Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Cuti dan blogging membosankan aku.

May 24, 2011

Assalamualaikum...

Jangan risau, entry aku ni tak kan menurunkan semangat korang untuk terus berblogging.

Dan sebelum apa-apa, aku nak umumkan yang afiqbukhari.com kini dah menjadi blog peribadi 100%. kalau dulu, aku publish segala jenis entry untuk tarik trafik dan pembaca. termasuklah tutorial, berita semasa, gosip yang tak berapa nak gosip, macam-macam lagi la. tapi sekarang aku dah mula bosan untuk buat semua benda tu. so its better for me to specifickan blog ni kepada blog peribadi je.

Cuti semester 4 bulan dah bermula... 4 bulan!? katak bawah tempurung memang dah lama mati kalau tak buat apa-apa selama 4 bulan tu. samala dengan aku, tapi tak ada lah sampai ke tahap mati, melainkan kalau ajal aku dah sampai, wallahualam bissawab.

Bosan tahap gaban bila time cuti tak ada apa yang boleh dibuat. nak tolong umi masak, aku tak reti. tolong perabehkan masakan boleh la. setakat nak basuh pinggan mangkuk, buang sampah, sapu sampah tu kira bertuahlah dapat buat kerja rumah sikit, berbanding dari duduk terngaga tunggu lalat terbang masuk dalam mulut. seriously aku bosan. baru seminggu bercuti, tapi bosan mengalahkan orang cuti bersalin.


Selingan: Ni aku nak tanya sekali lagi. aku ni lelaki, tak salahkan buat kerja rumah? aku tanya macam tu sebab hari tu ada orang kata orang lelaki bila dah berblogging, dah macam perempuan. so takut la ada sesetengah pihak tu kata aku macam perempuan bila buat kerja rumah. aku tak terasa pun, cuma nak cakap sikit jela, dasar pemikiran kolot. serius aku tak terasa haha.

Rutin harian memang bosan gila. bangun pagi, hantar adik ke sekolah. sebelum nak sampai sekolah, kena layan trafik jam dulu. jalan-jalan kat Malaysia ni memang superb. terkenal dengan kesesakan lalu lintas yang memualkan. yelah, kereta sebiji, driver pun sorang. nak ajak orang lain tumpang, malu. masing-masing dengan ego masing-masing.

Start dari pagi sampailah ke petang, aku dok melangut je. facebook, youtube, movie, semua aku layan. nak bukak website blogger, malas. ntahla kenapa. mungkin aku dah bosan dengan dunia blog kot. pernah satu ketika, niat datang menyinggah untuk tutup terus afiqbukhari.com. tapi rasanya tak payah kot. sayang tu, dah setahun lebih aku usahakan afiqbukhari.com, takkan nak tutup.

Bila malam menjelma, mulalah phone berbunyi. 'weh, jom lepak minum.' 'weh, jom main badminton.' 'weh, jom main snooker.' 'weh, jom karok.' mungkin sebab ini semua, aku dah kurang blogwalking. if sesiapa yang perasan, shoutbox@chatbox aku dah tak ada. aku dah remove sebab aku tahu aku tak akan terlayan korang semua. kalau nak berhubung dengan aku, maybe dalam ruangan komen ke, email ke, facebook ke. sorry guys~

Selingan: Aku pernah kata yang mungkin waktu cuti ni aku akan mula aktif blogging balik. tapi aku rasa tak. sebab aku dah jemu untuk update tiap-tiap hari. aku lagi suka untuk baca blog orang, terutama blog Ben Ashaari. aku memang respek gila dengan dia sebab anytime and anywhere dia boleh update blog. aku tak nafikan, memang banyak tips blogging dalam setiap entry dia. cuma aku dah malas nak praktikkan.

Aku bukan mengalah ke apa, cuma aku dah malas untuk...? malas untuk apa? biarlah menjadi rahsia AFIQ BUKHARI. kepada yang lain, happy blogging! kalau ada masa dan idea, aku update lagi :)

Psst~! aku rasa entry aku kali ni agak berterabur la. cikgu blogger mana? tolong tandakan entry ni. daripada 100%, aku hanya layak dapat berapa ek?

Psst2~! nak cari kerja, tak boleh lagi, banyak family matters yang belum diselesaikan lagi haihh...
13 komen bernas

Aku blogger otai?

March 20, 2011

Assalamualaikum...

Sejak dua menjak ni, ramai yang panggil afiqbukhari.com blogger otai.. wehhh! tang mana yang otainya? entry ala kadar je. trafik tak segah blogger-blogger hebat yang lain. blog picisan sebenarnya afiqbukhari.com ni.. aku segan sebenarnya bila orang gelar camtu.. gelaran tu tak sepadan dengan aku. cuba selongkar entry lama-lama aku. mesti korang semua gelak besar punya, even aku sendiri pun malu nak baca haha. mana ropenya blogger otai??

'aku orang kecil, engkau orang besar... kau ibarat gajah, ku hanya semut merah....' haha

Perkataan sebenar 'otai' berasal daripada perkataan old-timer. maksud dia orang lama, veteran, antik, dan maksud-maksud lain yang sepadan dengannya, asalkan lama. kalau nak bergelar otai dalam dunia blog, kenala bermula dari awal. ... 'bila awak mula berblog? saya sebenarnya dah bermula berblog seawal tahun 1990 lagi..' haaa blogger ni barulah boleh dikatakan otai, sebab dah lama sangat bertapak dalam dunia blog. kalau baru setahun jagung bertapak, agak susah sebenarnya nak dapat gelaran otai tu.

Apa yang orang pandang dengan perkataan otai ni sebenarnya? dan kenapa seseorang itu memanggil orang dengan gelaran otai? mungkin sebab masa? pengalaman? pangkat? cara penyampaian?

Bagi aku, gelaran hanyalah gelaran. gelaran mungkin akan mengubah persepsi seseorang terhadap orang yang berkenaan. 'wahhh, dia ni dah lama la berblog. mesti banyak pengalaman dan ilmu. bolehla korek sikit.. blogger otai tuuu..' tapi apa yang ada pada nama kalau isi tak gah di persada dunia? takut sebenarnya kalau dipersoalkan sebegitu rupa.

Aku tak nafikan gelaran otai tu menunjukkan penghargaan dan rasa berterima kasih seseorang kepada kita. aku hargai sangat orang-orang tersebut kerana tanpa mereka, siapalah kita... tapi bagi aku, kita tetap sama. bermula dari awal, naik turun bersama-sama, jatuh bangun bersama-sama.. lama ke baru, kita tetap manusia yang selalu melakukan kesilapan.. 'nobody is perfect in this world'

Bagi aku, istilah otai tu tiada.. senior mungkin haha

Psst~! teringat kisah senior ragging junior masa sekolah berasrama dulu...

Psst2~! Satu soalan daripada aku, siapa yang sebenar-benarnya layak untuk digelar blogger otai pada masa kini?
23 komen bernas

Award Dari Pendekar Lagi

November 28, 2010

Assalamu'alaikum dan salam satu Malaysia. entry kali ni khas aku tujukan buat blogger yang berangan2 menjadi pendekar dan mempunyai seekor kuda *hehe sorry bro sebab lambat publish entry ni.. banyak kali dah pendekar bagi klu kat aku suruh buat entry ni, tapi aku lupa adehh.

Ok straight to the point, pendekar hadiahkan aku sekeping award ciptaan beliau sendiri. katanya award ni dibuat khas sebagai tanda penghargaan kepada rakan2 blogger yang rajin menjenguk ke blog beliau, iaitu blog 'Pendekar Berkuda, pendekar terulung tidak tercipta sedetik cuma'


Kata pendekar lagi, 'Award ni sangat istimewa tahu...award ini hanya khas untuk blogger lelaki sahaja..' *hehe so kepada blogger wanita, nantikan awardnya yang lain..

Dah menjadi kebiasaan bila orang hadiahkan award, kita kena jawab soalan *huhu


  • Soalan pertama yang pendekar ajukan ialah apa pendapat anda tentang blog pendekar? pada pendapat aku, blog pendekar ni simple, entry bermacam2 jenis dan seronok untuk digodek2 *hehe
  • Soalan yang kedua plak, dah berapa lama aku berblogging? masuk bulan 12 ni, genap setahun afiqbukhari.com berada di persada maya.
  • Dan soalan yang terakhir ialah, perkara yang anda x suka tentang pendekar berkuda? err soalan ni panas weh. aku pun baru je kenal kau pendekar, bagi aku setahun untuk menjawab soalan kau nih *hehe

Dan aku nak tag award ni kepada Gombakmali, Syatoza dan Krole.


Psst~! sorry pendekar sebab lambat nak buat entry ni. dan sorry sebab ayat berterabur.. kepala dah mamai ni *haha
21 komen bernas

Bagaimana Nak Buat Pages Dalam Blogspot - Tutorial Bergambar

September 28, 2010

Assalamu'alaikum..


Ramai yang tanya macam mana nak buat ruangan 'Pages' macam kat sebelah kanan entry ni.. sebenarnya xdela payah sangat pun. blogger in draft sendiri yang sediakan widget tu.. pada blogger2 yang still menggunakan blogspot, anda semua dah boleh bertukar ke blogger in draft secara percuma. masuk ke ruangan dashboard, then tick kotak blogger in draft, di bahagian atas kanan ruangan dashboard blogspot...

gambar dari google, blog cikmin.com


Ok meh follow cara2 nak buat pages macam dalam blog afiqbukhari.com..
  • Masuk ke ruangan Dashboard, pilih New Post.
klik untuk tumbesaran

  • Cari tab 'Edit Pages' dan klik.
klik untuk tumbesaran

  • Klik New Page. korang leh buat pages, paling banyak pun dalam 10 page je..
klik untuk tumbesaran

  • Langkah seterusnya, sama macam korang nak publish entry baru.. isikan ruangan tajuk dan masukkan isi di dalam ruangan menulis tu.. korang leh masukkan embedded kod, link, gambar, n macam2 lagi.. Lepas dah siap, preview dulu then baru korang klik PUBLISH PAGE.
klik untuk tumbesaran

Hehe dah siap.. senang je kan.. ok kalau korang nak ubah kedudukan pages tu, korang masuk DESIGN > PAGE ELEMENTS. cari kat mana kedudukan pages korang dan klik 'edit'. kat situ korang boleh drag pages2 korang sama ada ke atas atau ke bawah.

klik untuk tumbesaran

Dan kalau korang nak kedudukan pages korang tu di atas post, just drag dari kedudukan asal sampai ke atas post. akhir sekali klik SAVE.

Psst~! macam biasa, kotak komen kat bawah ni je :) orang last yang bertanya tutorial ni ialah kak atie :)
32 komen bernas