Apa kata aku kepada cik anonymous ni?
Komen untuk entry Hantu Join Sekaki Time Jamming
Apa maklumat yang berguna cik anon dapat daripada entry ni? siap nak hantar kat kawan suruh baca lagi. thanks yer tolong promote. tapi...
Komen untuk entry Blog Berat? Skrin LCD lebar atau sempit?
Untuk 3 patah perkataan yang terawal tu, aku x tahu apa maksud dia. tapi ayat yang selepas tu buat hidung aku kembang kempis menarik nafas keraguan. apela yang nak direspectkan sangat dengan afiqbukhari.com. tapi...
Komen untuk entry Uncle Punya Blog Kasi Aku Award
I am a GREAT WRITTER! yes, I admit it. kau nak nombor phone aku ke? kau nak hire aku sebagai apa ni? bayaran macam mana plak. kurang dari RM5K aku x nak. terang-terang kau sendiri yang cakap aku great writter. so no wonderla aku demand. tapi...
Tapi tu semua SPAM je. inilah risiko yang aku kena tanggung kalau blog bertukar dari sistem No Follow kepada Do Follow. kedua-dua sistem follow ni ada pro dan kontra masing-masing. kalau bloggers nak tahu dengan lebih lanjut tentang maksud sebenar No Follow dan Do Follow ni, meh masuk sini, MAKSUD DOFOLLOW NOFOLLOW BLOG/WEB.
Sebenarnya aku dapat banyak komen-komen daripada cik anonymous ni. tapi malas nak layan. kalau komennya tu kena dengan tajuk dan isi entry, baru aku tick as a Not Spam. kalau komen tu merepek tak tentu pasal, terus aku Delete. macam mana nak tapis/moderate komen plak? senang je, meh masuk sini, Fungsi Terbaru Blogspot - Comment Inbox.
Psst~! mesti ramai bloggers yang dapat komen-komen macam aku ni kan. so pesanan aku, 'pandai buat, pandai tanggung'...