![]() |
Gambar hiasan dari Google |
Eh sori der, aku bukan busy body tapi mata aku ni ha yang suka jaga kesihatan orang lain.. mulut nak cakap tapi takut kau terasa.. so aku tengok jela dan membebel dalam hati sorang2.. sian kat aku *haha baik aku tulis kat sini je. semua orang boleh baca.
Kau makan pakai tangan kan? makanan tu kena kuku x? of coursela kena. kat kuku tu macam2 kuman ada.. kuman yang paling femes bersarang dalam kuku kau tu nama dia e-coli ... eee x senonoh betul nama kau kuman. kalau kau melekat dengan perempuan xpela gak, kena dengan nama kau tu. tapi kalau melekat dengan lelaki? adoii jadi aku untuk lelaki la plak *harhar
Aku pernah terbaca satu metafora dalam Islam kalau membela kuku ni. kalau kau simpan panjang walaupun sebatang jari kuku, kau seakan2 memelihara sekandang babi. SEKANDANG BABI!? weh, pegang pun haram, nak sebut nama babi tu sendiri pun dah jelik dan kasar, inikan pula nak membela sekandang babi. Astaghfirullah~
Potongla kuku tu, bukan amek masa yang lama pun. kalau nak dapat pahala sunat, potongla hari Isnin atau Khamis. Allah tu kan Maha Pemurah. kau potong kuku je, dah dapat pahala. sapa nak kasi beb?? bekalan untuk akhirat tu. lagi pun, tujuan sebenar memotong kuku ni ialah untuk menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci. di samping tu juga, memelihara tubuh badan daripada sebarang penyakit yang x diingini.
Kalau kau malas sangat nak potong kuku, suruhla orang yang potongkan. itu pun kalau kau berani la pasal aku sendiri pun takut2 bila nak potong kuku sendiri. takut terluka dan terpotong daging. pedih tuu.. baik potong kuku sendiri kalau x percaya kat orang lain. tapi ingat, jangan x potong kuku lebih dari 40 hari sebab kalau lebih masa, syaitan dah start nak bergayut2 dalam kuku kau tu. kalau syaitan dah bergayut, hanyutla kau..
Psst~! lepas potong kuku jangan lupa basuh tangan tu, takut kalau lupa, kau pergi garu sana sini, x pasal2 leh dapat penyakit kusta.
Psst2~! kau orang gigit kuku x? buang tabiat huduh tu. pengotor.
.sumber.