Showing posts with label g-force. Show all posts
Showing posts with label g-force. Show all posts

Ingat Senang Nak Jadi Pilot Jet Pejuang? - Perihal G-Force

November 13, 2010

Salam semua... ingat senang ke nak jadi pilot jet pejuang? setakat jawab exam je x cukup.. kenala ada latihan amali.. fizikal dan mental korang kenala mantap.. baru layak jadi pilot.





Pernah dengar 3G? 5G? 9G? *haha bukan iPhone 3g tu.. ini untuk terms dalam bidang pesawat, angkasa lepas, G-Force. bila kita jatuh bebas dengan halaju yang tinggi.. ada 4 jenis G-Force iaitu Positive G, Negative G, Lateral G dan Linear G. ini untuk pengetahuan am je. kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang G-Forces, meh masuk website ni, www.coasterforce.com.

Korang biasa tengok pilot terbangkan jet pejuang secara menegak? daripada bawah terus naik menegak ke atas(melawan graviti). G-Force yang terhasil daripada tindakan pilot tu, Positive G.. darah dalam badan akan turun dari kepala terus ke kaki.. kalau terdedah lama sangat dengan kedudukan positive g ni, kita boleh pitam, buta warna sekejap, ataupun mati sebab darah x naik ke otak.

Negative G plak, bila pilot terbangkan jet pejuang secara secara menjunam dari atas ke bawah.. darah dalam badan akan bergerak dari kaki naik ke kepala. kedudukan yang ni pun bahaya jugak kalau terdedah terlalu lama.. kita boleh kena strok, mata rosak.. sebabnya darah dalam badan dah berkumpul di kawasan kepala dan mata.


Pernah naik solero shot kat Genting Highland? satu binaan yang tegak terpacak.. free fall dari atas ke bawah. best tuuu, tapi aku baru sekali je naik, lepas tu tobat dah x nak naik dah *haha itu baru negative 3G kalau x silap aku.. yang dalam video kat atas ni, 9G kot.. kalau salah teknik pernafasan, memang unconscious la jawabnya, atau dalam bahasa pilot, G-LOC(G-force induced Loss Of Consciousness).

Psst~! kalau x berani nak naik roller coaster, baik jangan jadi pilot..
36 komen bernas