Showing posts with label earth hour 2011. Show all posts
Showing posts with label earth hour 2011. Show all posts

Youtube bergelap

March 26, 2011

Assalamualaikum...

Okeh campaign earth hour dah tamat.. tapi kalau aku tak nak bukak lampu lagi boleh tak? haha xpela, dah berpinau mata aku ni duduk depan laptop dalam kegelapan.. tadi masa earth hour aku saje bukak laman youtube.. then aku nampak ini..


Apa yang korang nampak? mesti korang nampak matluthfi90 kan? actually aku nampak background laman youtube berlatarbelakangkan hitam.. so aku dengan niat plagiat, terus menukar warna background afiqbukhari.com kepada warna hitam sebagai tanda sokongan kepada kempen earth hour. tak salahkan? ada sesiapa yang perasan? kalau tak perasan xpela haha


Psst~! member aku datang rumah tadi. then dia tanya, pukul berapa TNB nak shutdown semua lampu rumah kita ni sempena earth hour? aku tersenyum sinis sambil berkata, ntahla... ;p
8 komen bernas

Malaysia Earth Hour 2011

Assalamualaikum...

Yop, ini malam, malam Earth Hour.. mohle kite tutup semua benda yang boleh ditutup.. kalau boleh, tutup line internet.. kalau tutup benda tu, confirm semua benda kita boleh tutup.. sebab internet sekarang kan macam dadah.. addicted kot.. xde internet, semua(tak semua) macam cacing kepanasan nanti hehe. just kidding..


Apa salahnya kita support kempen earth hour ni kan. tak silap aku, 128 negara will join this campaign.. meriah tu.. macam sambut raya plak.. tapi memang bagus pun kempen ni. atleast dapat memberi bumi sedikit ruang untuk 'bernafas dan berehat'.. bumi ni sebenarnya dah penat melayan karenah kita a.k.a manusia yang begitu rakus mengejar kekayaan yang tak kemana.. sejam itu pun dah kira cukup bermakna bagi bumi.

Tapi ada sesetengah orang complain yang kempen earth hour mendatangkan keburukan. keburukan dari segi keselamatan. kalau dah bergelap, penjenayah senang nak beraksi(biadap sungguh wahai insan yang bergelar penjenayah). so terpulang kepada individu macam mana nak support this campaign. mungkin tutup lampu, tapi pasang lilin ke.. support jugak kan.. tapi jangan lupa dengan keselamatan diri sendiri dan keluarga. beringat sekali.

Psst~! jangan lupa tutup lampu, start pukul 830 sampai 930 malam k..
15 komen bernas