Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Anak Suka, Aku Nak Belajarlah!

July 5, 2010

+
=

Memang x dapat dinafikan lagi yang Angelina Jolie ni seoarang ibu yang sayangkan anak. demi minat anak kecilnya terhadap pesawat, dia sanggup belajar macam mana nak bawa pesawat. baguslah. mak dok kat atas awan bawa pesawat, anak merengek sorang2 tengok mak kat atas tengah bawa pesawat. Lepas ni Maddox, mintak mak bawak kapal angkasa plak k. hehe just joking~!

Sikap yang macam ni la kita nak pupuk dalam diri seseorang yang bakal bergelar ibu nanti. bukan menjadi seorang ibu yang sanggup belajar cara2 untuk gugurkan kandungan dan buang anak merata2~!!
LOS ANGELES: Demi minat anaknya yang gemar menyaksikan kapal terbang, aktres Angelina Jolie meluangkan masa belajar membawa pesawat, lapor media semalam.
Angelina, 35, melakukan semua itu semata-mata untuk memenuhi janji dibuat dengan anaknya, Maddox.

“Ketika Maddox berusia satu setengah tahun, kami pergi makan tengah hari berhampiran lapangan terbang dan dia sangat berminat... baca selanjutnya dalam myMetro, Angelina Belajar Bawa Pesawat.
5 komen bernas

Alahai Benjy... Sah ko yg kene tahan.

March 14, 2010

Assalamualaikum semua..kali ni aq nk post pasal berita sedey artis negara kita sndri..bacela ek kt bwh ni. :(

Oleh Wan Norhayati Wan Alias
dan Firdaus Mustafa
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 13 Mac – Polis hari ini mengesahkan seorang pelakon yang ditahan bagi membantu siasatan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah semalam, ialah Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, atau lebih dikenali sebagai Benjy.

Pelakon yang merupakan anak kepada dramatis terkenal, Azean Irdawaty itu ditahan bersama teman wanitanya di sebuah unit kondominium disewanya di Kepong yang dipercayai dijadikan makmal memproses dadah.

Siasatan polis setakat ini, percaya Benjy dan wanita itu bergerak sendiri tanpa mana-mana sindiket sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, polis juga sedang menyiasat sumber dadah yang diperoleh pelakon itu.

Katanya, sehingga kini, polis masih belum mengambil keterangan daripada mana-mana pihak termasuk isteri Benjy dan ibunya.

‘‘Kedua-duanya belum tampil setakat ini. Pada masa ini pasukan forensik sedang menjalankan siasatan terhadap peralatan dan bahan kimia yang ditemui di rumah itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi membantu siasatan kes itu, pihaknya juga akan mendapatkan maklumat lanjut melalui pemilik kondominium tersebut.

Katanya, selain itu, polis turut menyiasat pasaran dadah berkenaan selain faktor kemungkinan ia dibekalkan kepada golongan artis.

‘‘Buat masa ini, kita telah menyita harta pelakon itu termasuk keretanya,” katanya.

Semalam, Benjy ditahan bersama seorang wanita kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah di Kepong.

Semasa ditahan, polis juga menemui 850 gram kokain dan 140 gram syabu di kondominium tersebut.

Polis memberitahu, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pelakon bersiri itu telah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Pelakon itu juga pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik (telefilem) pada Anugerah Skrin beberapa tahun lalu.



ps/ npla ko ni cari duit ngn care cmtu..byk lagi pekerjaan yg halal. kn da xselamat kt dunia.
11 komen bernas