Home » , » Barbecue

Barbecue

November 8, 2011

Assalamualaikum.

Rasanya aku masih tak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua kenalan-kenalanku, pembaca-pembacaku yang beragama Islam. Semoga kita semua mengetahui apa makna sebenar disebalik merayakan Aidil Adha, InshaAllah.

...

BBQ time! cakap banyak pun tak guna. mehla sekali join telan air liur tengok gambar2 bawah ni.


Biasanya menu wajib yang perlu ada setiap kali BBQ dijalankan, ayam, daging (kambing@lembu), udang, sotong, hotdog, fishball, siput sedut, otak-otak, jagung, roti bakar, coleslaw, air, arang, kipas angin, etc. macamla korang tak pernah BBQ, fikir sendirilah untuk yang lain-lain tu.


Part nak masak udang yang aku paling benci sekali. dahla lembut, kepala senang tercabut. kalau kena udang yang kecil, salah pegang je terus menjunam masuk ke dalam gaung arang. membazir dah satu kat situ. tapi sebenarnya adik aku yang jaga bahagian udang ni. aku stress bila dia pun stress sorang-sorang meroyan bila seekor udang jatuh dalam gaung arang. stress then gelak sama dia sajala haha sorry anish!


Okeh sotong. dia ni tak banyak meragam. tapi yang banyak meragam bila si big boss jerit dari dalam rumah, 'SOTONGGGG SATUUUU!'. sabar sat, mentah lagi ni. telur sotong pun lembik lagi. nak ke makan mentah-mentah? haha


Macam flaming steambot? cantik gila flaming dia. sebelum ni, kitorang pakai minyak tanah je nak nyalakan api. tapi untuk kali ni, kitorang mencuba sesuatu yang baru, BBQ FIRE STARTER! bentuk dia macam kelongsong peluru pumpgun. senang sikit nak nyakalan api, then susun arang tu macam unggun api, bakar dia ramai-ramai.


Ayam! menu wajib ni. tak ada ayam BBQ tak sah. mula-mula ingatkan ayam sahaja, tiba-tiba plak ada kambing. wooo! kambing bakar! okeh aku tak makan kambing. bukan sebab darah tinggi, tapi sebab aku tak boleh bau kambing. tapi aku gagahkan jugakla makan sikit, haha. cannot go la, muka terpaksa je bila kena habiskan.

Ha tu jela pasal kisah BBQ aku bersama family. seronok sebenarnya bila buat aktiviti yang macam ni. dapat kumpul satu keluarga, makan bersama, bergurau bersama, bergaduh bersama, mengejek bersama, semuanya bersama. mengeratkan silaturrahim sesama kita. ada masa kita buat lagi!

Akhir kata, thanks a lot to Adli sebab sponsored semuanya, and thanks also to umi yang sponsored ayam kalau tak silap hehe. saya dengan adik-adik yang lain sponsored tenaga je haha. Adli, i am very proud of you la. keep it up dude. alhamdulillah ;) so adik-adik yang lain, teruskan berusaha untuk berjaya okeh. berkat dari umiabah tu penting. solat pun jangan tinggal.

ps~sorry gambar buruk+blur. via anggurhitam murah la katakan.

0 komen bernas:

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog