Showing posts with label chatbox. Show all posts
Showing posts with label chatbox. Show all posts

Auto Hide Shoutbox

January 12, 2011

Assalamualaikum.. ini bukan entry tutorial. kalau nak tutorial, sila layari Tips Tutorial.

Kali ni aku just nak inform korang semua yang chatbox aku dah takde... bukan takde terus, tapi dah takde kat tempat asal macam sebelum ni, yakni berada dalam satu page. kena klik icon chatbox, loading, then baru dapat jumpa dengan chatbox tu.

Sekarang ni, aku dah auto hide kan balik chatbox tu. aku mengerti perasaan blogger/readers yang menggunakan broadband dan line internet yang seangkatan dengannya. dah la slow, lepas tu kena tunggu lama plak untuk masuk ke page chatbox. so aku ambil keputusan untuk auto hide kan.



Thanks kepada blogger LM yang telah menyedarkan aku dari lamunan huhu.. dia marah sebab chatbox style aku tu menyusahkan orang wuuuu hehe gurau je cik kak LM.. dan tahniah juga kepada beliau kerana telah mengadakan kembali shoutboxnya. give her a back clap :P

Psst~! sorry yer pada semua yang sakit hati dengan chatbox aku yang dulu tu huhu
20 komen bernas

Shout Here!

November 24, 2010

Salam semua.. apa khabar? khabar baikkah? cukup makankah? cukup tidurkah? segalanya cukupkah? kahhhh??

Shoutbox@chatbox teramatlah penting dalam sesebuah blog kan.. pada mana2 blogger yang suka blogwalking, benda pertama mata akan mencari kalau menjenguk sesebuah blog itu adalah chatbox. betul x? kalau x betul, iyakan jelah. aku pun suka jugak blogwalking ni, salah satu cara nak meningkatkan trafik untuk blog.

So kat sini aku just nak beritahu korang semua yang chatbox aku dah xde... (sila lirikkan mata anda ke kanan blog sekarang), dan ya! korang akan nampak satu banner 'Shouthere!' di atas iklan Nuffnang.. buat blogger2 yang masih baru, di situlah chatbox aku tertanam.. aku bukan nak menyusahkan korang semua, tapi terpaksa buat begitu.


Kebanyakan koleksi banner para2 blogger aku kumpulkan di situ dan aku akui, banner korang cantik2 semuanya. sayanglah kalau x dipamerkan di tempat yang betul kan.. so itulah tujuan sebenar aku membuat 'Shouthere!'.. di samping meninggalkan jejak, korang boleh bertumpu di situ untuk berblogwalking. kan dah boleh menjimatkan masa *hehe



Psst~! agak terlambat untuk aku publish entry ni.. so kepada blogger2 yang dah tau kedudukan chatbox aku, sila senyumkan diri anda k *haha aku memang suka buat kerja dulu, then baru nak heboh2kan..
31 komen bernas

Shoutmix Versus Chatbox

September 23, 2010

Assalamu'alaikum... sejak 2 menjak ni, shoutmix asyik buat hal je. ade kena mengena dengan kes malware yang tengah syok merebak tu ke? atau maybe internet aku lembap? aku malas nak cari mana datang punca semua tu sebab aku taw ramai dah yang post entry berkenaan dengan solution untuk nyahsingkirkan malware tu.. thankx guys..

So untuk tidak menghampakan para2 pengunjung dan pembaca yang ingin meninggalkan jejak tanpa sebarang gangguan dalam afiqbukhari.com, aku dah letak lagi satu chatbox dari Cbox.. pada sapa2 yang dah perasan chatbox baru aku tu, ada sedikit pengubahsuaian di mana aku 'hotlinking' kan gambar(logo) Cbox terus ke chatbox baru aku tu. macam dalam gambar bawah ni.



Apa yang korang perlu buat kalau shoutmix buat hal? korang just klik kat gambar Cbox tu then dia akan bawak korang masuk ke satu pages khas untuk chatbox tu. senang kan? haha lagi satu sebab aku buat camtu, leh kurangkan masa loading page afiqbukhari.com..



Ade satu lagi masalah yang tengah berpusing2 dalam kepala otak aku ni.. masalah kelambatan loading untuk Disqus, ruangan komen aku. aku rasa macam lambat je nak keluar ruangan komen tu.. huuu aku tengah pertimbangkan untuk buang dan pakai semula sistem komen yang asal atau kekalkan..

psst~! x semua kelajuan internet sama.. ada yang laju tahap siput, ada yang lambat tahap kilat.. sama2 lah kita ubahsuai blog masing2 untuk kepentingan dan keselesaan bersama..
10 komen bernas