebaik menonton semula rakaman di rumah.
“Memang kami sekeluarga selalu mengikuti sesi jamming suami dengan rakannya dan merakamnya sebagai kenangan.
“Namun tak sangka pula, dalam sesi jamming yang kami ikuti di sebuah studio baru-baru ini turut disertai lembaga berjubah putih,”
katanya, semalam.
Jelasnya, rakaman video itu dibuat selama sejam setengah tapi tidak menyangka pada 10 minit terakhir, bayangan makhluk berjubah putih dan berambut panjang itu dapat dilihat.
Norzamri pula berkata sebaik melihat rakaman itu semula, anak ketiganya, Siti Aishah Norzamri, 7, mengakui dia melihat kehadiran makhluk berkenaan dan terdiam kerana takut.
“Ketika melihat kali pertama, saya kurang yakin sangat dengan video itu kerana menyangka mungkin bayangan, tetapi bila anak saya mengesahkan turut melihatnya, baru saya pasti ia makhluk lain,” katanya. sumber - metro

Psst~! dah lama aku x jamm.. maleh plak rasenya lepas ni nak jamm kalau ada hantu join sekaki. mau terkencing masa tu haha
16 komen bernas