Showing posts with label drive kereta. Show all posts
Showing posts with label drive kereta. Show all posts

Night Journey

January 16, 2011

Assalamualaikum... ini bukan entry bahasa inggeris. bahasa kebangsaan kita perlu diutamakan.

Esok dah hari isnin.. bermulalah rutin harian bagi sang si pekerja, si peniaga, si pelajar dan si pen' yang lain melakukan aktiviti-aktiviti yang sama macam minggu lepas, dan bersedia untuk menghadapi minggu-minggu yang keseterusnya.

Now im in KL dan nak balik ke melaka malam ni.. harap-harap jalan tak jem dan semuanya akan berjalan dengan lancar, insyaAllah... esok dah start kelas.. selamat kelas tengahari.. kalau tak, takdenye aku nak balik malam-malam ni..

Dah lama aku tak drive di malam hari. maksud aku drive di malam hari untuk perjalanan yang jauh dan memakan masa. so kena bersedia dengan air tenaga macam Sting, tak pun Red Bull, tak pun kopi kaw ka... asalkan aku tak ngantuk dan tak letih time driving.. doakan aku semoga selamat sampai, amin~

Psst~! jangan speeding dan jangan cuai bila memandu. ingatlah orang yang tersayang. pesanan untuk semua dan untuk aku juga huhu
9 komen bernas

Mengantukla drive kereta time cuaca panas...

September 19, 2010

Assalamu'alaikum...


Camna nak bagi hilang ngantuk time driving r? lagi2 tengah panas ni.. aku dah pasang radio sekuat2nya.. bass radio pun dah sama taraf dengan bunyi ekjoz buluh aku tuh.. kan best kalau kete buruk aku ni ada sistem auto-pilot.. masuk2 je dalam kereta, set kemana destinasi yang nak dituju, start enjin, tido!! bukak2 mata je dah sampai.. best2!!

Aku ni kadang2 suka buat tips sendiri. kalau dah ngantuk sangat time drive tu, aku bukak tingkap then julurkan tangan keluar. sejuk je tangan kalau cuaca mendung + kabus. kalau panas, hitamla tangan haha tapi sambil2 tu leh sedut udara luar yang segar bugar tu.. aku rasa cara ni dah biasa sangat dah orang buat. lagi2 yang suka merokok time drive.


Tips yang kedua plak, aku akan tahan mata aku supaya jangan tertutup. cara ni bagi aku bermain ngn minda jugak. kalau otak dah set minda tu supaya jangan tutup mata, memang sepetlah mata jadinya sebab tahan ngantuk. kuyu je bila drive. tapi cara ni paling bahaya. jangan sesekali buat sebab kalau sekali dah tertutup mata tu, memang syoklah korang tertidur dan makin senangla kereta tu nak terbabas. so please dont try this in your car!

Tips yang ketiga plak, bila time drive tu, aku akan fokuskan pandangan mata aku dekat line2 putih atas jalan tu. aku tengok je sampai lah aku hilang ngantuk... tengok, tengok jugak.. jangan lupa pandang ke depan. kang terbabas x tentu pasal. memang bahaya, so janganla tiru ek.

Kadang2 jugak, aku akan bawak kereta laju2 supaya xnk ngantuk. sebabnya bila aku bawak laju2, heart beat aku akan berdenyut dengan lebih kencang sebab memikirkan takut terbabas. so bila dah fikir camtu, aku akan lebih berhati2 bila bawak laju di samping boleh mengalihkan perhatian aku kepada mata yang mengantuk ni. hehe tapi kalau nasib x baik, bayar saman la jawabnya ekeke bahaya jugak nih, jangan ikut gak la ek..

Tips yang keempat plak, aku akan cari makanan dalam kereta aku tu kalau ada. kalau xde, aku akan singgah mana2 stesyen minyak ke, kedai runcit ke, beli air atau makanan untuk mengunyah. aku suka beli chewing gum dan air tenaga macam livita ke, gathorade ke, ali cafe ke ehehe baru ada tenaga untuk drive. haa, tips yang macam ni korang boleh amalkan.

sumber google
Dan tips yang paling last sekali, dan yang jarang sangat aku buat, berhenti tepi jalan, tidur!! aku sebenarnya xleh tidur dalam kereta. x taw la kenapa. susah sangat mata tu nak terpejam. pelik kan? time drive tadi bukan kemain ngantuk. bila dah berhenti, xle tidur plak.. tu sebab la aku jarang buat tips ni huhu tapi korang kalau nak buat macam ni, elok sangatlah.

psst~! adehhh nak habehkan entry ni punyalah lama sebab aku tgh mengantuk.. zzzzz....


0 komen bernas