Pernah terfikir tak siapa yang akan masuk blog anda, dan membaca setiap entry yang anda karang?
Secara umumnya, pembaca ni terdiri daripada 3 jenis.
Yang pertama ialah motor readers, yang bermaksud si pembaca ni adalah seseorang yang suka membaca dengan menggerakkan bibirnya, ataupun mengeluarkan bunyi sambil membaca. so secara tak langsung, masa yang diambil untuk menghabiskan sesuatu bacaan tersebut mungkin lama mengikut tahap kelancaran seseorang itu menggerakkan bibirnya.
Yang kedua pula ialah auditory readers, yang bermaksud seseorang yang hanya 'mendengar' apa yang dibacanya. dalam erti kata lain, dia tidak menggerakkan bibir ataupun mengeluarkan sebarang bunyi ketika membaca, 'minda bergerak tetapi mulut berehat'. bagi pembaca yang tergolong dalam jenis auditory readers, mereka tidak kisah kalau pronunciation tunggang terbalik kerana mereka hanya mengimaginasikan sahaja cara sebutan tersebut. so kebarangkalian untuk golongan ini menghabiskan sesuatu bacaan itu amatlah cepat.
Dan yang ketiga, ialah visual readers, yang bermaksud seseorang itu 'tidak mendengar' apa yang dibacanya. dengan hanya melihat setiap huruf didalam setiap perkataan, mereka terus faham apa yang cuba disampaikan. golongan ini membaca dengan hanya menggunakan mata dan minda. so kalau nak dibandingkan dengan motor readers dan auditory readers, golongan visual readers mempunyai kebarangkalian yang paling tinggi untuk menghabiskan sesuatu bacaan.
Sebenarnya ada banyak lagi jenis-jenis pembaca. cuma aku nak khususkan 3 yang ni je.
Bagi aku, pembaca ni ada sifat dan cara tersendiri. tak kisahla dengan cara motor, auditory atau visual. ada sesetengah tu suka baca isi-isi penting je. segala ayat-ayat bunga yang anda karang tu dia tak pandang langsung, atau mungkin pandang dengan sebelah mata je. mungkin si dia tak punya masa untuk baca keseluruhan cerita. yang penting, dia dapat apa yang kita cuba nak sampaikan.
Ada sesetengah pembaca tu plak, suka baca dari mula sampailah ke noktah terakhir karangan kita. tak kiralah kita ni mengarut apa sekali pun, dia tetap nak juga nak baca. haa kat sini, aku boleh simpulkan yang si dia mungkin sedang mencari ilham untuk menggarap entry@idea baru, ataupun sedang mempelajari sesuatu yang baru dalam bidang penulisan. mungkin?
So anda semua tergolong dalam jenis pembaca yang mana? dan apa yang anda harapkan bila anda membaca sesuatu?
Psst~! jangan baca sesuatu tu macam, 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'...
Sources - http://www.ideamarketers.com/?Types_Of_Readers&articleid=413048
19 komen bernas:
hoho...sy gabungan auditory & visual reader..:)
slm pagi jumaat!kite kdg2 auditory kdg2 kite visual.yg penting baca dgn ikhlas,fahami apa yg kwn blogger hdk sampaikan.....*-^
semua jenis pembaca tu ada dlm diri aku..
ikut pada bahan bacaan kot. kalau ianya keperluan jadi la visual readers.
ramai juga yang suka baca sekerat2 entri tu..pastu salah faham..huhu
Hikayat Lubang Najis: Orang Melayu Mesti Baca!!!!
@pali7x nyoi mu nih..
@Marhaen Kacak yup aku sokong. ini yg kita x mahu sebenarnya. bila baca tak habis, terus nak kondem orang zzz
heheh masuk mata kanan keluar mata kiri :P
Terkini : Koleksi Pages Peminat Usop Wilcha Di Facebook
i suke baca sambil senyum hahahaa
yeay!!mish visual kot. ahaks! perasan sendiri..:P
ada juga yg jenis baca tajuk ja..kalau tajuk bagus menarik minatnya..mungkin dibacanya kot n3 tu
kalau kureng...dia belah g2 ja
tu jenis apa ya
tiga2 sekali...
Salam. boleh minta alamat email utk dihubungi tak? tq
http://wanwidget.com
semua tabiat tuh aku ader, hehe
hye afiq....yuni dtg nie..hehe
entry yg berinformasi...like this..:)
i jenis reader yg cmne ek?
ceteka2~
yang penting baca. haha
@Yuni Aisyah hehe tq yuni :)
@Bulan mls nk teke haha manela nk taw, sbb xpernah baca depan2 ;p
Katakan sesuatu...