Showing posts with label 1 muharram. Show all posts
Showing posts with label 1 muharram. Show all posts

Indahnya Hidup Bersyariat dan Salam Maal Hijrah 1432

December 7, 2010

Salam maal hijrah yang ke 1432 buat semua pembaca yang beragama Islam.. Alhamdulillah mata kita still terbuka untuk melihat dunia pada tanggal 1 Muharram. hari yang penuh bersejarah pernah berlaku dalam kalendar Islam, di mana ketika tarikh ini pada suatu masa dahulu, Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah untuk menyebarkan ajaran Islam.

Aku harap kalian semua dah membaca doa akhir dan awal tahun untuk tahun baru Islam ini kerana sesiapa yang membaca doa-doa tersebut, syaitan akan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

InsyaAllah doa-doa kita semua dimakbulkan olehNya.. tanamkan azam dan pasangkan niat yang baru untuk tahun 1432H. semoga segala amalan dan perbuatan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini diredhai olehNya. amin~

----

Bondaku bertanya, dah baca ke doa awal dan akhir tahun? aku anggukkan kepala tanda 'sudah baca'..

Dan dia bertanya lagi. doa-doa tu jumpa kat mana? aku menjawab dalam internet, hasil daripada berblog dan blogwalking.. Alhamdulillah..

Sesudah Isyak, bondaku mengetuk pintu bilik dan menghulurkan sebuah buku...

Indahnya Hidup Bersyariat

Aku baca satu-persatu isi kandungannya.. banyak ilmu tentang Islam yang dapat aku pelajari dan kukuhi dari buku tersebut. memang kenalah dengan deskripsi bukunya, 'Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat SEPANJANG HAYAT'.  kalau kalian semua nak beli, dipersilakan. memang berbaloi dan kalian x kan rugi sesen pun.. buku ini hasil garapan daripada Dato' Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid.

Indahnya Hidup Bersyariat - Facebook

Psst~! Thanks Umi kerana memperkenalkan buku ni...
18 komen bernas