Home » , , » Ku dambakan kasihMu

Ku dambakan kasihMu

July 31, 2012

Assalamualaikum...

Rasanya belum terlambat lagi bagi aku untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua umat manusia yang beragama Islam dan juga kepada khalifah yang baru memeluk Islam. selamat berpuasa kalian semua. semoga di bulan ramadhan yang penuh dengan barakah ini, kita semua dapat melakukan segala ibadah wajib dan sunat yang dituntut oleh Allah, inshaAllah.

Ok back to the topic.. sat, apa topik aku sebenarnya? sebab aku dah lama tak mengarang untuk blog, so otak jadi tepu. plus sekarang sedang bercuti sakan untuk 1 bulan setengah kalau tak silap. sampai lah ke raya puasa. huishh itula untungnya kalau sambung belajar di UiTM. kau mengerah otak untuk 1 semester, then kau dapat cuti selama 1 bulan untuk merehatkan otak. bagi aku cuti selama itu sudah memadai. cuti lama-lama tapi setakat goyang kaki, bosan juga. better masuk belajar cepat huhu.

Ok jujur aku katakan yang aku tak ada topik langsung untuk dibincangkan. sekadar impromptu semata-mata. omongan kosong. tapi kadang-kadang, daripada omongan kosong itula tercetusnya idea untuk menulis sesuatu. yeah, itulah aku. macam kereta. selagi enjin tak dihidupkan, selagi itula kereta tak bergerak. sebab itu kereta bertuan. kalau tidak, gi mana seyh kereta mau bergerak. dan tuannya ialah manusia-manusia seperti kamu semua. dicucuhnya kunci, dipusingnya kunci, dan enjin mula berderum, bersedia untuk dipanaskan. sama macam manusia, otak mudah berkarat kalau tidak selalu diasah. sebab itu munculnya pepatah, 'melayu mudah lupa'. cuba diasah selalu, inshaAllah melayu tidak mudah lupa. ok dah mula merapek..

Ok, off-topic jap,

Meh cerita pasal olimpik 2012 sat. ditabalkan sebagai acara gilang-gemilang dan termasyhur yang pernah dianjurkan oleh manusia. bertempat di Kota London. opening ceremony yang gempak, terhebat dan tersegalanya. tapi kalian semua tahu tak apa yang terselindung disebalik acara yang gah ini? illuminati, freemanson, dajjal al massih. wah, hebat rancangan yahudi laknatullah ni. dalam diam, mengatur strategi untuk menguasai dunia. cukup hebat! cukupkah ilmu, cukupkah tenaga wahai yahudi2 sekalian? nak bina tandas pun perlukan kerahan tenaga seramai 10 orang, inikan pula nak menguasai dunia. bukan dunia, secara tepatnya sistem pemerintahan diatas muka bumi Allah ini. tapi tak mustahil sebab segalanya sudah tertulis didalam Al-Quran. Allah telah mengatur segala-galanya. kita tidak perlu takut. tingkatkan usaha untuk menentangnya, dan semoga Allah Maha Besar sentiasa memberikan perlindungan kepada kita, dan juga kepada khalifah2 yang lain, InshaAllah. tapi apa yang pasti, itu semua adalah ramalan manusia. Allah jua yang menentukan. kun fayakun..

Kehidupan, kebahagiaan, keselesaan di dunia dan akhirat, bergantung kepada usaha kita sendiri. dan sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseorang hamba, melainkan dia sendiri mengubah nasib dirinya. semakin jauh kita dariNya, semakin dekat pula Dia menghampiri kita. dan semakin cuba kita mendekatiNya, semakin kuat pula Dia mendugai kita. Dialah Yang Maha Agung dan Dia jugalah yang Maha Segala-galanya.



Ps/ setiap hari sebelum aku nak lelapkan mata untuk meninggalkan dunia buat sementara waktu, aku pasti akan dengar lagu Damba Kasih ni.. it makes me feel calm and self-reflection. lupakan hal dunia buat sementara. dan setiap yang terjadi punya hikmah disebaliknya inshaAllah :)

6 komen bernas:

SAGHA said... [Reply to comment]

Article menarik dan benar adanya. nice posting.. Insyaallah Allah SWT selalu bersama hamba yang sabar dan berikhtiar.. Amin

caliph shuriken said... [Reply to comment]

owh, bercuti rupanya.. salam ramadhan & selamat berpuasa :)

aritu x tergerak ati nk tgk opening olimpik tu, rupa2nya byk citer tersurat & tersirat...

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@caliph shuriken
selamat berpuasa bro caliph.. yup byk sgt ramalan malapetaka itu ini. just banyakkan doa semoga terhindar dari semua itu inshaAllah :)

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@SAGHA
amin amin ya rabbal alamin :)

Yuni Aisyah said... [Reply to comment]

selamat berpuasa afiq...

same la kte...yuni pon bile dah lme x update blog otak jd tepu...idea ade tp nak olah tu jd cm ssh je....adeh...!!padahal sblm nie sng je...hmm

Padin said... [Reply to comment]

hehee Come on Afiq, asah balik mood berblog :D

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog