Motor versus Lori

June 27, 2011

Assalamualaikum...


Pam 14 tu isi 5 ringgit ek.


Aku jeling kat pam 14 dan apa yang aku nampak ialah sebuah lori. aku bertanya kembali,


Bang, petrol ke diesel?

Apa kau buta ke? pam 14 tu kan motor. takkan nak suruh aku isi dengan minyak diesel plak?? dah! isi 5 ringgit!

Bang, pam 14 tu lori, pam 13 baru motor abang.

Ohh, yer! cepat lah isi!! banyak songeh plak kau!

Ok, terima kasih...


Huhu kalau aku jahat, dah lama aku set minyak diesel kat pam 14 tu. biar dia rasa sikit, pergi ke tak motor dia tu nanti dengan minyak diesel. dah lah tak nak mintak maaf langsung. salah sendiri, marahkan orang. sabar jela. selamat aku kerja makan gaji, dan statement ni aku pegang selalu,

The customer is always right...

Tapi kadang-kadang statement ni buat aku rasa macam orang bangang pun ada. kalau sekali customer buat salah, memang patutlah dia always right. tapi kalau dah banyak kali dan berulang buat kesalahan yang sama, memang cari pasal la tu. apa dia ingat yang kerja ni semua robot ke?

The manusia is always manusia...

Psst~! saya minta maaf... 3 patah perkataan je kan? ke 3 ribu patah perkataan?
14 komen bernas

Minggu kedua as a sahabat bangla

June 24, 2011

Assalamualaikum...

Perghh busy betul aku kerja sampai tak sempat nak update blog, tapi facebook dengan twitter kerap je update status hee. biasalah orang baru nak merasa alam pekerjaan yang proper, mean ada punchgunalancard. lewat merah, awal biru pekat. tapi first day aku dah merah, sebab shift pagi, jalan jem bukan kemain.

Aku rasa nak masuk minggu kedua dah aku bekerja. minggu pertama boleh baca kat sini. penat tu memang penat, tapi seronok sebab masa aku tak terbuang macam tu je, but terbuang dengan pelbagai faedah. kalau dulu just tengok orang kerja dari jauh je. nak try kerja macam tu, tapi tak berapa yakin (padahal kerja senang je). now alhamdulillah!

Okeh minggu kedua ni, memang aku dah banyak belajar. without any help, aku dah boleh uruskan segala benda yang patut aku uruskan. cuma kadang-kadang tu terbuat silap, mintak ditegur tu kira normal. kalau tak macam mana nak belajar kan asyik betul je, kenala ada salah sikit. belajar dari kesalahan.

Dan dalam minggu kedua ni juga, supervisor suruh aku belajar macam mana nak handle counter. kalau dah masuk counter tu, for sure lah kena jadi cashier. aiyak! bang saya takut tengok customer ramai-ramai. bukan takut apa, takut customer hilang sabar. kena belajar jugak ke ni? adeh. saya tak tahu langsung nak guna mesin kira-kira tu.

Sebab tu la abang suruh kamu belajar...

Ye tak ye jugak bang haha. so untuk minggu ni(starting today), aku kena duduk dalam counter, belajar macam mana nak jadi cashier. for the noobie like me, memang gelabah habis. kejung tengok perangai customer, duit keluar masuk, etc. in my mind, perkataan 'short' asyik berlegar-legar. Ya Allah, janganlah ada sebarang shortage, bantulah aku.

Dan alhamdulillah, for the first trial, bukan shortage yang aku dapat, tapi overages. feww! mana datang yang lebih tu aku tak tahu. itu kerja accountant yer, saya cashier wannabe je, still in a learning phase. yang penting gaji jalan, dan aku extremely excited untuk belajar dan terus belajar, inshaAllah.

Psst~! takut nak pegang duit seratus yang customer kasi, macam-macam boleh jadi.

4 komen bernas

Adik cuba tipu abang yer?

June 19, 2011

Assalamualaikum...

Budak-budak ni kalau bercerita, kadang-kadang ada jujurnya, ada betulnya. tapi kadang-kadang jugak ada salahnya, ada putar belitnya. seronok sebenarnya mendengar mereka bercerita, lagi-lagi mendengar si kecil yang petah berbicara. confirm tersenyum seketika.

Alkisah, anak supervisor tempat aku bekerja. punyalah friendly, baru first time kenal, macam-macam diceritakannya kepada aku. ntah betul atau atau tidak, aku hanya mengiyakan sebagai tanda menghormati. budak-budakla katakan, baru darjah 2.


Sesi suai kenal...

aidil: assalamualaikum, nama abang sape?

afiq bukhari: waalaikumussalam, nama abang afiq. adik plak? anak sape ni ek?

aiman: abang nak nama betul ke nama tipu adik? kalau nama betul adik, aidil. tapi kalau nama tipu adik lak, daniel. nama penuh abang ape?

afiq bukhari: err budak ni, boleh plak ada nama tipu, aku pun join sekaki la... nama penuh abang pun afiq, tapi kalau nak sedap sikit, aidil tambah bukhari kat belakang.

aidil: 0ooo...


Sesi percaya 100%...

aidil: abang nak tau tak, aidil masuk taekwando kat sekolah. semua orang takut kat aidil, aidil pun tak tahu kenapa. bila aidil angkat kaki sikit je, semua takut.

afiq bukhari: ohh, bagusnya. dah tali pinggang kaler apa? mesti dah kuat kan?

aidil: mestilah dah kuat, aidil yang ajar budak-budak yang baru nak masuk taekwando. tali pinggang yang paling kuat merah kan abang? tapi aidil dah nak warna hitam.

afiq bukhari: 0ooo... *dia sendiri pun tak sure tali pinggang warna apa yang paling kuat


Sesi aku mula meragui kesahihan ceritanya...

aidil: abang, aidil pun belajar silat tau kat sekolah. samalah macam taekwando, semua budak takut kat aidil. gangster pun takut. aidil angkat kaki sikit, semua ke belakang. aidil tak tahu kenapa..

afiq bukhari: wahh, silat pun aidil belajar ek. bagusla camtu. silat apa aidil? silat gayong ke, cekak ke?

aidil: hurmm... silat cekot. sama macam taekwando jugak.

afiq bukhari: 0ooo... silat cekot.. aidil dah tali pinggang apa sekarang?

aidil: sama jugak macam taekwando, tapi aidil tali pinggang merah, yang paling kuat. lepas ni aidil kena pakai tali pinggang warna lain plak sebab aidil dah makin kuat dan akan jadi guru silat.

afiq bukhari: 0ooo... *tak abeh-abeh macam taekwando


Sesi 0% aku tidak mempercayainya...

aidil: abang nak tau tak telefon aidil ni berapa harga dia? cuba abang teka. *sambil menunjukkan phone nokia n97

afiq bukhari: err rasanya RM200 kot.. cantik phone, sapa bagi? ayah ke?

aidil: salah! harga dia RM5,000. sebab phone ni banyak banyak bahasa tau, lagi satu phone ni luar negara punya.

afiq bukhari: 0ooo... mahalnya.. *sah budak ni mengaurta aku


Kelakar betul melayan budak tu. aku sebenarnya nak amek hati je, kang kalau tak dilayan, emosi plak budak tu. direportnya sama ayah@supervisor, mau kena potong gaji nanti haha. tapi xpelah, penyeri tempat kerja sebenarnya.

Psst~! aidil ada awek umur 19 tahun...

Selingan daripada aidil...

aidil: abang ada facebook tak? aidil nak add, tapi umur aidil 19 tahun tau, pastu dalam facebook, aidil dah SMK@sekolah menengah... 

afiq bukhari: apa-apa jela aidil, nanti abang add..
15 komen bernas