entry tutorial kali ni dipinta oleh saudara oldtrafford, bagaimana cara2 nak membuat 'gambar bergerak' a.k.a gif animation(rujuk entry Gambar Bergerak Untuk Exchange Link). aq xdela pandai sangat. tapi bolehla nak ajar basic2 untuk buat gambar camtu. yg penting basic dalam adobe photoshop korang kena ade. contoh macam CTRL+C(copy), CTRL+X(cut), CTRL+V(paste), CTRL+E(merge), CTRL+T(free transform) dan banyak lagi la..xterkira. huhu xpun korang leh tengok semua shortcut keys adobe photoshop kat SINI.
sebenarnya aq ada buat video untuk tutorial ni. tapi video xde audio. haha tu kira back-up kalau korang xfaham apa yg aq akan tulis lepas ni. harap dapat membantu. ada je software2 lain yg digunakan untuk buat animation ni. tapi dalam PC aq just ada Adobe Photoshop CS2 ngn Adobe ImageReady jer. bagi sapa2 yg ada cara lain, sudi2 kan la untuk berkongsi ilu di sini kerana aq still lagi dalam proses pembelajaran. xsalah untuk mengajar dan belajar sekali kan? hehe jom tengok macam mana aq buat..
psst~! nak senang, korang baca arahan2 kat bawah ni sambil tengok video yg aq upload huhu
buka Adobe Photoshop dengan Adobe ImageReady serentak(nak permudahkan penghantaran gambar nanti)
klik File > New. pilih saiz paper yg korang nak untuk buat gambar gif. lepas tu klik 'OK'
untuk memasukkan gambar, klik File > Open > Browse. pilih gambar yg korang nak edit.
kalau nak buat tulisan, cari ikon 'T' kat sebelah kiri adobe. 'right click' untuk pilih susunan tulisan.
drag mouse anda untuk buatkan satu kotak khas seperti yg ditunjukkan dalam video.
edit gambar mengikut citarasa masing2. jangan lupa untuk pilih layer(di sebelah kanan bawah adobe) gambar yg berkenaan untuk menetapkan gambar mana yg akan diedit.
opss sebelum terlupa, korang perasan x aq sengetkan tulisan 'ni yg akan keluar last'? caranya senang je, CTRL+T(free transform)
bila dah selasai meng'edit, klik File > Edit In ImageReady(Shift+Ctrl+M). tunggu sehingga gambar dihantar ke Adobe ImageReady.
ok sekarang da kat dalam Adobe ImageReady da. ;) korang pastikan tab 'Animation' terpapar di bawah skrin monitor anda seperti yg didalam video. kalau xde, klik Window > Animation.
sebelum tu, sila pastikan ruangan 'Layer' korang ada gambar yg korang edit dalam Adobe Photoshop tadi.(disebelah kanan bawah)
pergi ke ruangan 'Animation', cari icon 'Duplicates current frame'. frame yg pertama korang hilangkan gambar dengan cara menghilangkan ikon 'mata' dalam ruangan 'Layer'. pada frame ke-2 plak, korang adakan balik gambar seperti didalam video.
ok harap korang dah faham sampai sini, try 'bermain2' dengan tools animation tu dulu. try ikut aq seperti didalam video.
bila da siap meng'edit, klik File > Save Optimized As...(Ctrl+Shift+Alt+S). dan 'save' dalam format '.gif'.
hehe tu je cara2nya. selamat mencuba. pada sapa2 yg xfaham atau tersangkut kat mana2 arahan yg aq bagi, sila bertanya. kalau x nanti sesat jalan hehe. aq akan cuba menjawab selagi aq leh menjawab. ;) sorila yer ayat berterabur sikit dengan video xde suaranya. aq xde mic nak bercakap haha. harap korang fahamla yer. sekian.
Teknologi sekarang ni da makin maju. manusia brlumba2 mncari idea n mengerah otak masing2 utk mngeluarkan sesuatu yg baru ataupn sesuatu yg xpernah difikirkn oleh manusia sndri. kadang2 penciptaan manusia ni menyusahkn n xdinafikan byk drpdnya mndatangkan kebaikan. yg penting kite smua happy n enjoy mnikmati teknologi2 ni. try tgk video kt bawah ni. aq suke sgt. menarik, kreatif n mcm2 lg la...
haha best x? aq rate 5 bintang bg individu or group yg terfikirkan idea yg bernas ni. bukan nk kate ape la kan, tiap kali kite pegi shopping mall or someplace yg byk tingkat, escalator or lif la yg mnjadi pujaan ramai. tangga dibiarkan. sian de hehe. tapi itulah hakikatnye. bg aq la kan,aq xkisah sgt kalu lif or escalator tu rosak, y pntng tangga ade. kalaula kat Malaysia ni ade byk tangga mcm kt dlm video td, aq la org pertama nk lompat2 ats tangga camtu. best wooooo! bersenam sambil berhibur hehe. tu je la bebelan aq utk post kali ni. TQ ;)
psst~! kalaula tiap2 hari tangga tu berbunyi,tuan2 kedai yg berdekatan msti tense psal sakit tinge yg teramat. mane xnye,hari2 dok kluarkan bunyi yg same je haha