Showing posts with label benci bilang cinta. Show all posts
Showing posts with label benci bilang cinta. Show all posts

Cinta Pertama di Kampus

January 8, 2011

Assalamualaikum.

Cinta pertama di kampus... korang ada pengalaman bercinta? aku ada tapi malas nak cerita. aku tengok sekarang ni ramai je yang bercinta dengan teman-teman sekampus. tak kiralah dalam satu kelas ke, satu kos ke, satu batch ke, yang penting, bercinta. sebelum bercinta, mestila ada part ayat-mengayat. kalau tak, macam mana boleh terjadinya percintaan.

Lepas kelas ni awak nak pergi mana?


Awak dah makan? jom makan sekali...


Boyfriend awak tak marah ke kita keluar berdua ni?


Awak, macam mana nak jawab soalan ni?

Yang kat atas ni semua ayat pancing.. ayat sempoi untuk memulakan sesi memikat dan mencari kesahihan status samaada single atau dah pun berpunya. kalau single, ayat-ayat di atas akan mula bercambah menjadi satu frasa ayat yang lengkap. sehinggalah si dia terpikat dan terpesona dengan anda, lalu terhasillah cinta. bagi yang pertama kali, itulah cinta pertama.

Tapi tak semestinya dengan ayat sahaja, kita boleh bercinta. ada yang tertenung mata, terlanggar bahu, tersepak kaki, terjatuhkkan buku, terpijak kasut, terajak tengok wayang, macam-macam ter lagi la. asal ter je, mata bertentangan mata, turun ke hati. bila sampai ke hati, automatik mulut akan mula berkata-kata. maka terhasillah cinta.

Cinta pertama ni orang kata memang susah nak dilupakan. kalau dah start bercinta tu, macam-macam perkara yang tak masuk akal, sanggup dibuat asalkan si dia bahagia dengan kita. tapi kalau dah putus, macam-macam perkara gila pun sanggup dibuatnya. ada yang sanggup bunuh diri, terjun longkang, mandi lombong, need for speed, dll. kuat sungguh penangan cinta pertama ni.

Sebenarnya cinta antara manusia ni tak kekal. tak kiralah cinta monyet ke, cinta pertama ke, cinta di hari tua ke, semua cinta sama je melainkan cinta kepada Yang Esa. kalau kita putus cinta di dunia, kita still boleh bercinta dengan Allah. kalau putus tu, Allah tak redhalah percintaan kita, wallahualam. makna kata, Allah bagi petunjuk untuk kita mencari cinta dengan orang yang betul-betul serasi dengan kita. Allah itu Maha Penyayang.

Kalau nak bercinta tu boleh. bercintalah dengan cara yang betul. ini sampai berpegangan tangan, pipi bertemu pipi, bersalam bagai, cium tangan.. ada yang sampai bawak masuk rumah untuk tidur sekali sebagai bukti kasih sayang yang sebenar kepada pasangan.. arghh tunggu khawin la derr.. takde maknanya korang buat semua itu akan menjamin masa depan. sabar itu kan separuh daripada iman.

Psst~! kesian kat anak-anak kecil yang dilahirkan secara luar nikah...

Psst2~! budak-budak sekolah sekarang tak payah tunggu pergi ke kampus, kat sekolah tu pun dah boleh bercinta..
25 komen bernas

Dimas Dimas Dimasss BBC

June 24, 2010

kalau ada yg terlampau fanatik sangat mesti taw BBC ni alias untuk apa kan. bagi yg xtaw, dorang mungkin ingat yg BBC ni BBC News, berita dunia. haaa, tetttt! yg aq nak maksudkan BBC kat sini ialah Sinetron Benci Bilang Cinta dari Indonesia. hehe sori guys. aq xlayan cerita nih. tapi disebabkan mak, adik dan sepupu aq dok melayan cerita ni tiap2 hari, aq terpaksa buat 1 entry khas untuk dorang. haha

cerita nih leh dikatakan tengah 'molotop' gak la sekarang. kan? hehe yeee aq taw. molotop giler kot. sampai ada yg upload dalam Youtube dari episod 1 sampai ke berapa ratus tah. dulu, mak aq hanya guna youtube untuk layan masakan je. sekarang bukak youtube pasal nak tengok cite BBC ni. ekeke sempoila umi. pengaruh FEFEY ngn SALUUNNN la nih. aq just layan lagu tema cerita ni je, jangannn, benci bilang cinta.... radja. ekeke ;p

Marshanda
contoh ek, sekarang tgh hujan. cerita tu plak ditayangkan kat Astro. bg sapa2 yg melanggan astro, paham2 jela apa akan terjadi bila hujan lebat kan. tiba2 keluar 'kotak kuning' kat screen. itu menunjukkan yg rancangan tergendala seketika. eh, bukan rancangan, tapi siaran tergendala(harap pihak astro buat sesuatu). bila da tergendala, penggemar2 BBC mengamuk wei! arghhh pasal tengah2 sedap layan BBC, leh plak stuck! haha sabar k. kat dalam youtube kan ada. ;p

mak aq yg balik kampung hari ni siap leh text sepupu aq soh kirim salam kat watak2 utama dalam BBC sebab kat kampung xdak astro. apa kes? ngeee~ kelakar betul mak aq nih. err sori weh para pembaca. aq xkutuk langsung cerita ni taw. just nak kongsi ragam2 keluarga terdekat aq yg suka menonton cerita ni jer. hehe lagi satu, dimas,dimas dimassss....

pe2 pun selamat melayan cerita nih sampai habis episod. kalau ketinggalan satu episode, search je dalam youtube, Benci Bilang Cinta. dorang just rakam dari tv jugak, style rakaman panggung wayang. haha sekian.
16 komen bernas