Home » , » Rezeki Allah di mana-mana..

Rezeki Allah di mana-mana..

January 28, 2012

Assalamualaikum...


Ketika sedang menjamah nasi lemak bersama ayahanda tercinta di sebuah kedai mamak Al-Taqwa, muncul seorang sahabat bersama dengan barang-barang perniagaannya.

Encik, nak beli ini? kunci mangga solex, lampu, dll dihulurkannya kepada kami berdua..

Aku hanya menggeleng tanda tidak mahu, kerana aku tahu, tiada keperluan aku di situ untuk membeli segala barang-barang yang hendak dijualnya.. 

Hanya mulut mampu berbicara, terima kasih, dan hanya secebis senyuman yang hanya mampu aku hadiahkan kepadanya.

Namun terdetik di hati ini, rasa sayu melihat raut wajah kecewanya tatkala permintaannya ditolak.. 


Maafkan aku sahabat...


Berlalu dia menuju ke meja sebelah. diletak barang-barang perniagaannya itu di atas meja. dan dengan perlahan tangannya mengusap kocek punggungnya. diraba koceknya itu, mencari sesuatu yang aku pasti, sesuatu yang pasti bernilai buat dirinya.

Sebentuk besi yang bulat bentuknya, dikeluarkan dari koceknya, dan diamatinya. setelah puas mengamati besi tersebut, dihulurkannya kepada seorang hamba Allah yang berada dekat dengannya..

Aku tidak pasti besi itu dihulurkan kepada siapa kerana seseorang telah menghalang pendanganku.. beberapa saat kemudian, pandanganku jelas menuju tepat ke arah seorang manusia, yang kudung tangannya, sedang memegang cawan plastik yang penuh dengan besi bulat dan beberapa helai kertas yang berwarna..

Aku tahu, isi kandungan cawan plastik tersebut adalah duit.

Sekali lagi, hatiku bertambah sayu.. bayangkan, seorang sahabat yang sedang berniaga, mencari rezeki, dan ketika dirinya sedang sempit, dihulurkan jua sekeping dua syiling untuk didermakan kepada hamba Allah tersebut. dan terpancar wajah kegembiraan bersama senyuman ikhlasnya..

"Ya Allah, Engkau permurahkanlah rezeki hamba-hambaMu itu."

0 komen bernas:

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog