Assalamualaikum,
Pengalaman mengajar manusia itu supaya lebih berdikari dan tabah menghadapi segalanya dari Yang Maha Esa, Allah...
Syukur aku sangat tenang. dikala aku dilanda pelbagai masalah, Kau kurniakan sahabat yang sentiasa membuatkan diriku tersenyum apabila memikirkannya. tidak pernah aku setenang itu. setiap perbuatan daripada sahabat itu sentiasa mengingatkan aku supaya senantiasa bermuhasabah. alhamdulillah..
I always remember this, lupakan yang lama, mulakan yang baru. hidup sentiasa perlukan perubahan. bukan bermaksud aku berhak untuk berubah sesuka hati. berubahlah ke arah sesuatu yang lebih baik dari yang sebelumnya. dan setiap perubahan perlu disertakan dengan keazaman dan keinginan hati yang kuat. dan setiap perubahan memerlukan pengorbanan.
Ya Allah, sesungguhnya aku berkorban sesuatu yang pernah aku miliki untuk memiliki sesuatu yang Engkau telah redhai.. amin. aku bersyukur dengan pengorbanan itu.
Alhamdulillah.
2 komen bernas:
aminn...
agree with u.evrything happen for a reason..
don't worry =)
Katakan sesuatu...